TOMTE BAWAKAN KERIANGAN KRISMAS KE IPC SHOPPING CENTRE

 

IPC Shopping Centre membawakan kisah dongeng dari Sweden dengan menampilkan seekor gnome bernama Tomte yang terkandas di Malaysia kerana kawalan pergerakan. Sempena Krismas yang bakal menjelang, Tomte membawakan keriangan kepada komuniti di Malaysia dengan mengadakan bengkel ‘Tomte’s Holiday Workshop’. Bengkel ini menampilkan gerai-gerai yang menjual beraneka barangan untuk persiapan menyambut Krismas dan pelbagai aktiviti mulai sekarang sehingga 3 Januari 2021.


Tomte’s Weekend Holiday Market @ IPC Shopping Centre 

Gerai-gerai di sini menawarkan beraneka produk buatan tempatan seperti kraftangan unik, barangan perhiasan dan banyak lagi di Aras G, berhampiran pintu masuk utama. 

The Giftmas Season 

IPC dengan kerjasama Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) bakal menganjurkan program menderma darah, The Red Gift: Blood Donation Drive mulai 10 pagi sehingga 4 petang pada 29 Disember sehingga 3 Januari 2021 di Aras, di hadapan King Koil. 


Jangan lupa bergambar dengan mascot-maskot Sma Club Buddies dan Tomte apabila mereka berlegar-legar di pusat membeli-belah dan memberi gula-gula kepada kanak-kanak pada jam 5 petang sehingga 6 petang padahujung minggu dan cuti awam yang terpilih. 

Pelbagai hadiah menarik ‘Tomte Holiday Presents’ seperti calendar meja IPC, bekas makanan 2 dalam 1 dan baucarbaucar menanti para pengunjung IPC yang berbelanja di pusat membeli-belah tersebut. 


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ipc.com.my/TomtesWorkshop.

Comments

Popular posts from this blog

EKSKLUSIF: BUKAN SEKADAR FILEM AKSI, 'HUNTER ELEVEN' ADALAH MISI MALAYSIA MENAKLUK SINEMA DUNIA

SOARING CREATIVITY: PAVILION HONG KONG MERIAHKAN BOOKFEST @ MALAYSIA 2026

ORANG RAMAI BERATUR PANJANG DI SELURUH NEGARA KETIKA SHOPEE BELANJA RAKYAT MALAYSIA BUTTERCRÈME LATTÉ PERCUMA DARIPADA ZUS COFFEE SEMPENA RAYA

EARLY AUTISM PROJECT MENGANJURKAN RUN FOR AUTISM 2026 SEMPENA ULANG TAHUN KE-20 UNTUK MENGUMPUL DANA BAGI INDIVIDU DENGAN AUTISME