TRUECALLER: APP ID PEMANGGIL & PENGHALANG SPAM YANG DIPERCAYAI


Masalah panggilan scam telah lama berleluasa di Malaysia. Ia semakin membimbangkan kerana dalam keadaan yang mencabar ini, orang ramai lebih terdesak untuk mencari wang. Menurut statistik Polis Diraja Malaysia, 5,218 kes scam telah dilaporkan antara Januari hingga Oktober 2020, dengan jumlah kerugian sebanyak RM256 juta dari mangsa-mangsanya.

Menyedari masalah ini, Truecaller– peneraju aplikasi ID Pemanggil dan penghalang scam kini melangkah masuk ke rantau ini. Syarikat yang berpusat di Sweden ini ingin menjadikan komunikasi selamat dan efisien dengan mendedahkan identiti setiap panggilan masuk.

Sejak perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan di seluruh dunia, panggilan spam didapati telah menurun secara keseluruhannya. Namun, aktiviti ini telah meningkat sebanyak 9.7% setiap bulan bermula dari bulan Mei. Bulan Oktober mencatatkan jumlah panggilan tertinggi dengan kenaikan sebanyak 22.4%, berdasarkan analisis terkini oleh Truecaller.

Data menunjukkan bahawa 97% daripada panggilan scam adalah daripada nombor tempatan. Penurunan yang paling tinggi bagi panggilan scam adalah pada bulan Mac dan April, apabila perintah kawalan pergerakan yang ketat dilaksanakan di seluruh negara. Ini mungkin berkait dengan kuarantin dan larangan keluar yang mengehadkan akses kepada peralatan dan teknologi untuk penjual dalam talian dan sindiket penipuan.


Data Truecaller juga menunjukkan bahawa panggilan spam yang berkait dengan perkhidmatan kewangan (95%) dan insurans (50%) telah meningkat sejak setahun lalu, di mana hampir setiap panggilan spam yang keempat adalah berkait dengan scam.

Kebanyakan penipuan ini mensasarkan warga tua, kanak-kanak dan suri rumah. Sindiket penipuan mengeksploitasi mereka dengan menyamar sebagai orang yang tersayang dan pihak berkuasa. Melalui perbualan yang singkat, keluarga mangsa terpedaya dan memberikan wang simpanan mereka kepada sindiket ini. 

“Truecaller adalah sejenis aplikasi canggih yang sudahpun menghasilkan perubahan di seluruh dunia. Kami mengkaji dan mengesan aktiviti scam yang sedang berlaku di rantau Asia Tenggara terutamanya Malaysia, Indonesia dan Singapura, dan mendapati bahawa terdapat keperluan untuk membawakan aplikasi ini ke sini. Sudah tentulah kami berharap dapat bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan lain untuk menjadikan Truecaller sebahagian daripada usaha pencegahan scam. Aplikasi ini mampu melindungi begitu ramai orang dari terpedaya dengan pemanggil yang berniat jahat. Kami membaca berita tentang semua orang yang kehilangan simpanan hari tua mereka dan benar-benar percaya bahawa Truecaller boleh membawa pelbagai kebaikan di rantau ini,” kata Kim Fai Kok, Pengarah Komunikasi.


Sejak 2009, Truecaller telah memberi impak yang besar dalam kehidupan ramai orang. Aplikasi ini telah membantu agensi penguatkuasaan undang-undang memerangi penjenayah, malah juga menyelamatkan nyawa. Dalam satu akaun, seorang ibu telah menggunakan Truecaller untuk mendapatkan lokasi anak perempuannya yang telah diculik. 

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mengenal pasti dan menapis panggilan dan mesej yang tidak dikenali dari mana-mana lokasi di dunia. Dengan lebih 250 juta pengguna aktif dalam platformnya, nombor dilaporkan dalam masa sebenar untuk memastikan semua orang dilindungi dari panggilan yang tidak diingini. Selain daripada fungsi ID Pemanggil, aplikasi ini juga menampilkan ciri-ciri Penghalang Spam, Bual, SMS dan Panggilan, Inbox Teratur dan bebas spam, Pendail Pintar, Integrasi Pintar dan banyak lagi. Ia direka dengan tujuan untuk menjadikan komunikasi lebih selamat dan lebih efisien dalam satu hab. Dapatkan ciri rakaman panggilan dengan melanggan Truecaller versi premium. 

Orang ramai boleh memuat turun Truecaller melalui Google Play dan Apple App Store. Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi ini, layari www.truecaller.com.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!