UNIQLO BUKA GEDUNG MEGA DI BANDAR SRI DAMANSARA


Peruncit jenama pakaian antarabangsa, UNIQLO bakal membuka gedung mega di DA Square, Bandar Sri Damansara pada hari Jumaat, jam 10 pagi. Pembukaan gedung baharu itu turut bersamaan dengan ulang tahun ke-10 syarikat itu di Malaysia bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Uniqlo Malaysia dan Singapura, Yuki Yamada, berkata “Gedung di DA Square yang berkeluasan The 15,100 kaki persegi telah direka untuk memastikan ruang yang luas bagi keselesaan membeli-belah kepada semua, termasuk keluarga dengan kanak-kanak, warga emas dan juga orang berlainan upaya. Setiap pelanggan boleh mencari produk idaman dengan mudah dengan susunan dan peragaan produk yang kemas dan mengikut kategori.” 

Ruang membeli-belah yang luas dan selesa.

Kaunter pembayaran

Peragaan produk yang kemas membolehkan pelanggan membuat pilihan dengan mudah.

Ruang UTme! menawarkan pelanggan yang inginkan kelainan dengan khidmat customization menggunakan pelekat dan cetakan untuk kemeja-T dan beg jinjing.

Cadar Airism yang selesa dan berkualiti boleh didapati dalam pelbagai warna di Uniqlo DA Square.

Ruangan kategori kanak-kanak

Rangkaian penuh bagi fesyen lelaki.

Kemeja T dengan pelbagai grafik popular 

Uniqlo DA Square menawarkan rangkaian produk penuh dalam kategori cadar AIRism, pakaian dalam lelaki dan wanita, wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak, beg, kasut dan stokin.

Bilik persalinan yang luas dan terang.

Ruang Kelestarian (Sustainability Corner) memaparkan pelbagai initisiatif Uniqlo untuk mendidik pelanggan dan menawarkan produk yang dikitar semula.

Malaysia adalah negara kelima di luar Jepun dan ketiga di Asia Tenggara yang mempunyai gedung mega tunggal yang tidak bersambung dengan bangunan mmbeli-belah yang lain. Gedung mega UNIQLO di tepi jalan ini terletak secara strategik berhampiran dengan Kawasan perumahan tempatan, memudahkan penduduk di kawasan tersebut mendapatkan produk Uniqlo dengan mudah dan cepat.


Gedung Uniqlo DA Square bakal membawakan tawaran istimewa selama tiga hari sempena pembukaan rasminya mulai 18 sehingga 20 Disember, 500 pelanggan pertama yang mengunjungi Gedung tersebut bakal menerima sebuah beg cenderahati dan setiap pelanggan yang berbelanja RM200 ke atas dalam satu resit akan menerima sebuah beg jinjing UNIQLO U.


Waktu beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari. Tempat letak kereta yang sama aras dengan gedung tersebut disediakan untuk para pelanggan di luar bangunan, termasuk ruang khas untuk orang berlainan upaya. Ruang solat turut disediakan untuk kegunaan pelanggan beragama Islam. 

Alamat: 
UNIQLO DA Square
A-G-1, Lot 2005, Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara PJU 9, 52200 Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.uniqlo.com, Facebook: www.facebook.com/uniqlo.my/ dan Instagram: www.instagram.com/uniqlomyofficial/


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING