"UNLOCKING A CHRISTMAS SURPRISE" DI SURIA KLCC


Kemeriahan Krismas mula dirasai di Suria KLCC tatkala mereka meraikan kehadirannya dengan ganjaran kepada pengunjung bermula 1 Disember hingga akhir tahun.

“Unlocking A Christmas Surprise”

Untuk merangsang pengalaman membeli-belah di musim perayaan ini, mana-mana pembeli yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM150 dalam satu resit bermula 1 hingga 25 Disember 2020, layak menerima 'kunci' yang membolehkan mereka membuka peti Krismas dan berpeluang memenangi baucar membeli belah Suria KLCC bernilai RM5,000.


Sehingga 10,000 kunci akan diberikan di bawah "Unlock A Christmas Surprise", dan pada bulan Disember ini, 50 pembeli yang bertuah pasti pulang tersenyum sekiranya berjaya memperoleh baucar tersebut.

Hadiah Krismas Yang HEBAT!

Selain "Unlock A Christmas Surprise", terdapat juga Suria KLCC "Christmas Beauty Box" eksklusif dengan produk kecantikan dari The History of WHOO, Sisley Paris, L'Occitane, Sephora dan Sulwhasoo, di mana, 2,000 hadiah dari "Christmas Beauty Box" akan diberikan kepada mereka yang membelanjakan RM1,000 ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai khas di Suria KLCC. Penebusan ini berlangsung setiap hari, selagi stok masih ada dan hanya satu penebusan setiap pembeli.


Terdapat juga Peraduan Digital Krismas iaitu "Snapping Into Christmas" yang akan berlangsung bermula 6 hingga 17 Disember 2020 untuk memastikan penglibatan golongan muda dan yang lebih dewasa di pusat membeli-belah ini meskipun tanpa sebarang pembelian. 50 pemenang berpeluang memenangi baucar membeli-belah bernilai RM200 dari kedai-kedai yang mengambil bahagian. Untuk mengambil bahagian, sila layari www.suriaklcc.com.my atau www.facebook.com/SuriaKLCCMall.

"Walaupun pada tahun ini kehidupan sedikit berbeza, Kumpulan Suria KLCC tetap akan menyemarakkan suasana perayaan di semua rangkaian pusat membeli-belah kami. Ganjaran telah pun diberi secara aktif kepada pembeli sejak beberapa bulan kebelakangan ini, terutamanya ketika kami melancarkan kempen “The Golden Ticket" pada bulan Jun, Julai dan Ogos yang lalu. Kami percaya dengan semua kempen yang telah dijalankan setakat ini, kami mampu memberi kelainan kepada pembeli sebagai tanda penghargaan kepada mereka,” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.


Suasana yang sempurna untuk membeli-belah dan menjamu selera

Pengunjung di Suria KLCC akan disambut dengan suasana ceria bersesuaian dengan bulan perayaan ketika negara teruja menantikan ketibaan tahun baru. Sempena musim perayaan ini juga, bermula 1 Disember 2020 hingga 1 Januari 2021, seluruh pusat membeli-belah akan dipenuhi hiasan Hari Krismas yang menakjubkan. Ruang Legar Utama (Centre Court) berubah kepada ruang pameran yang indah dengan hiasan pokok krismas serta aksesori-aksesori bergemerlapan termasuklah peti Krismas utama, sesuai sebagai latarbelakang foto yang sempurna untuk semua. Terdapat juga figura-figura ‘Nutcrackers’ sebagai dekorasi bagi melengkapkan suasana perayaan ini.


Pencahayaan di Medan Selera Signatures di Aras 2 juga akan diselaras dengan warna merah dan hijau pada Hari Krismas bagi menyemarakkan semangat perayaan dan mengembalikan keceriaan pada waktu yang penuh mencabar ini.

Pada hari Sabtu, Ahad dan ketika Hari Krismas, pengunjung akan dihiburkan oleh Santa & Mrs Claus, yang akan berlegar di dalam pusat membeli-belah menyambut dan bertemu pengunjung serta sesi bergambar. Kanak-kanak yang bertuah pula akan menerima cokelat serta gula gula daripada Santa. Setiap hari pada hujung minggu sehingga menjelangnya Hari Krismas, ‘Secret Santa’ Suria KLCC akan membuat kejutan kepada 12 pengunjung bertuah dengan hadiah untuk membangkitkan perasaan ceria Hari Krismas.

Keselamatan dan kebersihan paling utama

Suria KLCC mempraktikkan keperluan penjarakan fizikal untuk kakitangan dan pengunjung serta memastikan kawasan laluan utama dan permukaan yang kerap disentuh sentiasa dijalankan aktiviti disinfeksi sejak wabak Covid-19 bermula. Dalam semua perkara melibatkan operasi dan pengurusan, Kumpulan Suria KLCC sentiasa memastikan amalan terbaik untuk membendung penularan Covid-19.


Brien menambah, “Sukacita saya memaklumkan bahawa pusat membeli-belah yang dikendalikan oleh kumpulan syarikat ini tidak pernah menjadi punca penularan Covid-19. Ini membuktikan segala langkah pencegahan yang diambil berkesan. Secara umumnya, semua pusat membeli-belah, terutamanya yang dikendalikan oleh Kumpulan Suria KLCC, tidak hanya selamat, tetapi juga menarik untuk dikunjungi, terutama ketika musim cuti dan perayaan sebegini. Sehubungan itu, saya mengalu-alukan semua untuk mengunjungi pusat membeli-belah kami bersama keluarga dan rakan-rakan, untuk merasai sendiri suasana perayaan disamping sentiasa mematuhi SOP. Bersama kita menikmati sambutan perayaan Hari Krimas yang sukar dilupakan."


Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN