AJL35 MENYUNTIK SEMANGAT BAHARU DENGAN 12 LAGU TERBAIK



Membuka tirai 2021 dengan semangat baharu, pertandingan lagu berprestij negara, Anugerah Juara Lagu bakal kembali buat tahun yang ke-35 pada 7 Februari 2021 kelak. Bersiaran langsung pada pukul 9 malam dari Auditorium MBSA, Shah Alam di TV3, Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) serta barisan finalisnya yang mantap akan berlangsung tanpa penonton bagi menghormati tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Anugerah Juara Lagu 35 menampilkan pengacara berpengalaman Sherry Alhadad, Haziq Hussni dan Awal Ashaari sebagai pengacara utama, manakala Sissy Imann dan Shuk Sahar akan menggalas tugas sebagai pengacara di karpet merah yang kini dinamakan ‘Lounge AJL35’. Program ini akan disiarkan secara langsung di TV9 pada pukul 8.30 malam, Ahad, 7 Februari 2021.

Seperti yang telah diumumkan di hari terakhir Muzik-Muzik 35 Separuh Akhir 15 Disember lalu, senarai 12 buah lagu yang akan bertanding di Anugerah Juara Lagu 35 adalah seperti berikut:

LAGU

PENYANYI

KOMPOSER

PENULIS LIRIK

HATI

HAEL HUSAINI

HAEL HUSAINI & EZRA KONG

7 NASIHAT

SHIHA ZIKIR, KMY KMO & LUCA SICTA

KMY KMO & LUCA SICKTA

BELENGGU RINDU 

WANY HASRITA & DATO’ JAMAL ABDILLAH

HAEL HUSAINI & EZRA KONG 

AKU BIDADARI SYURGAMU 

AISHAH

IPPO HAFIZ

SITI ROSMIZAH

HUTANG 

FLOOR 88

ZAI HAMZAH

ACHOI FLOOR 88 

KAU SAKITI 

AMIR MASDI

FAIZAL TAHIR, MIKE CHAN, EZRA KONG, ROMEO & MAGE

GUNDAH

ERNIE ZAKRI

ERNIE ZAKRI & SHARON PAUL

GILA

KAKA AZRAFF, NOKI & LOCA B

NOKI, LOCA B & EZRA KONG

JANGAN KHIANATI AKU

AZLAN & THE TYPEWRITER

DARK

EH

ZIZI KIRANA

NAVIGATOR & ZIZI KIRANA

MAMBANG & ZIZI KIRANA

SEMALAM

AINA ABDUL

PELUANG KEDUA 

NABILA RAZALI

HAEL HUSAINI & MFMF.


Selain daripada 12 buah lagu yang bertanding di atas, AJL35 turut menyajikan persembahan pembuka tirai yang dibarisi oleh Ella, Naim Daniel dan Yonnyboii di samping sebuah lagu istimewa nyanyian Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju yang berjudul Baik Semula, diciptakan khas untuk AJL35 oleh Faizal Tahir, Mage, Mike Chan, Karim Karam dan Tuju. 

Selain itu, persembahan interlude AJL35 pula akan digemparkan dengan persembahan bertemakan Projek Band di mana Hujan, Hazama & The Penglipur Lara dan Akim & The Majistret pula akan mempertaruhkan persembahan medley & ‘mash up’ lagu-lagu terbaik mereka sambil bergandingan dengan Misha Omar, Dayang Nurfaizah dan Ziana Zain.

Feature photo by: Tree photo created by welcomia - www.freepik.com

Comments

Popular Posts