ASTRO TAWAR AKSES PERCUMA UNTUK SALURAN KANAK-KANAK & BERITA

Bagi memastikan pelanggan kekal berinformasi dengan perkembangan semasa dan terhibur di fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) / Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, Astro menawarkan akses tontonan komplimentari kepada rangkaian saluran berita (kecuali saluran berita SKY News) dan saluran kanak-kanak, mulai hari ini hingga 26 Januari 2021 di platform televisyen dan Astro GO. 

Istimewa untuk generasi muda belia, mereka bakal disajikan dengan program-program dan kandungan hiburan kanak-kanak terhebat tanpa waktu batasan di saluran Cartoon Network (CH615 HD / CH 635), Nickelodeon (CH 616 HD/ CH 636), Nick Jr. (CH 617) dan Boomerang (CH 619) termasuk Ben 10, The Powerpuff Girls, Adventure Time, We Bare Bears, SpongeBob SquarePants, Teenage Mutant Ninja Turtles, Mr. Bean: The Animated Series, My Little Pony: Pony Life, Scooby-doo! Guess Who?, The Tom & Jerry Show, The Looney Tunes Show, Barbie Dreamhouse Adventures, Paw Patrol, Dora the Explorer, Top Wings, Shimmer and Shine, Blue's Clues & You dan banyak lagi. 



Tambah menarik, pelanggan Astro juga akan terus kekal maklum dengan liputan berita-berita terkini dan hal ehwal semasa yang berlaku di dalam dan luar negara di rangkaian Berita Astro, kecuali saluran berita SKY News, sehingga 26 Januari 2021. Akses komplimentari saluran Berita termasuklah CNN (CH 511 HD/ CH 531), BBC World News (CH 512 HD/ CH 532), Al Jazeera English (CH 513 HD/ CH 533), Channel News Asia (CNA) (CH 515), Bloomberg TV (CH 517), CNBC Asia (CH 516), ABC Australia (CH 518) dan Astro Awani (CH 501). 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai akses tontonan komplimentari ini, sila layari www.astro.com.my

Senarai saluran yang terlibat dengan tawaran tontonan komplimentari buat pelanggan Astro dalam tempoh ini adalah seperti berikut: 

Saluran Kanak-Kanak

·       Cartoon Network (Ch 615 HD/ Ch 635)

·       Boomerang (Ch 619)

·       Nickelodeon (Ch 616 HD/ Ch 636)

·       Nick Jr. (Ch 617)

Saluran Berita

·       Astro Awani (Ch 501)

·       Bernama News Channel (Ch 502)

·       CGTN (Ch 503)

·       CNN (Ch 511 HD/ Ch 531)

·       BBC World News (Ch 512 HD/ Ch 532)

·       Al Jazeera English (Ch 513 HD/ Ch 533)

·       Channel News Asia (CNA) (Ch 515)

·       CNBC Asia (Ch 516)

·       Bloomberg TV (Ch 517)

·       ABC Australia (Ch 518)

 People photo created by tirachardz - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI