TMALL GLOBAL TINGKAT SOKONGAN BAGI PENJUAL BARU MEMASUKI CHINA


Tmall Global, pasaran rentas sempadan perniagaan kepada pengguna Alibaba Group hari ini mengumumkan satu penyelesaian baru di “2021 Tmall Global New Seller Virtual Summit” bagi membantu jenama-jenama antarabangsa menerokai peluang dalam pasaran pengguna yang pesat berkembang di China. 

“Jenama-jenama, terutama sekali milik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terkesan akibat pandemik COVID-19, sedang berusaha sedaya upaya untuk memasuki pasaran baru dan mencari saluran baru untuk pertumbuhan. Di China, platform e-Dagang seperti Tmall Global telah menjadi platform pilihan pengguna untuk membeli produk luar negara. Tmall Global komited untuk menyediakan pelbagai penyelesaian bagi membantu penjual baru dari luar negara menerokai peluang ini dan membantu jenama-jenama membawakan produk berkualiti ke dalam pasaran China,” kata Pengurus Besar Tmall Global, Maggie Liu. 

Pendaftaran untuk Tmall Global boleh dilengkapkan dengan menggunakan portal layan diri terbaru yang disediakan oleh platform tersebut dan peniaga boleh mula membuka kedai dalam tempoh hanya 30 hari. 

Dengan Perkhidmatan Operasi Rasminya yang terbaru, para peniaga tanpa mengira saiz, termasuk mereka yang tidak mempunyai sebarang pengalaman mengenai operasi e-Dagang di China, boleh melancarkan jenama mereka dengan licin di dalam Tmall Global. 

Selain daripada proses penyertaan yang telah diperkemaskan, jenama dan peniaga luar negara akan menerima bantuan perundingan, operasi dan kandungan yang disesuaikan mengikut keperluan mereka di samping lain-lain perkhidmatan bernilai tambah menerusi rangkaian milik Tmall Global dan rakan perniagaannya yang meluas di seluruh dunia. 

Tmall Global juga akan melancarkan program-program yang dikhususkan mengikut rantau bagi memberi sokongan tambahan kepada para peniaga yang merancang untuk mengukuhkan keberadaan mereka di dalam pasaran China. 


“2021 Tmall Global New Seller Virtual Summit” adalah persidangan maya pertama seumpamanya yang dihoskan oleh platform tersebut yang menganjurkan sesi kandungan serantau dan spesifik mengikut kategori yang meliputi tujuh zon waktu mulai hari ini hingga 21 Januari. Tajuk-tajuk yang dibincangkan meliputi landskap e-Dagang rentas sempadan dan maklumat pasaran China, serta kajian kes daripada rantau dan industri yang berbeza. 

Pemilik jenama boleh berbincang secara terus dengan pakar pembangunan perniagaan kami bagi mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana untuk melancarkan produk mereka di China. Permintaan terhadap barangan import di China telah menyaksikan pertumbuhan tahunan kompaun 76%1. 

Trend ini menunjukkan bahawa pasaran tersebut dijangka akan terus menarik lebih banyak jenama asing yang ingin mengukuhkan kedudukan mereka melalui saluran dalam talian. 

Menurut Tmall Global, lebih daripada 29,000 jenama merentasi 5,800 kategori telah menyertai platform tersebut pada hujung Disember 2020, di mana lebih 80% daripada mereka pertama kali memasuki pasaran China. Tmall Global akan menyediakan para peniaga dengan akses kepada pelbagai kandungan sumber pemasaran bagi membantu mereka menyampaikan nilai penawaran yang lebih mantap. 

Sumber-sumber yang dimaksudkan termasuklah pengenalan produk oleh personaliti berpengaruh atau influencer, video pendek dan peluang kerjasama penstriman secara langsung dengan vendor bagi menarik minat lebih ramai penonton di China dan meningkatkan lagi nilai jenama. Lain-lain perkhidmatan bernilai tambah yang boleh dinikmati para penjual baru termasuklah penyimpanan dan penghantaran perbatuan pertama, insurans menyeluruh dan pembiayaan rantaian bekalan. 

Ketika ini, Tmall Global menawarkan pelbagai penyelesaian operasi yang disasarkan untuk membantu peniaga luar negara menerokai model pasaran yang paling sesuai untuk sampai kepada pengguna China. Mereka yang ingin menguji potensi jualan produk mereka di China boleh bermula dengan menggunakan penyelesaian Tmall Overseas Warehouses, atau Tmall Overseas Fulfillment (TOF), yang disediakan bagi memenuhi permintaan pengguna secara langsung. 

Model ini dapat membantu jenama mengekalkan inventori yang fleksibel dan mengurangkan kos logistik dan penyimpanan. Pertumbuhan tahun ke tarikh (YTD) nilai dagangan kasar (GMV) TOF menyaksikan peningkatan hampir 200% untuk tempoh sembilan bulan berakhir Disember 2020. 

Menerusi penawarannya yang menyeluruh dan berkualiti tinggi, Tmall Global telah berjaya memenuhi peningkatan permintaan di kalangan pengguna yang sentiasa menginginkan produkproduk import dan terbaru, edisi terhad atau yang sesuai dengan cita rasa mereka. Jumlah jenama dan peniaga yang menyertai Tmall Global setakat 30 September 2020 telah meningkat pada kadar dua digit dari tahun ke tahun. 

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM