ALIFF IDHAM BAWAKAN KARYA YANG MATANG DENGAN 'PETANDA'

 

Baru tiga tahun menceburkan diri dalam bidang nyanyian, aura si cilik yang berumur 15 tahun ini, cukup mempesonakan. Nama sebenar Muhammad Aliff Idham bin Rusli, atau lebih mesra disapa dengan nama pentasnya Aliff Idham, pernah memenangi tempat ketiga Ceria Megastar Ministar pada tahun 2019. 

Beberapa perkongsian video nyanyiannya di laman media sosial peribadi Instagram beliau yang meraih 40 ribu pengikut dan lebih 2 ribu pengikut di YouTube juga membantu melonjakkan nama Aliff Idham sebagai penyanyi yang sangat muda dan berbakat. 

Walaupun masih muda dan aktif dalam bidang lakonan, ternyata tidak menghalang penyanyi remaja yang kini bernaung di bawah syarikat pengurusan bakat, Ace Talents, untuk terus mencuba nasib menghasilkan karya yang matang bagi single pertamanya. PETANDA, merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Aliff Idham sebagai komposer dan penulis lirik. 



Lagu ini mengisahkan tentang kisah duka yang dialami satu pasangan yang telah terpisah, dan ditinggalkan kerana kewujudan pihak ketiga. Sehinggalah pasangan yang telah curang dalam hubungan tersebut meninggal dunia disebabkan kemalangan dan hubungan terputus ditengah jalan. Terpaksa meneruskan hidup bersendirian, pasangan kepada si mati terus pasrah dan menerima segala takdir yang telah menimpa dirinya. 

Azuein Alonto selaku Pengarah Urusan Ace Talents berkata, "Walaupun hanya baru berusia 15 tahun, kerjayanya sebagai anak seni lebih serius selepas saya sendiri melamar Aliff untuk menyertai Ace Talents sebagai artis rakaman dan pengurusan sepenuhnya. Pihak Ace Talents bukan sahaja fokus terhadap bakatnya dalam nyanyian, malah, Aliff juga banyak mendapat tawaran berlakon. Tetapi, buat sementara ini, strategi kami adalah untuk lebih fokuskan Aliff ke arah bidang nyanyian dahulu. 

Meminati genre Pop Rock dan R&B, Aliff menjadikan artis seberang, Judika, sebagai artis idolanya. Aliff Idham pernah menyatakan hasratnya untuk berada di atas satu pentas bersama Judika suatu hari nanti. Secara peribadinya, saya yakin bakat Aliff ini mampu berdiri setanding dengan bakat-bakat ternama seperti Faizal Tahir, Judika, Haqiem Rusli dan ramai lagi. 

Tambah Azuein, "Ace Talents juga kini lebih agresif untuk melahirkan ramai lagi bakat-bakat millenial yang harus di ketengahkan. Selain itu, pihak Ace Talents kini aktif menggilap bakat-bakat muda menerusi sesi ujibakat yang kerap kami laksanakan. Harapan saya agar pihak media tempatan dan peminat hiburan tanahair dapat memberikan sokongan yang berterusan kepadanya sebagai pendatang baru yang akan memeriahkan lagi industri hiburan tanahair" 

Lagu “Petanda” boleh mula di didapati di semua pelantar digital dan aplikasi penstriman muzik seperti Joox, Spotify, iTunes, KKBox, Deezer Music dan Apple Music bermula pada 2 April 2021. Ikuti laman sosial Ace Talents (Instagram,TikTok,Facebook) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan artisartis di bawah pengurusan Ace Talents.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI