BOOST LANCAR KEMPEN RAMADAN "BERSAMA BERKONGSI BERKAT"


E-dompet tempatan Boost sekali lagi membuka bayaran tanpa kontak untuk Zakat Fitrah di enam negeri pada Ramadan kedua sempena pandemik ini. Dengan ciri ini, lebih ramai umat Islam boleh membayar Zakat pada bulan mulia dengan selamat dan mudah. Ini bersempena kempen Ramadan Boost, ‘Bersama Berkongsi Berkat’, di mana Boost menawarkan semula ciri aplikasi yang diperlukan untuk umat Islam apabila memenuhi tuntutan di bulan puasa, seperti tile ‘Waktu Solat.’

Sehingga 12 Mei, pengguna Boost boleh membayar Zakat Fitrah di negeri-negeri berikut, tanpa perlu berkunjung ke pusat pungutan Zakat:
  1. Lembaga Zakat Selangor (LZS)
  2. Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)
  3. Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)
  4. Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
  5. Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBMaINS)
  6. Pusat Pungutan Zakat- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
Mohd Khairil Abdullah, CEO Boost berkata, “Di ‘Norma Sekarang’, semakin ramai orang terbuka kepada pengalaman serta gaya hidup tanpa kontak dan dalam talian. Memandangkan Bazar Ramadan dan solat terawih di masjid diizinkan pada jumlah terhad tahun ini, kami ingin memastikan kesejahteraan warga Malaysia kekal terpelihara, dengan menawarkan solusi tanpa kontak. Oleh itu, kami memperkenalkan semula tawaran utama dan kolaborasi baharu dengan pelbagai rakan kerja, sebagai usaha kolektif untuk membolehkan masyarakat Islam beribadah dengan selamat pada bulan mulia.”

Sepanjang bulan Ramadan, Boost akan menganjurkan sesi Facebook Live setiap Ahad sehingga 2 Mei bersama personaliti terkenal, Daphne Iking dan Harris Annuar. Mereka akan memperkenalkan pelbagai peniaga tempatan untuk disokong, berkongsi kisah persediaan Ramadan dan Raya masing-masing, serta menawarkan peluang untuk pengguna Boost menerima lebih banyak hadiah dan Boost Coins.

Zakat Fitrah Tanpa Kontak

Pengguna boleh membayar Zakat Fitrah dengan mengetik tile ‘Zakat’ di laman utama atau melalui tab ‘Do More’ di bahagian ‘Donation’. Pengguna boleh menambahkan akaun zakat dengan mudah dengan hanya menyediakan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit. Maklumat ‘Harga Beras’ juga tersedia di aplikasi. Setelah selesai membuat pembayaran, pengguna akan menerima resit melalui e-mel yang boleh digunakan untuk tujuan rebet cukai persendirian. Pembayaran zakat melalui e-dompet adalah sah tanpa ‘Lafaz Akad’ dan mematuhi undang-undang Islam.

Pembayaran Zakat Harta di aplikasi juga tersedia untuk LZS, PPZ-MAIWP, dan MUIS sepanjang tahun. Untuk LZNK, MUIP dan PBMaINS, perkhidmatan ini akan ditawarkan bermula bulan Mei ini.

#DoGoodWithBoost

Bulan Ramadan juga merupakan tempoh menyumbang kepada komuniti. Boost tetap meneruskan tradisi Ramadan ini dengan ciri e-derma untuk pengguna Android melalui inisiatif #DoGoodwithBoost. Ciri ‘Donation’ pada aplikasi membolehkan pengguna menderma dengan mudah kepada badan amal dan organisasi yang disukai hanya dengan beberapa ketikan skrin. Amalan kecil seperti ini bakalmenyumbang kepada membantu komuniti yang memerlukan, khususnya mereka yang terjejas oleh pandemik yang sudah berlarutan selama lebih daripada setahun.

Setiap minggu dari 16 April sehingga 14 Mei, Boost akan mengetengahkan badan amal dari pelbagai kategori untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap misi sosial dan matlamat mereka. Antara kategori yang tersedia adalah kebajikan komuniti dan masyarakat, kesihatan dan OKU, kanak-kanak, pendidikan dan pemeliharaan alam semulajadi.

Ganjaran Ramadan Boost

Untuk menambahkan lagi kemeriahan di musim perayaan ini, Boost juga telah memperbaharui hadiah BoostUP Pick&Win. Hadiah menarik kini termasuk perkakas keperluan rumah premium seperti Mesin Vakum Tanpa Kord Dyson dan TV QLED Samsung “The Sero” yang menawan; peranti kesihatan dan kecergasan seperti HUAWEI Watch GT2 Pro dan Fitibit Sense serta peranti premium lain seperti iPhone 12 Pro Max, kamera Canon DSLR dan wireless headphone Jabra Elite, serta hadiah lain yang bakal diumumkan.

Katalog Ganjaran Ramadan telah disediakan khas untuk menambah keceriaan Ramadan. Memandangkan keperluan membeli-belah yang meningkat pada musim ini, pengguna boleh menukarkan Boost Coin untuk barang dari katalog. Antara hadiah yang boleh ditebus ialah Kuih Raya, sos masakan Brahim’s serta pelengkap kesihatan dan kecantikan Kinohimitsu.

Pengguna juga boleh menukar mata ganjaran sedia ada di BonusLink, Rakuten Trade atau UOB kepada Boost Coin untuk menebus hadiah dan baucer di katalog Ramadan ini. Penukaran mata ganjaran boleh dilakukan bahagian ‘Coins Exchange’ di bawah tab ‘Do More’ di aplikasi.


Ikuti Boost di Facebook (facebook.com/myboostapp) untuk menonton sesi FB Live. Pengguna juga boleh mendapatkan berita terbaharu sepanjang Ramadan di laman Instagram rasmi Boost (instagram.com/myboostapp) dan laman sesawang (www.myboost.com.my) boleh dimuat turun di Google Play, App Store atau HUAWEI AppGallery.

Feature photo by: Islamic photo created by wayhomestudio - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI