FV BAZAR ANJURAN FASHIONVALET KEMBALI DENGAN LEBIH HEBAT
Tidak lama lagi, bulan Ramadan akan menjelma dan umat Islam di Malaysia akan membuat persiapan untuk menunaikan ibadat puasa. Pada bulan yang istimewa ini, mereka juga akan mengamalkan kegiatan yang mulia dan berkongsi berkat bersama. Sempena bulan Ramadan, FashionValet teruja untuk mengumumkan bahawa FV Bazar telah kembali untuk tahun kedua!
FV Bazar adalah platform penyenaraian yang mengalu-alukan peniaga makanan dan minuman untuk mempamerkan perniagaan mereka melalui laman web FashionValet tanpa sebarang pembayaran. Untuk meriahkan FV Bazar pada tahun ini, FashionValet membuat penambahan baharu dengan mengalukan peniaga fesyen tempatan selain dari makanan dan minuman! FV Bazar sudah bermula sejak 6 April sehingga pertengahan Jun 2021 bagi rakyat Malaysia yang ingin membuat pesanan biskut Raya kegemaran mereka dan mencari fesyen baharu dari seluruh Malaysia. Untuk kali ini, para pengguna dan pelanggan akan dapat menjangka pengalaman yang lebih lancar ketika melayari laman web ini.
Pada tahun lepas, FV Bazar telah berjaya menyenaraikan lebih daripada 4,000 peniaga yang berbeza dari pelbagai negeri di laman FV Bazar tanpa sebarang pembayaran. Inisiatif ini dilancarkan untuk membantu perniagaan peniaga tempatan yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) yang dilaksanakan untuk menangani penyebaran wabak pandemik COVID-19. FashionValet menyedari cabaran ini dan mengambil peluang ini untuk menghubungkan peniaga makanan tempatan dengan pelanggan mereka melalui laman web tersebut yang mempunyai lawatan harian tinggi. Untuk tahun ini pula, FashionValet menyambut kepulangan peniaga seperti Haniem Bakes by Marsh & Mary dengan biskut coklat cip Milo mereka, Turkish Delight dengan makanan Turki asli mereka, sementara itu, di bahagian fesyen pula, Bokitta dan Kapten Batik telah turut mendaftar.
"Apabila bulan Ramadan semakin hampir, kami selalu menanti-nantikan bazar yang diadakan di seluruh Malaysia dengan makanan yang enak dan minuman yang segar. Tidak dilupakan juga peluang untuk kita membeli baju raya! Namun, tahun lepas adalah satu tahun yang sangat mencabar bagi kebanyakan perniagaan kerana wabak pandemik ini. Kami tahu bahawa kami perlu melaksanakan bahagian kami sebagai sebuah platform dengan menyokong peniaga-peniaga ini. Semasa kami memulakan FV Bazar pada tahun lepas, ia tertumpu pada peniaga makanan dan minuman, tetapi tahun ini ia lebih istimewa kerana kami juga membuka platform ini kepada penjual fesyen, ” kata Aliesha Nadira, Pengurus Projek FV Bazar.
FashionValet memahami bahawa inilah masanya di mana komuniti Muslim di Malaysia akan bersiap sedia untuk perayaan Aidilfitri mereka – bazar Ramadan dan baju raya tidak boleh dilupakan dan memegang nilai yang amat penting dalam urusan tahunan ini. Yang paling penting, ia mengeratkan hubungan keluarga, sahabat handai dan komuniti tanpa mengira bangsa dan agama. Oleh kerana mereka menerima semangat teruja dan sokongan tahun lepas dari netizen, ini adalah sebuah daya usaha yang mereka ingin teruskan.
“Ramadan akan sentiasa menjadi waktu yang bermakna untuk kami. Sehubungan dengan ini, kami dengan gembiranya mengumumkan pengembalian FV Bazar, dan tahun ini dengan penambahan penjual fesyen! Tahun lepas, FashionValet membuka laman webnya untuk peniaga makanan tempatan menyenaraikan produk makanan mereka, secara percuma, sepanjang Ramadan. Hasilnya, beberapa peniaga menerima sehingga 100 pesanan dalam sehari dan ada juga seorang peniaga yang berjaya menjual sebanyak 3,000 balang biskut yang telah membantu membayar yuran pelajarannya. Kisah seperti ini benar-benar menyentuh hati saya dan saya sangat bersyukur dapat berkongsi platfom kami untuk menyokong peniagaan tempatan yang lain,” kata Vivy Yusof, Pengasas Bersama, FashionValet.
Dengan itu, FashionValet menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyokong perniagaan tempatan Ramadan ini. FV Bazar telah dilancarkan pada 6 April, dan akan berlangsung sehingga pertengahan Jun 2021. Dari laman web FashionValet, pembeli akan dibawa ke laman FV Bazar di mana mereka dapat menjumpa pelbagai pilihan makanan dan fesyen, melihat menu peniaga, katalog dan juga maklumat untuk menghubungi peniaga tersebut. Pesanan, transaksi dan penghantaran akan diuruskan secara langsung oleh peniaga, kerana FashionValet hanya bertindak sebagai platform penyenaraian. Disamping itu, lokasi peniaga juga dapat disaring berdasarkan lokasi pelanggan di seluruh negara.
Untuk mula membeli-belah, anda hanya perlu layari laman web FashionValet di www.fashionvalet.com/fvbazaar/
Untuk maklumat lebih lanjut tentang FV Bazar, sila lawat: https://www.fashionvalet.com/
Comments
Post a Comment