KLEENEX TERUSKAN KOLABORASI DENGAN DATUK LAT SEKALI LAGI
Kleenex sekali lagi berkolaborasi bersama Datuk Lat, kartunis ikonik Malaysia untuk memperkenalkan kotak tisu Kleenex edisi terhad sempena kempen terbaru #SoftisStrong.
Dengan semangat Ramadan, kempen ini menggalakkan rakyat Malaysia agar meraikan kelembutan yang ada di dalam diri mereka dengan menzahirkan kelembutan itu kepada rakan-rakan, keluarga dan jiran tetangga sepanjang bulan yang mulia ini. Kempen ini diharap dapat mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan rakyat Malaysia menjelang ketibaan sambutan Hari Raya.
Diinspirasikan oleh kelembutan tekstur tisu mukanya yang ikonik, Kleenex telah melancarkan kempen #SoftisStrong yang pertama pada tahun lepas dengan memperkenalkan kolaborasi antara Kleenex dan Datuk Lat. Kolaborasi tersebut telah menyaksikan bagaimana kempen ini dihidupkan menerusi ilustrasi oleh Lat yang menonjolkan elemen keharmonian menerusi amalan mulia sesama insan yang dicetak pada bungkusan kotak tisu muka edisi terhad. Sama seperti tahun lepas, kali ini #SoftisStrong menampilkan satu siri ilustrasi nostalgik yang bertemakan kelembutan, berdasarkan kepada konteks kehidupan masyarakat kampung tradisional sepertimana sering ditonjolkan menerusi karya Lat.
“Bulan mulia Ramadan adalah waktu untuk refleksi dan penghayatan. Diinspirasikan oleh tisu muka Kleenex yang premium, lembut tetapi kuat, kami memutuskan untuk melancarkan sekali lagi kempen #SoftisStrong untuk menyatukan rakyat Malaysia dengan meraikan kelembutan yang ada di dalam diri masing-masing dengan menzahirkan kelembutan kepada orang lain. Tiada cara lain lagi yang lebih baik untuk mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dan mempamerkan semangat tempatan selain berkolaborasi bersama lagenda, Datuk Lat,” kata Tirthadeep Dhar, Pengurus Pemasaran Penjagaan Keluarga (Kleenex dan Scott).
“Saya amat berbesar hati kerana sekali lagi dapat berkolaborasi bersama Kleenex. Kempen #SoftisStrong pada tahun ini membolehkan saya menggamit kembali memori-memori terindah bulan Ramadan dan Hari Raya, terutamanya keterujaan semasa membuat persiapan menyambut raya di sepanjang bulan Ramadan sepertimana yang ditunjukkan dalam ilustrasi kali ini. Bagi saya, kolaborasi ini membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk mengingat kembali detik-detik nostalgia dan menyatupadukan semua orang agar menjadi lebih kuat bersama,” kata Datuk Lat.
Sebagai usaha untuk menggalakkan penghayatan mengenai erti sebenar kelembutan pada Ramadan ini, Kleenex turut menganjurkan acara #SoftIsStrong di pusat membeli-belah NU Sentral yang dibuka kepada orang ramai pada 16 hingga 18 April. Dalam acara ini, ilustrasi karya Datuk Lat bakal dihidupkan bagi mengajak lebih ramai lagi rakyat Malaysia agar bersama-sama meraikan kelembutan sempena Ramadan ini. Di dalam ilustrasi karyanya itu, Lat akan mempamerkan watak dirinya dalam kemeriahan suasana kampung tradisional semasa menyambut Hari Raya bersama-sama rakan taulan, ahli keluarga dan jiran tetangga yang menunjukkan erti sebenar kelembutan, semangat kekitaan dan keharmonian yang menjadi nilai sejati rakyat Malaysia.
Dengan semangat Ramadan dan Hari Raya, Kleenex mengajak rakyat Malaysia agar bersama-sama meraikan kelembutan. Rakyat Malaysia boleh memilih untuk meraikan dan menzahirkan kelembutan dengan menghulurkan bantuan kepada keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga. Amalan mulia seperti inilah yang menjadi asas penting untuk menyatupadukan masyarakat menjadi lebih teguh bersama, sebagai sebuah negara. Oleh itu, nantikan kotak tisu Kleenex edisi khas dengan kerjasama Datuk Lat, yang mempamerkan amalan mulia lagi bermakna dengan meraikan kelembutan yang ada di dalam diri kita. Kotak tisu Kleenex kini boleh didapati di semua pasar raya hiper, pasar raya dan platform e-dagang di seluruh negara, pada harga RM12.90.
Untuk maklumat lanjut berkaitan #SoftisStrong, dengan kerjasama Datuk Lat, sila layari https://www.facebook.com/Kleenex.Malaysia
Comments
Post a Comment