LIFEBOUY LANCAR 2 VARIAN MANDIAN ANTIBAKTERIA BAHARU


Bagi menggalakkan amalan penjagaan kebersihan diri yang lebih baik dan sihat di kalangan rakyat Malaysia, Lifebuoy telah menambah dua varian baru ke dalam rangkaian mandian antibakteria keluarannya. Lifebuoy Shiso & Pink Clay Bodywash dan Lifebuoy Sea Mineral & Salt Bodywash dirumus secara khusus bagi menghapuskan kuman yang terdapat pada kulit. Penambahan terbaru ini adalah sebahagian daripada matlamat Lifebuoy untuk memperkasakan para pengguna yang ingin kekal bersih dan sihat, sesuai dengan keadaan semasa dan keperluan untuk melindungi diri daripada pandemik ini.

Kedua-dua Lifebuoy Shiso & Pink Clay Bodywash dan Lifebuoy Sea Mineral & Salt Bodywash dihasilkan bagi membunuh 99.9% kuman. Diinspirasikan oleh kebaikan semula jadi herba Shiso Jepun, Lifebuoy Shiso & Pink Clay Bodywash berupaya membersih kulit dan menghapuskan kuman punca jerawat sepenuhnya, menjadikan tona kulit lebih sekata. Sementara itu, Lifebuoy Sea Mineral & Salt Bodywash yang diinspirasikan oleh kemurnian mineral laut, menyucikan kulit daripada kuman dan bahan pencemar, menjadikan kulit bersih dan lembap seluruhnya.

“Lifebuoy sentiasa komited dengan arah mewujudkan sebuah dunia yang lebih sihat dan bersih di mana semua orang bebas bergerak aktif tanpa mengabaikan kebersihan. Mengambil iktibar daripada populariti produk semula jadi, kami membuat keputusan untuk menghasilkan dua penambahan baru ke dalam rangkaian sabun mandi antibakteria kami. Varian Lifebuoy Shiso & Pink Clay Bodywash dan Lifebuoy Sea Mineral & Salt Bodywash kini menawarkan segala yang terbaik, dengan bahan-bahan selamat dan semula jadi yang dapat mengekalkan kelembapan dan melindungi kulit daripada kuman,” kata Pengarah Pemasaran Lifebuoy Malaysia, Lenny Chuah.

Berpegang teguh kepada matlamat untuk melindungi para pengguna daripada kuman dan bakteria, Lifebuoy Shiso & Pink Clay Bodywash dan Lifebuoy Sea Mineral & Salt Bodywash membersihkan liang pori anda secara mendalam, menyebabkan kulit anda berasa lebih segar dan dilindungi. Untuk pengalaman yang terbaik, basahkan loofah dan letakkan dua atau tiga titis sabun mandi berkenaan ke atas loofah tersebut. Kemudian, ratakan buihnya ke seluruh badan dan bilas.

Lifebuoy Shiso & Pink Clay Bodywash dan Lifebuoy Sea Mineral & Salt Bodywash yang serba baru ini dijual pada harga RM 20.90 (950ml) dan RM 15.25 (850ml)*, dan boleh didapati di kedai-kedai biasa dan kedai dalam talian Watsons, Guardian, Shopee dan Lazada. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila ikuti Lifebuoy di dalam Facebook (https://www.facebook.com/LifebuoyMalaysia) dan Instagram (@lifebuoymalaysia).

*Harga runcit yang disyorkan.

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA