CITARASA HEBAT DI MEDAN SELERA SIGNATURES SURIA KLCC

 

Bunyi perut berkumandang tatkala anda sibuk membeli-belah di Suria KLCC? Jom kita singgah sebentar di Medan Selera Signatures, di Aras 2 yang serba-baru ini. Tepuk dada, tanyalah selera. Nak makan apa? Pilihlah hidangan-hidangan enak yang ditawarkan oleh 23 buah kedai, 6 buah kiosk serta 7 buah restoran yang sedia memenuhi citarasa anda.



Medan selera ini direkabentuk dan dibina mengikut piawaian kebersihan yang tinggi untuk memastikan suasana mesra pelanggan yang tiada tolok bandingnya di samping membudayakan norma baharu. Dengan penambahan kapasiti tempat duduk di medan selera daripada 1,200 kepada 1,500 dalam ruang yang lebih luas dan selesa, ia membolehkan penjarakan fiikal dan amalan norma baharu dilaksanakan dengan berkesan. Medan selera ini turut dilengkapi dengan kemudahan moden seperti infrastruktur 5G dan soket untuk pengecasan di bawah tempat duduk.


Dari sudut kebersihan pula, Medan Selera “Signatures” adalah medan selera pertama di Malaysia yang menerima pensijilan rasmi HACCP iaitu pada tahun 2005. HACCP yang membawa maksud “Hazard Analysis and Critical Control Point” adalah satu sistem pengurusan yang berfungsi untuk memastikan keselamatan produk makanan bermula dari analisa dan pengawalan dari sudut biologi, kimia dan bahaya fizikal terhadap pengendalian penghasilan bahan mentah, perolehan, perusahaan sehinggalah pengilangan, pengagihan dan pengambilan makanan. 

Di dalam pematuhan norma baharu pula, Suria KLCC telah menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memastikan susunan tempat duduk yang selesa sekali gus menepati keperluan penjarakan sosial.



Antara kedai-kedai makanan yang harus dicuba adalah....

1. Warung Prima Kunyit


Warung Prima Kunyit, seperti namanya menyediakan semua hidangan yang menggunakan kunyit. Dari hidangan utama seperti Nasi Lemak Kunyit dengan Ayam Goreng Kunyit sehinggalah manisan pencuci mulut aiskrim kunyit, KiSS (Kunyit Soft Serve ice-cream), semua makanan di sini adalah berasaskan kunyit.  

Nasi Lemak Kunyit yang harum dan enak dihidangkan bersama peha ayam yang digoreng dengan sempurna. Bukan sahaja ayamnya berkunyit, malah ikan bilis dan kacang juga digoreng bersama kunyit. 


Sotong Kunyit Telur Masin - lemak berkrim. Rasa lebih menyelerakan dengan telur mata dengan kicap! 
  

Aiskrim kunyit yang unik ini harus dicuba oleh setiap penggemar aiskrim. Ia ditaburi oleh ikan bilis goreng kunyit dan kacang tanah tumbuk yang rangup! Memang sedap dan menyegarkan!  


2. Kiosk Buah FRESH DELIGHT


Kiosk Buah Fresh Delight ini bukan sahaja menyediakan pelbagai jenis buah-buahan malahan makanan segar seperti salad, rojak, jeruk, kuih-muih Nyonya, manisan dan jus buah-buahan. Anda juga boleh mencipta salad anda sendiri dengan memilih ramuan-ramuan segar yang disediakan di sini mengikut kegemaran anda.
  

 Siapa kata salad adalah satu makanan yang membosankan? Wajib cuba - Salad Avokado Mangga dengan Ayam Panggang. Enak menyihatkan dengan dressing yang manis dan segar!


Ais Kacang - Manisan kegemaran ramai yang pastinya menyegarkan tekak setelah penat membeli-belah...   


3. Kiosk Yong Tau Foo


Anda akan merasa rambang mata di sini! Terdapat banyak pilihan Yong Tau Foo dan sayuran yang enak dan segar disediakan di kiosk ini. Pilihan kuah yang disediakan adalah Tom Yam, Sup, Kari dan Kicap Manis. Yong Tau Food dijual dengan harga  RM1.50 sehingga RM6.00 sekeping, bergantung kepada jenis makanan yang dipilih. Anda juga boleh menambahkan mi untuk dimakan bersama Yong Tau Foo.  


Mi Kari dan Yong Tau Foo - kuah kari yang lemak dan enak memang sesuai dengan Yong Tau Foo yang segar.


Kepada yang suka makan pedas, boleh cuba Kuah Tom Yam dengan Mi dan Yong Tau Foo. Habis licin kuah dihirup!  


4. Restoran Eatomo


Eatomo adalah sebuah restoran fusion yang menggunakan pendekatan Jepun dan California dalam penyediaan makanan. Ia menawarkan pelbagai jenis Poke Bowl dan Donburi yang menyelerakan dengan ramuan-ramuan segar dan berkualiti. Jangan lupa untuk menaik-taraf makanan anda kepada Set Meal dengan harga RM3.50 sahaja yang didatangi dengan Sup Miso, Salad, Enoki Goreng, dan Minuman Ringan.

Antara hidangan yang paling popular Eatomo adalah Wok Spicy Gyutandon Donburi Rice Bowl - hirisan lidah lembu yang empuk digoreng dalam wok dengan sempurna bersama kicap, bawang putih dan lada merah. Sekali cuba, pasti nak lagi! 


California Poke Bowl - Pilihan yang sihat dan meriah dengan sashimi salmon mentah, guacamole avokado, pelbagai sayur-sayuran segar dan sos istimewa Eatomo!  



Pastinya anda akan merasa lapar apabila membaca artikel ini! Jangan lupa untuk singgah di Medan Selera Signatures di Aras 2, Suria KLCC. Banyak lagi hidangan yang enak menanti anda di sini. Nikmatilah hidangan yang disediakan sambil menenangkan pandangan mata dengan pemandangan indah di luar sana yang berlatarbelakangkan bangunan-bangunan pencakar langit serta air pancur berirama Taman KLCC!


Untuk maklumat lanjut, sila lawati kaunter pertanyaan atau layari www.suriaklcc.com.my dan www.facebook.com/SuriaKLCCMall.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING