DRAMA BERSIRI ‘NUR’ BERSIARAN DI INDONESIA MENERUSI MNCTV


‘Nur’, drama yang pernah mencetus fenomena dan mencatat jumlah tontonan yang tinggi di TV3 dan digital, melebarkan tayangannya ke Indonesia melalui kolaborasi Sistem Televisyen Malaysia Berhad dengan MNCTV. Melalui perjanjian tersebut, ‘Nur’ musim 1 dan 2 akan ditayangkan secara serentak di dalam semua rangkaian platform MNC Media bermula pada hari pertama bulan Ramadan.

Drama kegemaran ramai, arahan pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin dibintangi barisan pelakon handalan seperti Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Atiq, Eyra Hazali, Dato' Jalaluddin Hassan dan Fatimah Abu Bakar. Drama bersiri ini mengisahkan dilema kisah cinta dua insan dengan latar belakang yang berbeza, tentang sebuah cinta terlarang hubungan di antara seorang ustaz muda bernama Adam dengan seorang pelacur wanita bernama Nur yang digelar ‘gadis lorong’, yang tidak mendapat didikan agama yang sempurna. Kisah cinta tragis yang mendapat tentangan hebat dari keluarga dan masyarakat.


Ketua Pegawai Kandungan, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof berkata, “Kami sangat teruja dengan kolaborasi ini dan ia merupakan satu langkah yang tepat memandangkan populariti drama ‘Nur’ dan jumlah tontonan yang capai di stesen TV3. Kami juga gembira kerana dapat memainkan peranan penting dalam memperluaskan lagi sayap drama ini ke luar negara”.

Pengarah Program MNCTV, Endah Hari Utari, berkata “Kami merasakan yang drama bersiri ‘Nur’ ini sangat menarik, menghiburkan dan merupakan sebuah hasil produksi yang hebat. Ini merupakan alasan utama kami memilih ‘Nur’. Drama ini akan menjadi tambahan variasi kepada kandungan sedia ada dan berbeza berbanding program-program yang biasa ditayangkan dalam MNCTV sebelum ini. Kami juga yakin yang drama hebat ini akan mengimarahkan lagi suasana bulan Ramadan dalam MNCTV.”


Berikut merupakan sinopsis kedua-dua musim drama ‘Nur’ yang akan ditayangkan pada hari pertama Ramadan di semua rangkaian platform MNC Media (termasuk FTA (Free To Air TV), siaran TV berbayar yang boleh dilayari secara serentak di telefon bimbit, internet dan platform OTT)

NUR - 19 Episod

Sinopsis: Sebuah kisah cinta terlarang di antara seorang pendakwah agama dan seorang pelacur. Mampukah pasangan ini menjalinkan percintaan mereka dan mengatasi segala halangan dan rintangan yang datang dari pihak keluarga?

NUR 2 - 15 Episod

Sinopsis: Nur dan Adam masih melalui waktu sukar setelah berkahwin. Hubungan Nur dan kawan baiknya Juita juga semakin tegang apabila Juita cemburu akan perubahan yang dicapai oleh Nur. Juita cuba menggoda Adam untuk dirinya.

Senarai pelakon untuk kedua-dua musim: Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Raja Atiq, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan, Noorkhiriah, Azhan Rani.


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING