ONCE UPON A TIME IN HONG KONG - PENUH AKSI & SUSPENS


Once Upon a Time in Hong Kong adalah sebuah filem cereka aksi jenayah Hong Kong yang diarahkan oleh Wong Jing dan Woody Hui. Ia dibintangi oleh ramai pelakon-pelakon mantap Hong Kong seperti Louis Koo, Tony Leung, Francis Ng dan Gordon Lam.


Berlatarbelakangkan Hong Kong di era 70-an, Koo dan Lam memainkan watak dua orang penyiasat ICAC (badan pencegah rasuah) yang menyiasat kegiatan ketua pengedar dadah Crippled Ho (Leung). 


Pasukan penyiasat ICAC mendapati kegiatan Crippled Ho semakin berleluasa kerana dia mendapat perlindungan daripada seorang ketua pegawai polis Chui Lok (Ng) yang tidak amanah. Dapatkah pasukan ICAC membawa kedua-dua penjenayah yang digeruni ramai ke muka pengadilan?


Walaupun jalan cerita filem seperti ini mudah dijangkakan, lakonan mantap daripada pelakon-pelakon A-list Hong Kong menjadikannya wajib ditonton. Lakonan Tony Leung Ka Fai sebagai Crippled Ho adalah cemerlang sekali. Dia hampir tidak dikenali, diselindungi oleh mekap dan hidung prostetik. Perincian yang diberikan kepada filem ini adalah sangat memuaskan dari segi set penggambaran, kostum dan suasana era 70-an. 


Teruja sangat dapat menyaksikan pelakon-pelakon mantap Hong Kong seperti Louis Koo dan Tony Leong Ka Fai beraksi semula di layar perak. Jika anda gemarkan filem cereka penyiasatan polis lawan kongsi gelap, Once Upon A Time in Hong Kong harus dimasukkan ke dalam senarai wajib tonton anda. Saksikan filem penuh aksi dan suspens ini di pawagam!



Filem Once Upon A Time in Hong Kong ditayangkan mulai 29 April 2021 di pawagam-pawagam terpilih di seluruh negara.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI