PEMENANG MISS MR MRS HIT PAGEANT 2020 SELAMAT DINOBATKAN


Selepas tertunda lebih setahun yang disebabkan oleh pelbagai kawalan pergerakan untuk membendung pandemik Covid-19 yang telah dilaksanakan oleh kerajaan, akhirnya pemenang-pemenang Miss Mr Mrs HIT Pageant 2020 telah selamat dinobatkan di sebuah majlis gala serba serdehana tetapi meriah di Grand Centro Ballroom, Klang, Sabtu lalu.

Muncul juara sebagai Mr HIT Malaysia 2020 adalah Yoga Raj Ulaganaden, seorang pegawai eksekutif kanan dari Negeri Sembilan.

Yoga Raj Ulaganade

Miss HIT Malaysia 2020 pula disandang oleh Kirubashini Rajendran, seorang pentadbir dari Perak, manakala Aruna Devi Krishnan, seorang guru dari Selangor membawa pulang mahkota bagi Mrs HIT Malaysia 2020.

Mrs HIT Malaysia 2020 - Aruna Devi Krishnan

Miss HIT Malaysia 2020 - Kirubashini Rajendran

Tempat kedua dalam kategori MR disandang oleh Sarvesswaren Katikesu, seorang usahawan dari Pulau Pinang manakala Muhammad Basir Mongudal, seorang pegawai akaun, juga dari Pulau Pinang mendapat tempat ketiga.



Heama S. Muthu, seorang pelajar dari Selangor mendapat tempat kedua, manakala Michelle Anne Deaves, seorang pekerja bebas dari Sabah mendapat tempat ketiga dalam kategori MISS.



Dalam kategori MRS pula, Lingeswary Muniandy, seorang usahawan dari Selangor Selangor terpilih sebagai naib juara manakala Kaliamah Ayer, seorang gurudari Perak mendapat tempat ketiga.


Para pemenang telah dipilih oleh barisan hakim yang terdiri daripada pakar psikologi, pelatih profesional dan pengasas House of Trainings Ricky Ng, Pengarah Kids Got Talent Malaysia Sherme Low, pengusaha hotel dan & Mrs HIT Malaysia 2018 Sunita Subbaraman, Mr HIT Malaysia 2017 Jeyaganesh dan Mrs Malaysia World Peace 2021, Mrs Millenium 2021 & Malaysian Indian Supermodel founder Sangeetha Veloo.





30 wanita berkaliber daripada pelbagai industri telah diberi penghormatan sebagai HIT Vision Queens untuk meraikan kejayaan mereka di dalam bidang masing-masing.


Pertandingan HIT ini telah diasaskan pada 2016 dan merupakan satu-satunya pertandingan seumpamanya yang menampilkan tiga kategori - Miss, Mr & Mrs. Ia dianjurkan oleh syarikat pengurusan majlis yang pernah meraih anugerah Harry International Talents yang diterajui oleh pengasasnya Barni Kumar Harry.

Penaja utama pertandingan kali ini adalah Triikas, Sametha Beauty Zone, Target Fitness, Izwani, MD Pharma, Jess Creations, Sai Photo, R Event, Pusat Bahasa Titian Jaya, Vimas, Star Fitness, Grand Centro Ballroom dan lain-lain.


#RentakSejuta, MKU Malaysia Kalai Ulagam, Universal Media, Vannangal, Sai FM adalah antara rakan media rasmi yang memberikan sokongan kepada acara tersebut. Acara kemuncak telah distrim secara langsung oleh melalui laman Facebook Rentak Sejuta and MKU.

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA