MANIS, PEDAS & SEGALANYA ENAK DI THE COFFEE BEAN & TEA LEAF®


Sepanjang bulan Ramadan ini, dalam persiapan untuk menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri, The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) telah menyediakan pelbagai juadah manis dan pedas, daripada Turkish Mocha yang harum kepada Per-chick Sandwich dan Opah Rendang Pie yang menggamit selera!

“Inilah masa yang amat bermakna setiap tahun dan di dalam semua perubahan yang dihadapi sepanjang beberapa bulan lalu, The Coffee Bean & Tea Leaf® berharap dapat memberi pelanggan kami citarasa yang menyenangkan dan menggamit memori tentang kampung halaman dan keluarga tersayang. Tidak kira di mana pun anda berada atau setelah sekian lama tidak bersua, inilah masanya untuk berhubung kembali dengan insan yang kita sayangi, dengan berbual panjang bersama secawan teh atau kopi, serta meraikan kurniaan-kurniaan kecil yang kita nikmati,” kata Fiona Rodrigues, Pengarah Pemasaran & Pembangunan, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia. “Sementara kita menantikan hari-hari yang lebih baik, marilah menghargai apa yang kita miliki hari ini, sambil menikmati rasa makanan tradisional Malaysia, disatukan dengan aroma rempah, yang memberi keseimbangan sempurna terhadap rasa coklat mewah dan keharuman pandan serta kemanisan Gula Melaka.”


Mulakan dengan Opah Rendang Pie (RM14.80), iaitu rendang ayam tradisional yang dibakar di dalam kerak pai enak, atau Per-chick Sandwich yang dipanggang (RM20.50), disajikan bersama sos percik berkrim dan dilapisi telur rebus untuk hidangan yang sungguh menyelerakan.

Untuk menghilangkan dahaga, nikmati Turkish Mocha yang eksotik dalam bentuk minuman Ice Blended® (kecil RM16.50, biasa RM18), latte panas atau sejuk (kecil RM16, biasa RM17.50), atau ‘cold brew latte’ (kecil RM12.80, biasa RM13.80), untuk rangsangan kafein yang hebat. Untuk penyudahan yang menyenangkan, cubalah teh Wakoucha Mariko (RM9.60 secawan, RM12.50 seteko) dengan nota kekayuannya yang halus.

Akhir sekali, tidak lengkap hidangan tanpa pemanis mulut, bukan? Peminat kek The Straits pasti gembira dengan kehadiran semula sajian kegemaran ramai ini – jangan ketinggalan untuk menikmati kek pandan gebu dilapisi Gula Melaka, keju krim dan mascarpone (RM12.95 sehiris, RM55 untuk sebiji kek kecil, RM129.30 untuk sebiji kek). Bagi pencinta coklat, The 72% disediakan khas untuk anda, kek coklat gelap 72% yang enak dengan lapisan kacang badam dan pralin (RM15.95 sehiris, RM159 untuk sebiji kek).

Untuk sajian yang lebih kecil, cubalah The Sea Salt Mac (RM10), biskut dempak lembut yang sarat dengan coklat gelap dan kacang macadamia, Sour Cherry Muffin (RM7.50 atau RM13 dengan secawan kecil Kopi Today’s Brew/Teh Panas), dipenuhi ceri masam yang enak, atau The Raya Cookie yang menggiurkan selera (RM10).

Akhir sekali, tinjau-tinjaulah bekas air Tétouan baharu yang elegan berwarna hitam atau putih (RM78) - aksesori paling tepat untuk dibawa ke mana sahaja!

Istimewa Ramadan & Raya
  • ‘Ramadan Late Night Dessert Special’ (di kedai) Beli 2 minuman yang digemari* dan dapatkan satu sajian pencuci mulut percuma antara 13 April hingga 12 Mei, dari jam 8 malam hingga tamat waktu operasi. (*tidak termasuk minuman ristretto, espresso dan espresso macchiato).
  • Promosi Raya Single Serve Machine (di kedai atau melalui laman web CB&TL) Dapatkan potongan 30% untuk mana-mana CB&TL Single Serve Machine dari 13-27 April.
  • Tawaran Khas Ahli CB&TL (di kedai) Dengan setiap tambahan RM100 pada kad TCB, anda akan menerima minuman Turkish Mocha 12oz secara percuma, sehingga 19 April.

Jangan lepaskan peluang mendapatkan sajian enak ini, tersedia untuk dinikmati di kedai atau melalui penghantaran, ditambah empat cawangan dengan kaunter pandu lalu, yang membolehkan perkhidmatan ambil-dan-pergi dalam suasana selamat dan selesa dari kereta anda sendiri – anda boleh mencubanya di Setia Tropika, Johor Bahru; Shell Kepong di MRR2; Bagan Ajam di Butterworth, Pulau Pinang; dan Centerpoint Seremban.

Ketahui lebih lanjut mengenai tawaran, berita dan promosi terkini CB&TL di halaman Facebook CB&TL, www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage atau akaun Instagram CB&TL @coffeebeanMY, atau lawati laman web mereka di www.coffeebean.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO