SINOPSIS: PENJARA JANJI @ SLOT SAMARINDA RAMADAN


Jangan lupa untuk menyediakan tisu atau sapu tangan untuk dramaPenjara Jani! Drama lakonan Alif Satar, Fauzi Nawawi, Azira Shafinaz dan Zulin Aziz pastinya menyentuh hati dan perasaan kita semua.

Penjara Janji, drama yang mengisahkan tentang penyesalan dan kemaafan mula ditayangkan sejak 12 April dan bakal berakhir pada 5 Mei 2021. Slot Samarinda Ramadan yang disiarkan di TV3 pada pukul 10 malam ini turut disiarkan secara percuma satu jam kemudian iaitu pada pukul 11 malam secara eksklusif dan percuma di WeTV.

15 episod drama ini mengisahkan tentang Rizan yang bekerja sebagai warden penjara yang mencuba sedaya-upaya untuk melunaskan permintaan terakhir seorang “banduan akhir” di penjara tersebut.

Sinopsis:

Rizan (Alif Satar) yang merupakan seorang warden penjara cuba melunaskan permintaan terakhir seorang banduan akhir di penjaranya iaitu Zulkifly (Fauzi Nawawi). Hal ini telah menyebabkan timbulnya satu konflik dengan tunangnya Rozita kerana Rizan terlampau taksub dengan Zulkifli sehingga mengabaikan Rozita.

Jangan lupa menonton drama menarik ini di TV3 dan di WeTV selepas satu jam tayangan. Penonton juga boleh langgani WeTV untuk mengikuti drama-drama dan filem-filem menarik secara strim di laman web WeTV, wetv.vip atau di aplikasinya yang boleh didapati di App Store atau Google Play Store.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!