RANGKAIAN WARDAH HYDRA ROSE BAWAKAN KHASIAT BUNGA MAWAR
Wardah, peneraju pasaran jenama kosmetik dan penjagaan kulit halal, pada hari ini telah melancarkan rangkaian produk barunya Signature Series Wardah Hydra Rose di Malaysia untuk menangani masalah kecantikan utama wanita – penghidratan.
Shabrina Salsabila, Ketua Perniagaan Antarabangsa Wardah, Wardah Hydra Rose, berkata, “Komitmen kami terhadap sains penjagaan kulit telah menghasilkan Wardah Hydra Rose, rangkaian produk jenama kami yang paling inovatif dan dihasilkan khas untuk mereka yang mengalami masalah kulit yang kering dan nyahhidrat akibat kekurangan peminuman air, bilik berhawa dingin, kekurangan tidur dan pendedahan kepada cahaya matahari.”
Dirumus dengan menggunakan bunga-bunga mawar asli dari rantau Eropah, produk-produk Wardah Hydra Rose mengandungi ekstrak Avalanche Rose Oil yang digabungkan dengan 72 Hours Hydrating Active menggunakan teknologi mikro-perangkum.
Penggabungan kedua-dua ramuan ini dapat melembapkan kulit yang kering serta memberikannya penampilan yang lebih sihat dan bersinar. 72 Hours Hydrating Active mengandungi komposisi yang serupa dengan Natural Moisturising Factor (NMF) yang dihasilkan oleh kulit dan berfungsi meningkatkan kadar air pada lapisan luar kulit. Tambahan pula, Hydrating Active turut meningkatkan kadar NMF di dalam kulit. Ekstrak Avalanche Rose Oil pula berfungsi untuk meningkatkan kelembapan kulit dan memastikan kulit sentiasa lembap tanpa henti selama 72 jam, di samping memperbaikinya.
Wardah bermaksud bunga mawar dalam bahasa Arab dan merupakan sumber inspirasi rangkaian produk terbaru ini. Produk-produk dalam rangkai terbaru ini ialah:
- Wardah Hydra Rose Gel-to-Foam Cleanser yang merupakan pencuci muka yang lembut dan ringan untuk memastikan kulit tidak hilang kelembapannya semasa pencucian.
- Wardah Hydra Rose Petal Infused Toner mengimbangi pH dan kelembapan kulit.
- Wardah Hydra Rose Micro Gel Serum mengandungi bijian kecil hidrasi berwarna merah jambu untuk meningkatkan dan mengekalkan kelembapan kulit.
- Wardah Hydra Rose Dewy Aqua Day Gel yang diperkayakan dengan asid bio-hyaluronic melapisi permukaan kulit dan memberikan kelembapan kulit sepanjang hari.
- Wardah Hydra Rose Moisture Rich Night Gel melegakan dan menyuburkan kulit pada waktu malam, dan menyediakannya untuk hari berikutnya.
Seiring dengan misi untuk menghasilkan produk-produk yang mengutamakan kesejahteraan para penggunanya dan alam sekitar, setiap produk dalam rangkaian Wardah Hydra Rose ini diperbuat daripada bunga-bunga mawar organik yang telah ditumbuh dan dipetik secara lestari.
Di samping itu, Avalanche Rose Oil diekstrak menggunakan teknologi yang telah dilindungi paten mengikut piawaian-piawaian kelestarian.
Bagi menyambut pelancaran rangkaian Wardah Hydra Rose, jenama ini akan mengadakan eksklusif sehari mega Shopee pada 22 April untuk menghadiahkan para pelanggan dengan pemberian percuma, pertandingan dan promosi.
Para pengguna app Shopee akan dapat menikmati diskaun eksklusif 10% untuk setiap pembelian 3 produk Wardah dalam satu transaksi.
Semasa pelancaran media, Wardah juga telah memperkenalkan Qasrina Karim sebagai wajah Wardah Hydra Rose. Personaliti baru yang berbakat ini telah menawan hati rakyat Malaysia dengan perwatakan manis dan gaya santainya.
Beliau akan menjadi personaliti pilihan platform media sosial Wardah serta akan membuat penampilan-penampilan awam bagi pihak jenama ini.
Mengulas berikutan pengumuman ini, Shabrina Salsabila berkata, “Setelah tiga tahun berada di pasaran tempatan, kami nekad untuk meningkatkan komitmen kami terhadap para pelanggan di Malaysia. Kami percaya bahawa ini adalah langkah pertama untuk mengeratkan hubungan bersama pelanggan-pelanggan kami dan membina hubungan yang lebih rapat dengan mereka. Kami ingin para pelanggan kami tahu bahawa kami memahami mereka dan kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki produk kami serta memenuhi kehendak tersendiri mereka.
Kami percaya bahawa Qasrina Karim adalah pilihan personaliti yang terbaik untuk menawan hati dan minda para pelanggan kami di Malaysia.” Sempena pelancaran Signature Series, Wardah turut mengumumkan inisiatif COVID-19 untuk membantu para wanita yang telah kehilangan pekerjaan berikutan pandemik coronavirus ini dengan memberikan mereka peluang untuk memulakan penjanaan aliran pendapatan yang baru.
Dengan halangan kemasukan yang rendah, inisiatif ‘Digitial Beauty Advisors’ akan membenarkan sesiapa sahaja yang memiliki telefon bimbit untuk menjadi seorang penasihat kecantikan Wardah dan menjana aliran pendapatan baru untuk setiap pertanyaan produk yang melalui laman-laman Facebook dan Instagram Wardah di Malaysia. Dengan Customised Solution bernama Pancake yang disokong oleh kumpulan daripada Momentum Commerce, semua pertanyaan perkhidmatan pelanggan yang diterima oleh jenama ini melalui laman-laman sosial media akan disalurkan kepada ‘Digital Beauty Advisors’ Wardah.
Para penasihat kecantikan ini akan diberi insentif untuk setiap jualan yang berjaya dibuat melalui Pancake. Eddy Yap, Ketua Pegawai Operasi, Momentum Commerce berkata, “Penyelesaian ini dibina untuk menggalakkan peningkatan jualan produk Wardah secara mendadak dengan memberikan pengalaman perkhidmatan pelanggan yang unggul. Kami memahami bahawa sentuhan peribadi akan menghasilkan hubungan pelanggan yang lebih bermakna untuk Wardah.” Semua produk Wardah Hydra Rose boleh didapati di cawangan-cawangan Watsons dan Guardian di seluruh negara dan di atas talian di Shopee, Lazada dan Zalora.
Untuk berita, produk, aktiviti dan promosi terkini Wardah, sila ikuti Wardah Malaysia di Instagram (https://www.instagram.com/wardahbeauty_my/) dan Facebook (https://www.facebook.com/wardahcosmetics.my).
Comments
Post a Comment