DC LANCAR APLIKASI REALITI TERIMBUH BATMAN EDISI BAT-TECH


DC telah melancarkan pengalaman mudah alih Batman yang unggul untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun. Aplikasi DC: Batman Bat-Tech Edition ini adalah aplikasi mudah alih percuma yang terdapat di app store dalam 13 bahasa berbeza di seluruh dunia.

Aplikasi ini membolehkan kanak-kanak menyertai kumpulan memerangi jenayah Batman, Knightwatch dan menyelami dunia Batman, belajar cara menggunakan Bat-Tech untuk menentang jenayah dan membantu mempertahankan Gotham City daripada musuh-musuhnya. DC: Batman Bat-Tech Edition adalah patuh COPPA dan boleh dimuat turun dan dimainkan secara percuma.

Aplikasi ini menampilkan teknologi realiti terimbuh (augmented reality, AR) yang pertama seumpamanya untuk melibatkan kanak-kanak dan membawa mereka menyelami dunia Adi Wira DC yang ikonik ini, menggunakan teknologi pembanteras jenayah bagi membantunya menggagalkan perbuatan jahat Joker, Mr. Freeze, The Riddler dan Penjahat Super DC yang lain.

Pelancaran ini dilakukan tepat pada masanya untuk meraikan “Bulan Batman” pada September dan DC Fandome, iaitu pengalaman peminat global pada 16 Oktober. Di Malaysia, perkhidmatan penstriman HBO GO dan Cartoon Network pula sedang bersiap sedia bagi menghidangkan satu bulan yang dipenuhi aksi dan pertandingan bertema Batman serta pengambilalihan yang didedikasikan untuk Caped Crusader.

Selain pembelajaran mengenai teknologi Batman melalui ciri penceritaan AR dalam aplikasi ini, kanak-kanak juga boleh bermain permainan mini, mengubah gambar dengan penuras wajah AR dan pelekat, membaca komik digital eksklusif, menonton kandungan video bertema Bat-Tech Batman dan mendapat akses ke Batcomputer, komputer-super di mana tersimpannya rahsia teknologi Batman.

Pada pelancaran, aplikasi DC: Batman Bat-Tech Edition menampilkan:
  • Misi realiti terimbuh (AR): Melalui ciri AR baharu, kanak-kanak menjadi anggota kumpulan baharu Batman, Knightwatch dan terbabit dalam misi asal Batman memerangi jenayah. AR yang menakjubkan ini memberikan pengalaman 3D yang realistik yang menggunakan konsep kejuruteraan dan rekabentuk untuk menjadikan Bat-Tech Batman benar-benar hidup.
  • Permainan mini: Pengguna boleh bermain permainan pemanduan mudah alih bertema Batman yang menguji kemahiran pemain mengendalikan Batmobile; Berlatih Batarang di mana pemain berlawan dengan masa untuk mengetahui berapa banyak sasaran yang boleh ditumbangkan; dan permainan Grapnel Launcher yang memerlukan pemain berlari dan melompat ketika menggunakan kemampuan Batman untuk mengatasi halangan.
  • Penuras wajah AF: Kanak-kanak boleh berubah menjadi Batman, Joker, Batgirl dan banyak lagi karakter paling ikonik Gotham City menggunakan penuras yang menyeronokkan ini, pada masa sama boleh menyimpan gambar dan kongsikannya dengan kawan-kawan dan keluarga.
  • Pek pelekat: Pengguna boleh menghias gambar dengan pelbagai pelekat bertema Batman, menjadikan rakaman gambar yang biasa kepada kisah Batman yang hebat.
  • Kandungan video Bat-Tech Batman: Aplikasi ini berkesinambungan dengan saluran YouTube DCKids yang sangat popular. Satu siri baharu, bertajuk “Batman Science Lab” akan dilancarkan pada musim luruh ini yang meneroka aplikasi dunia sebenar teknologi Batman.
  • Misi baharu, permainan, penuras, pek pelekat dan kandungan video akan ditambah dan dikemaskini secara berkala untuk untuk menjadikan pengalaman aplikasi ini sentiasa segar dan menyeronokkan kanak-kanak.
Selain itu, siri komik digital, Batman – Knightwatch, turut dilancarkan secara eksklusif pada aplikasi DC: Batman Bat-Tech Edition, di mana kanak-kanak boleh meneroka bagaimana program Knightwatch dihasilkan yang menyusuli Batman dan kumpulan Adi Wiranya ketika mereka menawan Penjahat Super Gotham City berikutan kejadian lepas lari besar-besaran di Arkham Asylum. Komik digital tambahan akan dimasukkan ke dalam aplikasi ini secara berkala dari semasa ke semasa.


Peminat boleh memuat turun DC: Batman Bat-Tech Edition hari ini dan membantu Batman menyelamatkan Gotham City. Tersedia secara percuma di Apple Store dan Google Play store, aplikasi ini boleh dimainkan di tablet dan telefon pintar. Aplikasi ini juga boleh didapati di seluruh dunia dan disediakan dalam 13 bahasa, termasuklah bahasa Korea, Jepun dan Cina.

Feature photo by: Phone photo created by master1305 - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA