TARIKAN PERANGINAN ALA EROPAH DI ESCAPE CAMERON HIGHLANDS

 

ESCAPE Cameron Highlands bakal menjadi tarikan pelancongan ala Eropah terbaharu di rantau ini. Berkeluasan 60 ekar dengan ketinggian 220 meter, ia bakal menjadi taman ESCAPE yang terbesar di Malaysia. Majlis pengumunan dan menandatangani perjanjian secara maya antara Pengasas Sim Leisure Group dan Taman Tema ESCAPE iaitu Sim Choo Kheng dengan Pengarah merangkap pemegang saham Hektar Muda Sdn Bhd (pemilik tapak) Datuk Jimmy Doh telah disaksikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.


Datuk Nancy Shukri berkata projek unik ini memperkenal jenama bertaraf dunia yang seratus peratus dari Malaysia dan diilhamkan oleh syarikat yang ditubuhkan di negara ini iaitu Sim Leisure Group, yang telah membina beberapa taman terbaik di seluruh dunia. Model perniagaan ESCAPE adalah selaras dengan agenda kerajaan untuk merangsang ekopelancongan Malaysia yang akan berperanan sebagai pemangkin dari segi pelaburan pelancongan baharu sambil menanam minat serta menyuntik semangat baharu terhadap sektor ekopelancongan.


ESCAPE Cameron Highlands bakal menampilkan sebuah tarikan ski yang unik di kawasan beriklim Tropika dan juga tarikan istimewa Gravityplay dan Adventureplay yang dipelopori oleh ESCAPE. Direka dan dibina oleh Sim Leisure Group, Fasa 1 projek ini dijangka mengambil masa 15 - 18 bulan untuk disiapkan dengan pelaburan awal berjumlah RM15 juta. Secara konservatif, pelaburan ini dijangka melebihi RM100 juta dalam fasa-fasa susulan dalam tempoh 10 tahun akan datang. Dengan konsep retro-eko yang menarik ini, ESCAPE Cameron Highlands dijangka menerima 200,000 pengunjung pada tahun pertama dan melebihi satu juta pengunjung dalam satu tahun selepas tahun kelima pembukaannya.


Tarikan utama ESCAPE Cameron Highlands adalah kemudahan ski terbuka di kawasan beriklim Tropika pertama di dunia, menampilkan pengangkut lif ski yang bakal membawa pengunjung ke puncak dan trek ski tanpa salji sepanjang 1.2km dengan pemandangan yang indah, termasuk lima buah perkampungan dengan senibina Eropah yang berbeza iaitu perkampungan Iberian di bawah sekali, diikuti dengan British, Balkan, Nordic dan berakhir di Alpine di puncak.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO