TEROKAI ANGKASA LEPAS BERSAMA 'ELLIOTT FROM EARTH' DI HBO GO

 

Kini distrimkan di HBO GO, Elliott From Earth adalah pengembaraan antara galaksi mengenai kehidupan di angkasa lepas yang jauh melangkaui bintang. Filem kartun ini memperkenalkan makhluk asing yang ramah, makhluk kosmik dan teknologi menakjubkan apabila Elliott dan ibunya Frankie menetap di Centrium bersama teman baik barunya, Mo, dinosaur yang hilang di angkasa dan kini menemui keluarga baharu.

Bagi Elliott dan Frankie, setiap hari adalah pengembaraan baru ketika mereka berusaha menyesuaikan diri dengan rumah baru mereka, dan peminat Malaysia sudah tidak sabar untuk mengetahui dengan lebih lanjutnya tentang kehidupan dua beranak ini di angkasa lepas. Selami apa yang ingin diketahui oleh peminat cilik #ElliottFromEarth menerusi video-video Cartoon Network Asia Facebook dan HBO Asia YouTube.

Sekumpulan penonton cilik Malaysia baru sahaja menstrim Elliott From Earth, siri animasi Cartoon Network di HBO GO dan sekarang mereka teruja mengajukan pelbagai soalan! Tonton video soal jawab yang mencuit hati dengan kanak-kanak lelaki dan perempuan dari seluruh negara ini yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti berkebun dan geologi, perjalanan angkasa dan wormhole di angkasa lepas!


Untuk menikmati lebih banyak cerita pengembaraan sains fiksyen dan perjalanan merentas angkasa dan masa yang mesra keluarga di HBO GO, jangan ketinggalan mengikuti Steven Universe. 

Dia mungkin hanya separuh manusia tetapi penjaga Crystal Gem beliau sentiasa berada di sisinya untuk memberi bimbingan dan nasihat apabila tiba masa untuk menyelamatkan dunia, dan kadang kala ia mengingatkan kita kepada kualiti terbaik manusia! Sementara itu, puaskan hati anda menonton drama dengan suntikan kuasa adiwira dalam Teen Titans Go! dan gerakan menghancurkan makhluk asing dalam Ben 10.

Muat turun aplikasi HBO GO di App Store atau Play Store dan dapatkan percubaan percuma, atau akses HBO GO melalui Astro di https://www.hbogoasia.com/. HBO GO tersedia di TV Android, TV Apple, TV LG dan TV Pintar Samsung - dan didatangkan dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM