GRAB RAIKAN WIRA-WIRA MALAYSIA YANG TAK DIDENDANG


Ketika masa yang sukar dan mencabar inilah kita diperingatkan betapa bantuan dan tindakan prihatin, tak kira kecil mana sekalipun, atau tidak penting sekalipun, boleh menyemarak semangat kebangsaan dan menyatukan kita mengharungi cabaran.

Sempena perayaan hari Merdeka dan Hari Malaysia tahun ini, Grab ingin memberi penghormatan kepada komuniti rakan pemandu dan penghantar untuk tindakan prihatin dan dermawan mereka – yang kebanyakannya tidak disedari oleh orang ramai. Oleh itu, Grab telah bekerjasama dengan artis tempatan, Jon Tham, untuk menggambarkan tentang kisah prihatin yang mengujakan menerusi karikatur riang ria dan unik. Antara pengisian perayaan ini, Grab membuat kompilasi kisah prihatin menerusi tiga (3) siaran trilogi bermula sekarang sehingga Hari Malaysia – setiap satu bertema satu nilai yang mewakili jiwa Malaysia.




Tema sulung trilogi ini ialah ‘prihatin dan kedermawanan’ yang memaparkan tindakan kecil yang mampu memberi motivasi dan mengubah kehidupan seseorang. Tham, artis dan pereka grafik sepenuh masa telah pun berkecimpung menyelitkan elemen sokong-menyokong dan kebajikan untuk kumpulan masyarakat berlainan yang disasarkan dalam kerja seni beliau. Inisiatif terbarunya ialah menghasilkan komik bagi mengutip dana bagi membantu seorang pengurus restoran yang hilang mata pencarian ketika pandemik Covid-19 ini.

“Saya cukup teruja apabila Grab menghubungi saya untuk menyertai usaha ini. Dengan pelbagai peristiwa yang melanda kita hari ini, adalah penting untuk warga Malaysia diperingatkan dengan tindakan prihatin kecil yang dilakukan golongan barisan hadapan. Ketika kita terus menelusuri norma baharu, saya harap kisah pendek ini dapat merangsang dan menggalakkan semua orang supaya prihatin dengan orang di sekeliling,” jelas Jon Tham, Pelukis Komik Tempatan.

Hassan Alsagoff, Ketua Pemasaran Grab Malaysia mendedahkan inspirasi di sebalik usaha murni ini. “Malaysia telah mengharungi pelbagai detik yang diselubungi pelbagai perasaan getir tahun ini. Kita ingin menyebarkan mesej bahawa walaupun berhadapan kepayahan dan cabaran, tindakan warga Malaysia membantu sesama insan dengan usaha yang cuma sedikit tetapi besar pengertiannya. Pada sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia kali ini, kami ingin meraikan aksi prihatin para pemandu dan penghantar dalam membawa sinar kegembiraan kepada para pengguna. Kami berharap usaha kecil ini menggalakkan warga Malaysia untuk sama-sama menghayati semangat yang membentuk jiwa Malaysia serta memberi teladan kepada jiran tetangga kita betapa tindakan prihatin yang secuit boleh membawa sinar kegembiraan kepada orang di sekeliling kita.

Perbuatan prihatin mudah tetapi mengujakan hati ini dikongsikan oleh para penumpang dan pelanggan menunjukaan betapa rakan petugas Grab sanggup melakukan sesuatu melangkaui tugas dan tanggungjawab demi berbakti kepada masyarakat. Tindakan prihatin itu mewakili nilai berbeza yang disatukan dapat membawa pengertian tentang hakikat sebenar rakyat Malaysia – sesuatu yang harus diingati dan diraikan dalam merayakan hari kemerdekaan.

Ketika negara ini bersedia untuk meraikan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini, marilah kita sama-sama ingat bahawa penyatuan hati di kalangan rakyat adalah punca upaya kita menghadapi cabaran getir dan bencana. Apa jua kesusahan dihadapi, Malaysia lebih gagah bersama. Marilah sama-sama mendokong dan menyokong sesama kita, dan menjiwai erti warga seMalaysia – iaitu menunjukkan sedikit rasa prihatin sesama kita.






Sempena sambutan Hari Malaysia kali ini, Grab menawarkan peluang mendapat ganjaran mata 2X GrabRewards Points bagi setiap pesanan Signatures di GrabFood dan GrabMart.

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

MULAKAN PAGI ANDA DENGAN PENUH BERTENAGA: ACARA IKONIK MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY KEMBALI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 MILO® DI MALAYSIA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA