K-DRAMA & FILEM HEBAT MENANTI ANDA DI IQIYI

Musim Hallyu iQiyi yang dipenuhi oleh bintang-bintang popular kini telah tiba! Peneraju penstriman hiburan Asia ini telah menyediakan pilihan K-drama bersiri dan filem-filem hebat bagi suku tahun yang terakhir ini. Mulai bulan September, iQiyi membawakan K-drama bersiri seperti Jirisan, Bad and Crazy, IDOL: The Coup, Yumi's Cells, Let Me Be Your Night, The Man’s Voice, Melancholía, dan Royal Secret Inspector Joy. Filem-filem Korea yang bakal bersiaran juga termasuk Midnight dan Shark: The Beginning. 

Di samping itu juga, program realiti popular Girls Planet 999 akan sampai ke kemuncaknya di bulan Oktober, yang mana 9 peserta akan membuat penampilan sulung sebagai sebuah kumpulan nyanyian wanita yang baharu. Para penonton dari seluruh dunia boleh menonton program-program K-show ini melalui aplikasi iQiyi International atau di iQ.com.

Yumi's Cells

Musim drama Korea telah dimulakan dengan Yumi’s Cells, yang kini sedang distrimkan di iQiyi. Siri drama pemenang anugerah filem Blue Dragon ini berkisar tentang kehidupan seorang pekerja pejabat berumur 30-an, Yumi (Kim Go-eun) yang penceritaannya diolah dari perspektif sel-sel otaknya. Apabila dia bertemu dengan seorang pencipta permainan video (lakonan Ahn Bo-hyun), Yumi mula memikirkan tentang cinta. Saksikan penampilan istimewa oleh Park Jin Young dari GOT7 dan Choi Min-ho dari SHINee.

Jirisan

K-Series asli Qiyi yang dinanti-nantikan, Jirisan dibintangi oleh Gianna Jun dan Ju Ji-hoon, dan dicipta oleh pengarah Lee Eung-bok (Descendants of The Sun, Guardian: The Lonely and Great God) dan penulis skrip Kim Eun-hee (Signal, Kingdom). Jun dan Ju memegang watak sebagai renjer taman negara, dan mereka berganding tenaga dengan Sung Dong-il, Oh Jung-se, dan Go Min-si untuk melindungi Gunung Jiri. Ujian-ujian dari alam semulajadi yang dihadapi oleh renjer-renjer ini bakal didedahkan pada 23 Oktober nanti.

Wi Hajun @ Bad and Crazy

Dengan penampilan seorang pembawa utusan dari alam barzakh, seorang pembunuh bersiri dan seekor musang berekor sembilan, Bad and Crazy menjanjikan sebuah kisah yang menggemparkan bagi semua penonton. Siri ini menggandingkan dua watak yang bertentangan iaitu “penjahat” yang berkebolehan (Lee Dong-wook) dan orang “baik” yang gila (Wi Ha-jun). Dicipta oleh kumpulan yang menjayakan The Uncanny Counter, Bad and Crazy bakal menampilkan visual yang mengujakan, berkualiti tinggi seperti filem dan bakal ditayangkan dalam bulan Disember kelak.

Midnight

Di samping Bad and Crazy, pelakon yang semakin meningkat naik, Wi Ha-jun juga memegang watak sebagai seorang pembunuh bersiri yang mensasarkan seorang gadis pekak (Jin Ki-joo) di dalam filem ngeri Midnight. Umpama aksi berkejaran di antara kucing dan tikus, kisah pemburuan di antara pembunuh dan mangsanya pastinya membuatkan penonton tidak senang duduk. Filem ini juga menampilkan sebuah babak tegang insiden rampasan yang telah diinspirasikan dari peristiwa sebenar di Korea dalam tahun 2013.

Ahn Hee Yeon @  IDOL: The Coup


Dalam siri IDOL: The Coup, Kwak Si-yang memegang watak seorang pemilik syarikat hiburan yang mana kumpulan idola wanita naungannya gagal menempa nama selepas enam tahun berada di dalam industri. Dalam keadaan yang hampir dibuang kerja, ketua kumpulan tersebut (Ahn Hee-yeon, juga dikenali sebagai Hani dari kumpulan idola wanita EXID) berusaha untuk mencari kejayaan dan menyelamatkan kumpulan tersebut.

Lee Jun Young

Let Me Be Your Night membawakan kisah seorang penyanyi utama kumpulan idola (lakonan Lee Jun-young dari U-KISS) yang cuba merawat masalah berjalan ketika tidur dengan bantuan pakar kesihatan (lakonan Jung In-sun). Siri ini juga menampilkan idola-idola terkini seperti Kim Jong-hyun dari NU'EST, Yoon Ji-sung dari Wanna One, dan Kim Dong-hyun dari AB6IX.

Ok Taec-yeon

Penyanyi rap Ok Taec-yeon membintangi drama sejarah pertamanya dalam Royal Secret Inspector Joy, bersama pelakon wanita yang semakin meningkat naik Kim Hye-yoon. Siri komedi ini mengisahkan pengembaraan seorang pemuda yang dijadikan penyiasat diraja dengan tidak sengaja dan seorang wanita yang ingin bercerai, dalam melaksanakan misi mereka.

Lee Do Hyun

Dalam Melancholía, Lim Soo-jung dan Lee Do-hyeon telah menjalinkan hubungan cinta terlarang di kampus, dan mereka menerima kecaman daripada masyarakat kerana jurang umur di antara mereka adalah 16 tahun. Sementara itu, The Man’s Voice menampilkan kisah cinta fantasi, yang berkisar di antara pegawai penerbangan (lakonan Choi Tae-joon) dan penjaga kucingnya – seorang wanita yang boleh berkomunikasi dengan kucing setelah dia disambar petir (lakonan Song Ji-eun).


Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA