“IYA” LAGU MENYENTUH PERASAAN KOLABORASI ZUL ARIFF & MIMIFLY

 

Zul Ariff mungkin nama baru di dalam industri muzik tanahair, namun pada Mac 2021 yang lalu beliau telahpun melancarkan lagu pertama beliau yang bertajuk ‘Saat Aku’.

Tanpa perlu mengambil masa yang terlalu lama, walaupun dikesempitan ruang dan situasi pandemik yang banyak menganggu, Zul Ariff tetap berani dan meneruskan langkahnya dengan melancarkan lagu kedua beliau yang bertajuk “IYA”. 

Lagu ini mendapat sentuhan magis dari composer berpengalaman iaitu Shazee Ishak dan Audi Mok, manakala liriknya pula adalah dari Shazee Ishak, Audi Mok dan Mimifly. 


Di dalam lagu ini juga turut menampilkan kolaborasi bersama Mimifly, penyanyi yang tidak asing dengan gaya nyanyian dan persembahan yang pastinya memukau. 

Lagu “Iya” menceritakan kisah sepasang insan bercinta yang ingin membina rumah tangga bersama. “IYA” di dalam konteks lagu ini ialah jawapan pihak wanita menerima lamaran daripada pihak lelaki. 

Menurut Zul Ariff, “Cerita di sebalik lagu “IYA” bermula dengan satu idea di mana kami ingin membuat sebuah lagu yang sesuai digunakan sebagai “wedding song”, tetapi dengan gaya dan warna nada yang lebih moden. Jalan cerita lagu ini agak intim dan menyentuh perasaan. 

Contohnya, rasa gementar si lelaki sebelum melamar si wanita. Lirik lagu ini juga mencerita kegembiraan kedua-dua pihak kerana telah berjumpa dengan “soulmate” masing-masing. Biarpun cara penerbitan dan bunyi-bunyian yang digunakan dalam lagu ini moden, pendengar masih dapat mendengar dan merasai emosi dan ”jiwang” dari melodi dan lirik lagu. 

Kami sengaja menyatukan bunyi-bunyian seperti alatan strings bersama alatan synthesizers serta bunyian elektronik yang lain untuk memberi para pendengar sesuatu yang baru, moden dan segar. 

Saya harapkan agar lagu ini sedikit sebanyak dapat mengiburkan dan dan mengubati hati sesiapa yang mendengarkannya 



“Lagu “IYA” sudah boleh didengari bermula 27 Ogos 2021 di semua pelantar digital striming dan lirik video juga boleh di tonton menerusi saluran Youtube Warner Music Malaysia. 

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA