‘KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN’ RAIH KUTIPAN MELEBIHI RM1 JUTA

Filem komedi KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN yang ditayangkan menerusi platform Di Pawagam Rumah Anda, Astro First sejak 9 September lalu telah mendapat sambutan memberangsangkan daripada penonton dan seterusnya menjadikan kutipan filem tersebut melebihi RM1 juta! 


Rata-rata penonton yang berkongsi reaksi di media sosial menyatakan mereka terhibur dan tidak henti bergelak tawa dengan adeganadegan serta jalan cerita filem Kampung Latah Kena Kuarantin. 

Antara komen penonton di sosial media: 
  1. Best la cerita ni..ni tgh tengok lg dah 8 kali tgk x boring asyik gelak ja - @anissue74 
  2. Best sgt dh tgok mmg berdekah @ana_banilla 
  3. Mmg best.kelakar gila..tahniah - @aniza8974 
  4. Congratulations terbihubur hilang stress tengok movie ni - @suzananatasin 
  5. Kami anak beranak tak larah nak gelak.. mmmg best citer nie - @suraya_rina 
  6. Pagi2 lagi dah beli..x puas lagi..best sgt.. - @norsalisah 

Penerbit Kampung Latah Kena Kuarantin & Wakil MEGAPINE (M), Hazil Izham Ismail melahirkan rasa syukur di atas sambutan positif yang diberikan oleh penonton terhadap filem terbitannya. “Alhamdulillah, jutaan terima kasih kepada FINAS dan ASTRO di atas peluang yang diberikan menerusi dana Program TV/OTT. Kami juga ingin ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah melanggan filem Kampung Latah Kena Kuarantin di Astro First. Kejayaan ini mendorong semangat buat kami untuk terus berkarya dan menghasilkan lebih konten yang variasi serta berkualiti. Kami juga berasa gembira apabila segelintir penonton merasakan filem ini mampu membuatkan mereka menghilangkan tekanan seketika dengan berhibur dengan babak dan aksi yang ditonjolkan oleh barisan pelakon. Buat mereka yang masih belum berkesempatan untuk menonton filem ini, saya ingin mengajak mereka untuk menyaksikan karya ini bersama seisi keluarga, di samping itu dapat meluangkan masa bersama insan tersayang.” 


Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Pihak kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penonton kerana masih meletakkan kepercayaan kepada karya tempatan yang ditayangkan di platform Astro First. Kejayaan yang diraih oleh filem ini, memberi kami peluang untuk lebih memahami cita rasa penonton, di samping berusaha membawakan pelbagai lagi jalan cerita dan kandungan menarik kepada mereka di luar sana. Lebih mengujakan, filem Kampung Latah Kena Kuarantin merupakan filem pertama yang dihasilkan menerusi ‘Dana Program TV/OTT’, di bawah program Dana Kandungan Digital (DKD) agihan FINAS. Ini secara tidak langsung membuktikan usaha pihak FINAS dengan kerjasama Astro telah mendorong dalam merancakkan serta menjana ekonomi industri perfileman tempatan. Di kesempatan ini juga, syabas kepada Penerbit MEGAPINE (M) dan barisan pelakon yang telah berusaha keras menjayakan filem ini dan telah menambat hati penonton.” 


Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri, berkata, “Kejayaan filem pertama hasil daripada ‘Dana Program TV/OTT’ iaitu Kampung Latah Kena Kuarantin menjadi pemangkin kepada nilai tambah pembangunan karya filem tempatan khususnya dalam aspek pengeluaran, pengedaran dan pemameran. Kami harap inisiatif strategik oleh FINAS dan Astro ini akan terus dapat menyasarkan peluang kepada penerbit dalam menjana pendapatan melalui pemilikan hak cipta yang diberikan kepada mereka, di samping menghasilkan kandungan kreatif untuk dipersembahkan kepada penonton.” Filem terbitan produksi MEGAPINE (M) tersebut menyaksikan filem tempatan pertama yang mengetengahkan gelagat melatah sebagai subjek kepada latar cerita serta menghimpunkan nama-nama selebriti cukup terkenal dengan latah spontannya dan lebih menarik ia tidak pernah disaksikan dalam mana-mana filem sebelum ini. 


Antara pelakon utama yang terkenal dengan latahnya adalah adalah Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur dan Din Latah. Selain itu, pelakon lain yang turut menjadi teraju utama adalah, Elisya Sandha, Joey Daud, Bell Ngasri, Ropie, Didie Alias, Azlee Senario dan Wanns Ahmad. Filem ini diperhebatkan lagi dengan penampilan istimewa oleh bintang-bintang popular tanah air seperti Datuk Awie sebagai Dukun Palermo, AR Badul (Tok Ketua), Ustaz Syamsul Debat (Bro Aji), Riezman Khuzaimi (YB Hazil), Roy Azman (Pegawai Perubatan), Achong Sweet Child (Opera Cina) dan Mak Wan Latah (Mak Jenab). 

Filem ini mengisahkan tentang KAMPUNG LATAH PERMAI, sebuah kampung yang unik dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana ia satu-satunya lokasi di dunia yang mempunyai kadar penduduk ‘melatah’ yang ramai. Ajin (Azhan Rani) merupakan ketua pemandu pelancong untuk syarikat Latah Permai Travel & Tours, bersama rakan kongsinya, Jamilah (Nazia Mustafar), Eton (Ieda Moin) dan Din (PS Mansur). Gelagat mereka sering menceriakan penduduk kampung dan juga pelancong. 

Dalam pada itu, Ajin menaruh perasaan terhadap Juanita (Elisya Sandha). Tetapi Apoi (Joey Daud) telah dahulu menghantar rombongan meminang Juanita dengan mengikut adat resam dan budaya melayu, namun pinangan Apoi ditolak. Apoi bersama konconya Abon (Bell Ngasri) dan Anjang (Wanns Ahmad) melakukan sesuatu kerana tidak berpuas hati. Selang beberapa hari kemudian, Kampung Latah Permai yang ceria, tiba-tiba dilanda sindrom melatah yang tidak terkawal sehingga menimbulkan pelbagai kes merbahaya seperti melatah sehingga koma, melatah sehingga meninggal serta melatah sehingga terbunuh rakan atau pasangan. 

Keadaan kampung semakin membimbangkan dan menjadi isu besar sehingga Ketua Kampung terpaksa membuat mesyuarat tergempar bersama penduduk bagi mencari jalan penyelasaian. Berbagai teori dan cara menangani pandemik latah telah dibuat sehingga ada yang logik dan ada yang karut. 


Saksikan filem komedi, Kampung Latah Kena Kuarantin kini Di Pawagam Rumah Anda, Astro First. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulangulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

Comments