DAH VAKSIN? JOM DAPATKAN KFC & PIZZA HUT ‘BELI 1 PERCUMA 1’

 

QSR Brands, syarikat makanan berjiwa rakyat dan peneraju utama jenama rangkaian makanan yang mengendalikan KFC dan Pizza Hut Malaysia berbesar hati meneruskan usaha menentang COVID-19 dengan inisiatif baharu, ‘Beli 1 Percuma 1’ dalam menggalakkan rakyat Malaysia mengambil vaksin dengan segera.

Inisiatif ini yang bermula pada 16 September bersempena sambutan Hari Malaysia dengan menawarkan 580,000 hidangan KFC dan Pizza Hut percuma selama sebulan. Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Pengerusi QSR Brands berkata, “Untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengambil vaksin secepat mungkin dan mengekang ancaman COVID-19, QSR Brands menyokong usaha untuk meningkatkan peratusan vaksinasi agar mencapai imuniti kelompok. Atas dasar ini, kami mengambil berat kesejahteraan rakyat dan memastikan persekitaran yang selamat dan sihat untuk semua adalah amat penting. Justeru, Kempen “Beli 1 Percuma 1’ adalah salah satu cara kami sebagai syarikat berjiwa rakyat untuk menggalakkan pengambilan vaksin sekaligus menzahirkan penghargaan kepada Rakyat kerana telah melakukan tanggungjawab mereka ke arah masa depan lebih baik negara.” 

Sebagai sokongan kepada kempen Lindung Diri, Lindung Semua, QSR Brands juga turut menyumbangkan 70,000 pelitup muka KFC edisi terhad yang menetapi spesifikasi yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV). 

QSR Brands adalah sebuah syarikat “people first” dan dalam situasi ini kami mengutamakan kesejahteraan warga kerja kami sepanjang waktu mencabar ini dengan menggalakkan pengambilan vaksin, memberi vaksin secara individu kepada warga kerja di kawasan luar bandar dan mengatur semula kaedah kerja bagi membolehkan wanita hamil bekerja dari rumah untuk kekal selamat. 

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama sehingga hari ini, QSR Brands telah mengagihkan lebih 74,500 pek makanan kepada komuniti terjejas dan petugas barisan hadapan di seluruh Malaysia. QSR Brands komited untuk memerangi COVID-19 dan membantu dalam usaha kebajikan kepada masyarakat melalui inisiatif-inisiatif Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) kami. 

‘Beli 1 Percuma 1’ memberi ganjaran kepada penerima lengkap vaksin COVID-19 dengan 1 hidangan KFC percuma berjumlah sehingga RM13.49 atau 1 hidangan hangat Pizza Hut percuma berjumlah sehingga RM29.90 dengan pembelian 1 hidangan. 



Untuk menebus, sila ikuti langkah-langkah di seperti berikut: 

a. KFC 
1. Daftar atau log masuk di https://kfc.com.my/vaksin
2. Muat naik dan sertakan imej sijil vaksin untuk mendapatkan e-baucar/kod promo unik yang akan dihantar kepada emel anda. 
3. Layari www.kfc.com.my atau aplikasi, pilih hidangan untuk dibeli, dan masukkan kod promo semasa ‘check out’. 

*Penawaran ini hanya sah apabila anda memilih pesanan atas talian KFC Delivery dan KFC Self Collect. 

b. Pizza Hut 
1. Daftar atau log masuk di https://vaksin.pizzahut.com.my
2. Muat naik dan sertakan imej sijil vaksin untuk mendapatkan e-baucar/kod promo unik yang akan dihantar kepada emel anda. 
3. Layari www.pizzahut.com.my atau aplikasi, klik laman ‘coupon’, mula pilih dan ubahsuai piza anda dan pergi ke ‘check out’. 

*Penawaran ini hanya sah apabila anda memilih khidmat Pizza Hut Delivery dan Bawa Pulang melalui pesanan atas talian dan ‘Walk-in’ 

Layari http://vaksincovid.gov.my untuk maklumat lanjut tentang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan layari https://kfc.com.my/vaksin dan https://vaksin.pizzahut.com.my untuk menebus hidangan KFC & Pizza Hut segar percuma!

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM