NOKI TAMPILKAN MK DALAM KOLABORASI HEBAT - PAYUNG PELANGI


Dua nama besar ini tidak perlu lagi diperkenalkan kerana kredibiliti mereka sebagai penghibur lebih lagi sebagai penyanyi rap sudah diketahui umum. Noki dan juga MK merupakan ahli kumpulan K-Clique yang mempunyai pengaruh besar di dalam industri muzik tanah air. Mereka sentiasa aktif untuk mengeluarkan lagu-lagu terbaharu dan masih menerima banyak permintaan persembahan walaupun secara virtual.

Noki yang juga merupakan juara Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang lalu, dan MK penyanyi rapper kegilaan remaja telah bergabung dan menghasilkan lagu baharu kolaborasi mereka berdua yang bertajuk Payung Pelangi. Lagu ini adalah hasil komposer dan lirik oleh Noki dan MK sendiri. Tercetusnya idea ini adalah setelah mereka berdua mendapat tawaran untuk berlakon bersama dan dalam kesempatan itu mereka merancang untuk melancarkan satu lagu nyanyian mereka berdua.


Menurut Noki, “Saya agak gementar kerana ini dikira single pertama Noki. Lagu ini menceritakan tentang usaha keras. Sebelum kita mendapat sesuatu kejayaan kita perlu berusaha keras dan jangan berputus asa. Pelangi tu hanya perumpamaan dimana pelangi tak akan muncul kalau tidak hujan. Jadinya, kesusahan di permulaan pasti ada, tapi dengan usaha keras dan izin-NYA kejayaan pasti akan datang. Jadi, Noki harap lagu dan lirik ini mampu memberikan semangat kepada semua pendengar. Terus menyokong kami’


Lagu Payung Pelangi ini sudah boleh didengari di semua pelantar digital bermula 9 September 2021, dan lirik video Payung Pelangi juga dilancarkan pada tarikh yang sama dan boleh di tonton di saluran Youtube K-Clique.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA