OMG, MUNCHY'S SAMBUT ULANG TAHUN 30 TAHUN!


Selama 30 tahun, Munchy's membawakan kebaikan dengan kerangupan biskut yang unik. Menawarkan biskut yang enak dan sihat untuk seisi keluarga, jenama biskut No.1^ di Malaysia telah menghasilkan banyak saat-saat menggembirakan yang menghubungkan sesama insan.

Tahun ini Munchy's akan meraikan ulang tahun ke-30 dengan lebih banyak saat-saat yang menggembirakan! Dengan tema Oh Munchy’s Goodness (OMG), Munchy’s meraikan sambutan ulang tahun yang menggembirakan ini dengan peraduan Scan, Play & Win dan menawarkan hadiah-hadiah menarik untuk para peminat setia!


Sepanjang tempoh pandemik ini, orang ramai mempunyai pelbagai idea kreatif untuk mengekalkan semangat masing-masing ketika duduk di rumah. Antara cara yang paling popular ialah memperkenalkan masa makan snek sebagai rutin yang menyatukan semua orang. Berdasarkan kajian State of Snacking*,yang dijalankan pada tahun 2020 tentang trend snek pengguna global, 77% daripada responden berkata bahawa menikmati snek telah mengupayakan hubungan. 56% daripada ibu bapa pula berpendapat bahawa masa snek ialah masa di mana keluarga atau isi rumah dapat meluangkan masa bersama-sama.

Sejak penubuhannya pada tahun 1991, Munchy’s semakin berkembang dan popular serata dunia. Bermula dengan dua saudara dari Batu Pahat yang membuka sebuah kilang membuat biskut kecil dengan hanya sebuah mesin membuat biskut wafer yang terpakai. 30 tahun kemudian, Munchy's kini menawarkan pelbagai pilihan snek yang enak dan rangup serta membawa kegembiraan kepada pengguna tempatan dan global. Rangkaian produk utamanya termasuklah Munchy’s Cream Crackers, LEXUS Cream Sandwich, Oat Krunch, Muzic Wafer, dan Choc-O Cookies.


Rodney Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Munchy’s Malaysia, menjelaskan akan kepentingan sambutan ulang tahun ke-30 syarikat: “Setiap kali kita teruja, kita sering menyebut “OMG”! Untuk berkongsi keseronokan pada tahun ini, kami telah memilih ekspresi “OMG”, tetapi bagi kami ia bermaksud “Oh Munchy’s Goodness”! Anda boleh menemui kenaikan dalam setiap produk Munchy's yang dibuat dengan cermat dan teliti oleh pakar pembuat biskut kami di Batu Pahat dengan menggunakan ramuan berkualiti tinggi dan standard kebersihan yang paling ketat. Tidak kiralah biskut Munchy’s mana pilihan anda – kami sentiasa memastikan anda dapat menikmati kerangupan dan rasa enak berkrim yang anda gemari.”

“Dengan berkongsi kebaikan Munchy’s, kami yakin semua orang akan dapat merasai kehebatan “OMG” dalam setiap gigitan! Maka inilah sebabnya saya berbesar hati memaklumkan bahawa produk Munchy's bukan sahaja dijual di kebanyakan kedai runcit di dalam negara, malah meliputi lebih 50 buah negara di seluruh dunia,” Wong menambah.


Bagi meraikan ulang tahun ke-30 Munchy's, jangan ketinggalan menyertai peraduan Scan, Play & Win OMG (Oh Munchy’s Goodness)! Anda mungkin menjadi salah seorang daripada 30 orang pemenang bertuah untuk menerima Nintendo Switch!

Cara menyertai:
  1. Layari www.munchys30.com
  2. Daftar melalui Facebook anda dan mula bermain!
  3. Kumpulkan seberapa banyak mata yang boleh dengan menangkap biskut yang jatuh daripada baris pengeluaran semasa permainan.
  4. Lebih banyak anda main dan lebih tinggi mata anda, lebih besar peluang untuk menang!
Peraduan Scan, Play & Win berlangsung mulai 1 September hingga 31 Oktober 2021 dengan menawarkan 30 unit Nintendo Switch untuk dimenangi. Para pemenang akan diumumkan setiap minggu.

Produk Munchy's boleh didapati di pasar raya hiper, pasar raya dan kedai-kedai di Malaysia dan 50 buah negara lain di dunia. Anda juga boleh membeli secara dalam talian melalui kedai rasmi Munchy's di Lazada atau Shopee.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Munchy’s di http://www.munchys.com atau ikuti Munchy’s di Instagram (https://www.instagram.com/munchys.my/) dan Facebook ( https://www.facebook.com/Munchys/).

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!