PLANTONIC MENYUBURKAN TANAMAN SECARA SEMULA JADI


Plantonic, jenama baja tumbuhan organik dari Singapura kini sudah berada di pasaran Malaysia. Dengan meningkatnya kepopularitian hobi berkebun atau menanam tumbuhan di rumah di kala pandemik, 

Plantonic memberikan penyelesaian semulajadi dan tidak beracun yang bermanfaat bagi menyuburkan tanaman dan tidak berbahaya untuk alam sekitar. Plantonic adalah selamat digunakan persekitaran manusia dan haiwan peliharaan. Selain daripada bertindak sebagai baja penyubur tanah, produk ini juga menghalau serangga perosak, melindungi tanaman daripada jangkitan kulat dan meningkatkan daya imuniti tumbuhan.

Selaras dengan slogan: “Treat Nature With Nature”, Plantonic diperbuat daripada ramuan berasaskan tumbuhan yang membantu dalam menyuburkan tanaman, tanpa menggunakan bahan-bahan kimia beracun yang biasanya terdapat dalam baja-baja di luar sana.


Antara ramuan utama dalam Plantonic adalah:
  • Shilajit: Sejenis ramuan yang dihasilkan daripada penguraian tumbuhan yang biasanya terdapat di pergunungan Himalaya, shilajit digunakan oleh para pengamal perubatan Ayurvedik untuk mendapatkan manfaat anti-bakteria semula jadi.
  • Rumpai laut: Kaya dengan zat-zat galian seperti magnesium, kalium, zink, besi, dan nitrogen, rumpai laut telah terbukti dapat merangsangkan tumbesaran tanaman.
  • Akar Ginseng: Biasanya digunakan dalam perubatan tradisional, akar ginseng dikatakan dapat membantu sistem imuniti tanaman
  • Kulit buah-buahan: Mengandungi zat-zat galian seperti kalium, kalsium, fosforus, dan natrium, kulit buah-buahan bertindak sebagai baja semula jadi yang berkesan.
  • Ekstrak biji: Kompaun anti-mikrob membantu tanaman mengelakkan jangkitan.
  • Daun teh: Asid tannik dalam daun teh membantu untuk menyuburkan tanah
Tersedia dalam botol dengan penyembur, Plantonic mudah untuk digunakan untuk memastikan tanaman mendapat zat-zat yang diperlukan dengan semburan setiap satu minggu bagi tumbuhan kecil atau dua kali semingu bagi tumbuhan yang lebih besar di rumah.


Plantonic kini boleh didapati di platform e-dagang seperti Shopee (www.shopee.com.my/plantonic.os) dan Lazada (www.lazada.com.my/shop/plantonic). Untuk maklumat lanjut, sila layari www.plantonic.sg.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA