"PUJA" OLEH IKA MUSTAFA HARUS DIBERI PUJIAN

 

Ika Mustafa mungkin nama baru bagi sesetengah orang, namun beliau sudah lama berada di dalam industri muzik ini. Sebelum ini beliau pernah melahirkan beberapa buah single antaranya ialah lagu ‘Damaikanlah’ yang menjadi runut bunyi kepada sebuah drama dan mendapat tontonan di Youtube sebanyak 665,000 sehingga hari ini.

Situasi pandemik masa kini tidak menjadi penghalang kepada Ika Mustafa untuk terus berkarya apatah lagi dengan pengalaman beliau menjadi suara latar kepada lagu artis-artis di bawah komposisi Audi Mok. Semangat beliau menghasilkan single ‘Puja’ perlu diberi pujian kerana beliau telah merakamkan lagu tersebut sendiri di rumah. Selesai rakaman, hasil tersebut terus diberikan kepada Audi Mok, Shazee Ishak dan Tysha Tiar yang juga merupakan komposer dan penulis lirik serta penerbit lagu tersebut untuk ditambah baik untuk menjadikan lagu yang lengkap.


Menurut Ika Mustafa, “Sememangnya pandemik ini benar-benar menguji kita semua namun dalam masa yang sama membuatkan kita menjadi lebih kreatif. Ika sudah lama menunggu untuk melancarkan lagu baharu, namun asyik terhalang. Jadi, bila dapat peluang yang sebegini dibantu dengan teknologi yang maju sekarang ini membuatkan semuanya menjadi kenyataan. Ika harap lagu Puja ini berjaya menambat hati semua pendengar dan terus memberikan sokongan kepada Ika dan lagu ini “


Lagu PUJA ini boleh mula didengar di semua pelantar digital bermula 10 September 2021. Lirik video juga telah dilancarkan pada 14 September 2021 lalu di saluran Youtube Alternate Records & Talents

 

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM