LIBRESSE LANCAR REKAAN PEK V-KEBAYA ISTIMEWA
Istimewa sempena Hari Malaysia ini, Libresse® yang terkenal dengan perjuangan dan usaha mereka dalam mendidik dan memperkasa wanita Malaysia, melancarkan koleksi baharu Libresse® V-Kebaya Edisi Terhad yang direka bagi mengembalikan keyakinan Zon-V melalui interpretasi moden corak Kebaya Nyonya. Menggunakan corak bunga kekwa dan peony di atas kebaya yang menghias rekaan bungkusan dan pad edisi ini adalah untuk meraikan semangat wanita Malaysia yang kekal yakin dalam usaha mereka menormalkan tabu berkaitan Zon-V.
“Peranakan atau Baba Nyonya yang menggabungkan budaya Melayu dan Cina ini menghasilkan Kebaya Nyonya. Rekaannya yang menggunakan kain berkerawang mengikut bentuk badan ini amat dekat di hati rakyat Malaysia. Muncul pada era 1920-an, Kebaya Nyonya kekal menjadi ikon pakaian tradisi yang disukai ramai wanita Malaysia hari ini dan ini memberi inspirasi kepada kami untuk melancarkan koleksi edisi terhad Hari Malaysia yang turut meraikan perkembangan budaya wanita di negara kita,” kata Deenie Ong, Pengurus Pemasaran, Penjagaan Feminin, Vinda Malaysia.
“Di Libresse®, kami bercita-cita ingin mewujudkan ruang agar kaum wanita bebas menjalani kehidupan mereka tanpa perlu risau tentang tabu Zon-V dan usaha ini bermula dengan mengambil tahu dan menghargai Zon-V terdahulu. Rekaan V-Kebaya ini memberi mesej yang cukup kuat bahawa Zon-V adalah sebahagian daripada kita dan sepatutnya menjadi kebanggaan dan keyakinan kita.”
Pad Libresse® V-Kebaya Edisi Terhad ini menawarkan ciri dan kelebihan produk Libresse® yang sama seperti yang ada pada pad Libresse® yang kekal menjadi kegemaran pengguna. Ini termasuklah rekaan SecureFit™ dengan bahagian hadapan lebih lebar, tirus di tengah dan berbelah di belakang supaya memberi padanan sempurna pada kontur badan wanita dan Deep Flow Channels (DFC) untuk penyerapan pantas. Kedua-dua ciri daripada Libresse® ini memberikan padanan yang lebih sempurna dan penyerapan unggul untuk perlindungan terbaik serta keyakinan menyeluruh.
“Kami amat mengalu-alu semua wanita bersama-sama meraikan kebanggaan kita sebagai wanita Malaysia tanpa mengambil kira perbezaan bentuk dan saiz badan, serta kepelbagaian budaya pada September ini. Marilah kita menormalkan tabu Zon-V secara terbuka, positif dan saling hormat-menghormati dengan menghargai keunikan tersendiri tubuh badan kita,” tambah Ong.
Pad wanita edisi terhad ini, yang berharga daripada RM6.60 hingga RM18.20, boleh didapati di kedai-kedai runcit serta farmasi dan pasar raya seluruh negara. Untuk tempoh terhad, miliki juga beg V-Kebaya rekaan eksklusif bagi setiap pembelian pek Big Value Libresse® V-Kebaya Tanpa Haruman (selagi stok masih ada).
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.libresse.com.my/our-world/campaigns/v-kebaya/, atau ikuti Libresse® di www.facebook.com/LibresseMalaysia atau IG (@Libresse_My).
Comments
Post a Comment