SKRIN BESAR TANPA HARGA ‘BESAR’ DENGAN GALAXY A03S

 

Mahukan skrin besar tanpa harga yang terlalu tinggi? Jangan risau, Galaxy A03s bakal mengabulkan hasrat anda! Telefon pintar kelas permulaan ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang lebih muda, pelajaran-pelajar atau warga tua yang sedang mencari telefon pintar baru.

Agar anda dapat melihat keluarga dan rakan-rakan anda di skrin dengan lebih jelas dalam panggilan, Galaxy A03s mempunyai paparan Infinity-V 6.5” yang besar untuk memberi anda pemandangan tanpa gangguan dengan reka bentuknya yang seperti tiada bezel. Anda juga dapat menonton video dengan paparan HD+ yang jelas dengan aspek nisbah 20:9 untuk tontonan sinematik yang lebih mengasyikkan. Galaxy A03s juga menyokong sistem audio Dolby ATMOS untuk memberikan pengalaman audio 3D yang lebih baik. Sekiranya anda risau akan mengganggu orang yang berada disekeliling pada waktu malam, telefon ini mempunyai bicu fon telinga 3.5 Pi. Anda juga boleh sambungkan Galaxy Buds melalui Bluetooth. Dengan Dark Mode yang tersedia ada, anda dapat melindungi mata anda dari sebarang tekanan ketika telefon sedang digunakan pada waktu malam.

Galaxy A03s beroperasi atas One UI Core yang membolehkan pengguna menavigasi dengan mudah dan untuk anda menyemak maklumat dengan pantas. Ia juga mempunyai bateri 5.000mAh yang membolehkan anda bersenang-lenang sepanjang hari tanpa risau, dan jika anda perlu mengisi dengan tergesa-gesa, telefon ini juga menyokong pengecasan pantas 7.75W. Apabila anda perlu menggunakan beberapa tab sekaligus, pemproses P35 MTK6765 dan RAM 4GB Galaxy A03s memastikan anda mempunyai pengalaman yang lancar. Bermain games di telefon anda tidak lagi menjadi masalah!

Dengan penghentian rangkaian 3G di seluruh negara pada akhir tahun 2021 di bawah rancangan JENDELA, ianya sangat penting untuk beralih dari peranti 3G ke peranti 4G secepat mungkin. Galaxy A03s merupakan salah satu model 4G termurah bagi telefon pintar di dalam kelasnyaa. Ikuti perkembangan terkini dan dapatkan Galaxy A03s dengan harga runcit disyorkan pada RM559 sahaja. Ia juga boleh didapati dengan harga RM23.29/bulan dengan pelan ansuran 0% di Samsung Online Store.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana Galaxy A03 dapat menyokong anda, sila layari: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a03s-black-64gb-sm-a037fzkgxme/

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM