SMCV MENGGALAKKAN PENJAGAAN KESIHATAN MELALUI PENCEGAHAN

 


Sunway Medical Centre Velocity (SMCV) meraikan ulangtahun keduanya dengan kempen komuniti yang menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan melalui pencegahan yang mencukupi bagi memastikan kualiti kehidupan yang lebih baik.

Bersempena dengan kempen ini, SMCV memberi tumpuan khas ke atas kesihatan jantung dan penghadaman dengan menawarkan pakej saringan pada harga yang berpatutan, di samping pakej saringan kesihatan dan ujian saringan darah dan ujian penanda tumor. Sementara fokus semasa adalah untuk menangani pandemik, isu-isu kesihatan lain masih kekal menjadi kelaziman di Malaysia – pada tahun 2020, dilaporkan bahawa Penyakit Jantung Ischaemic kekal sebagai penyebab kematian tertinggi di Malaysia, dan penyakit sistem penghadaman turut menyumbang kepada bilangan kemasukan ke hospital dan angka kematian yang tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif SMCV Derrick Chan berkongsi, “Dua tahun yang lepas, kami telah mengutamakan kepentingan untuk mempunyai satu sistem penjagaan kesihatan yang baik, dan kami mahu meluahkan rasa kesyukuran ke atas sokongan yang berterusan diterima daripada komuniti dalam dua tahun yang lepas. Bagi masa akan datang, kami amat bersemangat sekali untuk meneruskan inovasi dan penambahbaikan perkhidmatan serta penyampaian kepada pesakit kami, di mana kesejahteraan mereka merupakan keutamaan kami. Kami berharap agar kempen tahun ini akan menjadi efektif dalam meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan mengekalkan kesihatan diri sendiri dan memberikan lebih ramai pesakit akses kepada perkhidmatan kami.”

Meraikan melalui pemberian

Mengetahui keperluan bagi pesakit untuk terus mengekalkan kesihatan mereka dan bukannya membenarkan simptom mereka untuk berkembang sehingga satu tahap yang kritikal, SMCV juga turut menawarkan pesakit harga istimewa untukPakej Saringan Jantung Komprehensif, Pakej-pakej Endoskopi, Kolonoskopi dan Ujian Gastrointestinal Atas & Bawah.

Untuk ini, pesakit dinasihatkan agar berbincang mengenai keperluan mereka bersama perunding SMCV yang berkenaan bagi memastikan bahawa mereka dikehendaki untuk menjalani saringan sedemikian selaras dengan tahap kesihatan diri mereka sendiri. Pakej kesihatan melalui pencegahan ini direka untuk membantu pesakit mengenalpasti sebarang keadaan kesihatan sedia ada yang mereka mungkin tidak sedari, atau hanya sekadar bagi membolehkan pesakit melakukan satu pemeriksaan menyeluruh dan mengambil langkah susulan ke atas berbagai-bagi / pelbagai organ dalam badan, yang menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam masa genting sebegini.

Dr Foo Yoke Loong, Perunding Kardiologi dari SMCV menyatakan, “Dengan pandemik menjadi satu sumber kebimbangan yang besar bagi orang ramai, ia boleh menjadi sesuatu yang mudah untuk mengabaikan kesihatan mereka dan memilih untuk menunggu sehingga keadaan dirasakan lebih selamat. Walaubagaimanapun, data telah menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam bilangan pesakit yang menderita akibat penyakit diabetes, penyakit darah tinggi dan kolesterol tinggi, yang telah meletakkan mereka pada tahap risiko tinggi untuk mendapat serangan jantung, strok dan kegagalan buah pinggang. Saya ingin menasihati orang ramai agar menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan untuk mengesan keadaan ini lebih awal dan menghalang sebarang penyakit yang lebih lanjut. Tiada masa yang tepat atau tidak tepat untuk menjalani saringan kesihatan, tetapi pencegahan adalah lebih baik daripada pengubatan. Sentiasa kekal selamat dan sihat.”

SMCV juga memperkenalkan satu Pakej Saringan Kesihatan di mana individu boleh membeli dua pakej dengan harga istimewa untuk pakej kedua.

Sejajar dengan tema “dua” ini, SMCV juga turut menawarkan satu ujian saringan darah dan ujian penanda tumor yang digabungkan hanya dengan harga RM222. Pakej ini, di samping pakej Saringan Kesihatan boleh dibeli melalui laman web SMCV, sunmedvelocity.com.my/en/promotion, dimana pesakit tidak perlu pergi ke hospital untuk melakukan pembelian dan menempah temujanji mereka. Pakej-pakej ini boleh didapati untuk pembelian sepanjang bulan September dan akan sahlaku sehingga 31 Disember 2021.

Menyediakan sokongan pasca Covid-19

SMCV juga telah menawarkan satu Pakej Penjagaan Pemulihan Pasca Covid-19 bagi individu yang masih mengalami simptom berpanjangan Covid-19 seperti sesak nafas, sakit kepala, batuk berpanjangan dan ketegangan dada antara lainnya. Pakej ini merangkumi satu julat saringan yang luas dijalankan di Pusat Saringan Kesihatan SMCV termasuk satu Kiraan Darah Penuh (FBC), Profil Fungsi Hati, X-Ray Dada, Ujian Fungsi Pulmonari (PFT) dan satu sesi perundingan dan laporan penuh. Pesakit mesti telah melalui sekurang-kurangnya 18 hari selepas tarikh laporan positif atau satu minggu selepas discaj untuk menjalani ujian saringan ini.


Sunway Medical Centre Velocity terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. Untuk maklumat lanjut mengenai Sunway Medical Centre Velocity, lawati www.sunmedvelocity.com.my (Facebook: Sunway Medical Velocity).

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI