THE ARTISANS HAVEN LANCAR PERKHIDMATAN ‘SMART SOLUTION’

 

The Artisans Haven™ (TAH), platform e-dagang Malaysia yang didedikasikan untuk menyokong para artisan dan pengusaha tempatan hari ini mengumumkan pelancaran Perkhidmatan ‘Smart Solution’ dengan kerjasama Affin Bank Berhad (“AFFIN BANK "). ‘Smart Solution’ yang ditubuhkan khas bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ini merupkan perkhidmatan baru yang ditawarkan selain rangkaian produk artisan yang sedia ada, dengan 15 penyelesaian teknologi dan alat perniagaan yang kompetitif dalam kategori Teknologi, Inovasi dan Bantuan-Sendiri, disusun khas bagi menyokong PKS dan pekerjanya dalam mengharungi dunia digital yang pantas berkembang.

World Bank Malaysia dalam ‘Malaysia Economic Monitor’ ke-24: Laporan Weathering the Surge menyatakan bahawa ‘pandemik telah mendedahkan jurang dan memburukkan lagi kerentanan sektor swasta Malaysia. Ini berlaku terutama sekali pada PKS, yang dilanda dengan kejutan permintaan dan penawaran. "Walaupun PKS merupakan tulang belakang bagi industri perniagaan negara ini yang merangkumi 98.5%, penggunaan digital di kalangan PKS agak ketinggalan berbanding perusahaan besar yang lain. "Visi kami di The Artisans Haven adalah bagi menyokong penggunaan digital di kalangan perniagaan kecil di rumah, terutama di dalam bidang e-dagang. Kami percaya bila lebih banyak perniagaan mengambil bahagian dalam ekonomi digital, peniaga yang ketinggalan dalam revolusi digital ini akan bergelut.

Pandemik ini telah memacu keperluan perniagaan dalam mengamalkan transformasi digital. Namun terhalang kerana kurangnya kesedaran, kesediaan, pengetahuan dan kos tinggi dalam menerapkan teknologi baru dan alat perniagaan untuk kekal kompetitif. Oleh sebab itulah, kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan AFFIN BANK bagi menyokong PKS Malaysia melalui SME Colony,” kata Jade Lee, CEO dan pengasas bersama The Artisans Haven.

"AFFIN BANK komited dalam pertumbuhan PKS jangka panjang dan kami memiliki beberapa penyelesaian kewangan bagi memenuhi keperluan mereka. AFFIN BANK juga menawarkan aplikasi SME Colony yang telah memenangi pelbagai anugerah; aplikasi yang memberikan peluang penglibatan dan kerjasama dalam komuniti PKS. Komuniti PKS yang unik ini telah membuktikan bahawa kolaborasi dan perkongsian adalah suatu keperluan, terutama pada masa-masa yang mencabar ini,” jelas Encik Lim Kee Yeong, Pengarah Eksekutif Perbankan Perusahaan, AFFIN BANK.

"Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, The Artisans Haven telah menyusun 15 penyelesaian perniagaan berguna dengan tawaran menarik, bagi menyokong semua PKS di SME Colony. Kami sentiasa mencari alat perniagaan dan penyelesaian teknologi yang lebih berpatutan namun kompetitif bagi membantu melengkapkan perniagaan dengan strategi terbaik untuk membawa jenama mereka ke tahap seterusnya,” tambah Jade. The Artisans Haven merancang untuk meningkatkan penawaran Penyelesaian Pintar dengan sasaran 30 perkhidmatan menjelang Jun tahun depan.

Dalam perkhidmatan berkaitan Teknologi, perkhidmatan keselamatan siber disediakan oleh Vigilant Asia (M) Bhd; Penyewaan komputer oleh Rentalworks Sdn Bhd; reka bentuk digital oleh Volservers Solutions Sdn Bhd, dan kesinambungan perniagaan oleh Yellow Shorts Sdn Bhd.

TAH ‘Smart Solutions’ juga menawarkan PKS pemahaman mendalam mengenai latihan dan motivasi staf yang dikongsi oleh jurulatih motivasi Xandria Ooi; perundingan latihan sumber manusia Latihan MADLAB; dan AL Trainings Sdn Bhd yang menyediakan latihan, perundingan serta ucaptama dan program awam; dan Enfinity Academy yang mempunyai visi untuk memupuk dan mendorong pertumbuhan bakat kreatif di Malaysia.

Perkhidmatan pembangunan peribadi merangkumi kesihatan dan kecergasan oleh Harizon Ramli, jurulatih dengan pensijilan dari Majlis Sukan Amerika; laluan sehenti untuk biasiswa oleh Scholarships2U; dan perisian perdagangan pasaran saham eksklusif yang dikenali sebagai SMART ROBIE oleh Trade VSA.

Perkhidmatan perniagaan merangkumi penghantaran oleh TUUDI Parcel; pembelian pukal (DCR Marketing Sdn Bhd); penilaian kredit (Experian Information Services Malaysia Bhd); dan platform sembang langsung di Wannatalk.ai.

The Artisans Haven, yang bermula dengan 30 penyewa pada bulan Mei tahun lalu, kini mempunyai 250 penyewa; berkembang pada kadar 50 penyewa setiap bulan, ia dijangka melepasi kadar 1,000 penyewa dalam tempoh 12 bulan akan datang. Laman webnya mencatatkan jumlah penonton yang tinggi sepanjang masa sebanyak 200,000, sementara laman Facebooknya telah mencapai lebih dari 300,000 tontonan.

Selain daripada produk artisan di Facebook LIVE, The Artisans Haven juga mempromosikan perkhidmatan pakar ‘Smart Solution’ ini secara dinamik.

Buat semua PKS dan usahawan, kini tiba saatnya untuk meningkatkan keupayaan dan mendorong perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi! Jom lihat apa yang ditawarkan di ‘Smart Solutions’ di www.artisanshaven.com.my/get_smart

Comments