APAKAH AKTIVITI YANG DINANTIKAN RAKYAT MALAYSIA PASCA-COVID?


Dengan tanda-tanda kelonggaran kawalan pergerakan susulan usaha imunisasi yang memberansangkan, Tinjauan “Return to Travel” oleh Agoda mendedahkan aktiviti-aktiviti pasca-pandemik yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Antaranya adalah berjumpa dengan keluarga dan rakan-rakan, tidak memakai pelitup muka dan, bukan satu kejutan, keluar bercuti.

Bercuti merupakan perancangan bagi 34% daripada jumlah responden (18% paling menantikan percutian ke luar negara, dan 16% secara domestik), dengan hampir separuh daripada rakyat Malaysia (48%) menyatakan rancangan mereka untuk keluar bercuti di awal tahun 2022 (dalam tempoh empat bulan selepas perintah kawalan pergerakan dimansuhkan). Nampaknya kaum lelaki adalah lebih cenderung untuk keluar bercuti dengan 30% merancang untuk berbuat demikian dalam tempoh sebulan berbanding dengan 24% daripada kaum wanita, serta sebahagian besar merancang untuk melakukan perjalanan dalam tempoh 2-4 bulan (24% berbanding dengan 16%)

Kumpulan di bawah lingkungan umur 18-24 dan 35-44 tahun adalah lebih cenderung untuk memilih destinasi domestik berbanding dengan percutian antarabangsa (16% dan 19% berbanding dengan 12% dan 17% masing-masing). Sementara itu, kumpulan di bawah lingkungan umur 45 sehingga 54 serta 55 tahun ke atas mempunyai keinginan yang kuat untuk keluar dari negara dengan kedua-dua kumpulan menyatakan bahawa percutian antarabangsa adalah aktiviti kedua yang paling dinantikan apabila berakhirnya pandemik, selepas berjumpa dengan ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan.

Ikatan kekeluargaan kekal kukuh tatkala langkah-langkah kawalan dilonggarkan

Selepas berbulan-bulan terpisah, lebih daripada dua per tiga rakyat Malaysia merancang untuk melakukan percutian pertama bersama ahli keluarga rapat dan rakan-rakan setelah perintah kawalan pergerakan dilonggarkan. Ini termasuk 41% daripada jumlah responden yang menyatakan bahawa mereka akan melakukan perjalanan bersama ahli keluarga rapat, iaitu suami atau isteri dan anak-anak dalam satu isi rumah yang sama. 23% yang lain pula menyatakan bahawa mereka akan melakukan perjalanan bersama ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan. Sebanyak 10% lagi menyatakan bahawa mereka menantikan saat untuk keluar bercuti bersama sanak-saudara, ahli keluarga dari pelbagai lapisan keturunan atau seisi rumah.
  • Kumpulan di bawah lingkungan umur 18-24 tahun merupakan kumpulan yang paling berkecenderungan untuk melakukan perjalanan bersama keluarga dan rakan-rakan dalam percutian pertama mereka (33%), berbanding dengan hanya 10% dari kumpulan umur 35-44 tahun.
  • Hanya 6% merancang untuk bercuti secara solo, dengan mereka yang di bawah lingkungan umur 35-44 tahun paling tidak cenderung untuk melakukan demikian (4%).
“Ia tidak sukar untuk memahami sebab mengapa melakukan perjalanan bersama ahli-ahli keluarga menjadi satu keutamaan apabila kita kembali ke satu keadaan normal selepas pandemik. Sepanjang tahun lepas, sebahagian besar perhubungan antara ahli-ahli keluarga hanya terhad kepada panggilan suara atau video sahaja. Melancong merupakan salah satu cara untuk menggantikan detik-detik penting seperti hari jadi, hari ulang tahun, hari penyampaian ijazah dan sebagainya yang tidak dapat diraikan bersama,” kata Errol Cooke, Naib Presiden Perkhidmatan Rakan Niaga, Agoda.

COVID telah mengubah cara kita melakukan perjalanan

Untuk percutian pertama pasca-pandemik, destinasi pantai dan tepi laut merupakan pilihan utama yang ketara di kalangan rakyat Malaysia. Ini diikuti oleh destinasi luar bandar serta alam semula jadi, percutian di bandar raya besar dan bandar kecil.

Destinasi pantai dan tepi laut tetap menjadi pilihan utama bagi hampir semua kumpulan umur kecuali mereka yang berumur 55 tahun dan ke atas, yang paling tidak berkecendurungan untuk memilih destinasi tersebut sebagai destinasi percutian pertama pasca-pandemik. Sebaliknya, mereka lebih menggemari percutian di luar bandar dan aktiviti alam semula jadi, mungkin untuk menjauhkan diri daripada bandar-bandar yang sibuk atau mercu-mercu tanda yang menjadi tumpuan ramai pelancong.

“Covid telah mengubah cara kita melakukan perjalanan. Sikap bagaimana, mengapa dan di mana kita melakukan perjalanan telah berubah dalam 18 bulan yang lalu, mengikut pilihan atau keperluan. Platform perjalanan digital seperti Agoda adalah sangat penting bagi membantu pengusaha-pengusaha penginapan untuk berhubung dengan orang ramai yang ingin keluar bercuti semula. Kami melihat peningkatan dalam jumlah pengguna yang mencari pakej memanjakan diri yang menawarkan makan minum atau rawatan spa dalam satu pakej, di mana hotel atau pusat peranginan menjadi satu destinasi itu sendiri, bukan sekadar tempat bermalam. Produk-produk seperti ‘Agoda Special Offers’ mencerminkan perubahan dalam keperluan para pelancong dalam dunia pasca-COVID, dan menawarkan nilai yang hebat kepada para pelancong dan rakan perhotelan,” sambung Cooke.

Sektor hospitaliti yang terjejas mungkin mendapat rangsangan

Selain daripada mengunjungi destinasi-destinasi yang jauh, dorongan untuk keluar bercuti pasca-pandemik juga berkait dengan sebab yang lebih dekat di hati. Menjelajahi tempat-tempat menarik berhampiran, sekadar ‘ingin keluar dari rumah’, dan menikmati kemewahan dan kemudahan seperti kolam renang atau spa di dalam hotel adalah antara sebab utama yang mendapat penarafan tertinggi untuk rakyat Malaysia keluar bercuti semula. Ini akan memberikan rangsangan optimistik yang amat diperlukan oleh industri hospitaliti tempatan yang merupakan antara industi yang paling terjejas akibat pandemic.

Untuk maklumat lanjut tentang pilihan percutian yang tersedia untuk anda, sila layari www.agoda.com

Fakta-fakta tambahan:
  • Golongan Milenial merupakan golongan pertama yang akan melakukan perjalanan dengan 49% menyatakan mereka akan keluar bercuti dalam tempoh satu bulan selepas kawalan pergerakan dilonggarkan di Malaysia
  • Generasi “Baby Boomer” adalah golongan yang paling kurang cenderung untuk melakukan perjalanan dalam tempoh satu bulan selepas pengumuman pelonggaran kawalan pergerakan (2%) – menunjukkan generasi ini mengambil sikap lebih lebih berhati-hati terhadap perjalanan.
  • Tinjauan juga mendapati bahawa kaum wanita adalah lebih berhati-hati berbanding dengan kaum lelaki, dengan 54% lelaki menyatakan keinginan mereka untuk melakukan perjalanan di dalam negara dalam tempoh empat bulan selepas PKP ditamatkan, berbanding dengan 41% wanita. Kaum Wanita juga kelihatan lebih cenderung berasa tidak pasti bila mereka berhasrat untuk melakukan perjalanan domestik seterusnya (15% berbanding dengan 9% lelaki).
Feature photo by: Girl photo created by rawpixel.com - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING