WAHED PERKENALKAN PROGRAM BOOSTER SIMPANAN

 

Wahed Technologies Sdn Bhd (Wahed), pengurus pelaburan digital Islamik yang pertama di Malaysia memperkasakan para rakyat Malaysia untuk lebih terlibat dalam pengurusan dana dan harta mereka demi kepentingan dan keselamatan kewangan melalui program baharu yang dinamakan Program Booster Simpanan.

Program Booster Simpanan ini dapat memberikan peluang kepada para pelabur untuk meletakkan wang mereka ke dalam portfolio pelaburan yang pelbagai dan patuh Syariah. Program ini bertujuan untuk memberi ganjaran kepada para pelabur yang berjaya memenuhi sasaran kewangan mereka. Ganjaran boleh ditebus dalam bentuk faedah dan insentif yang disediakan oleh rakan kongsi program tersebut.

“Golongan remaja dan milenial saban hari beraspirasi untuk gaya kehidupan yang lebih selesa dengan kesihatan yang terjaga. Untuk membantu mereka memenuhi matlamat hidup seiring dengan kos sara hidup yang sering meningkat, perlu ada alternatif kepada simpanan dan kaedah untuk mengurus kewangan mereka. Sebagai pengurus pelaburan digital Islamik yang pertama di Malaysia, kami tekad untuk memberikan para pelabur di Malaysia produk yang andal, telus, cekap dan tercapai sambil mengutamakan nilai-nilai beretika. Walau sekecil maan pun akaun pelaburan anda, kami sentiasa memastikan pelaburan anda dipelbagaikan, halal dan bersesuaian untuk anda mencapai matlamat kewangan di dalam hidup anda,” kata Pengarah Eksekutif Wahed Malaysia, Mohd Izzat Fadhli Azman.

Program Booster Simpanan menyediakan pengalaman mesra pengguna yang komprehensif, bersesuaian untuk semua jenis pelabur sama ada yang baharu mahupun yang berpengalaman. Para pelabur bermula dengan membuka akaun pelaburan dengan Wahed dan memilih tawaran yang tersenarai di laman web Program Booster Simpanan. Pelabur boleh mendaftar untuk program ini dengan melengkapkan pendaftaran yang berkait dengan tawaran-tawaran daripada rakan kongsi Wahed dan meletakkan sasaran untuk mereka mematuhi keperluan program. Apabila sasaran kewangan berjaya dicapai melalui portfolio pelaburan Wahed, pelabur tersebut dapat membeli barangan atau perkhidmatan yang disediakan oleh rakan kongsi program dengan tambahan ganjaran.

Di bawah Program Booster Simpanan ini, para pelabur dapat memilih beberapa ganjaran yang ditawarkan oleh perniagaan-perniagaan yang terlibat dalam program tersebut. Sebagai permulaan, antara jenama-jenama yang terlibat dalam program ini termasuklah agensi pelancongan atas talian, Tripfez Travel Sdn Bhd di mana peserta program dapat menikmati tawaran diskaun sebanyak RM400 ke atas semua pakej umrah yang disediakan. Selain itu, syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan pergigian dan orthodontik seperti Zenyum dan Artius turut menyertai program ini dalam memberikan diskaun sehingga RM 600 untuk ‘aligners’ dan produk tambahan dan sesi konsultasi percuma kepada peserta program ini.

Mohd Izzat juga menambah “Dengan pandemik dan keadaan penjagaan kesihatan di negara ini, adalah sangat penting untuk kami mencari kaedah baharu yang boleh dipercayai untuk golongan muda di Malaysia melabur secara selamat dan teratur demi kepentingan kewangan masa hadapan. Wahed menyedari cabaran ini dan ingin memberikan jalan pelaburan yang mudah untuk dimulakan dengan dana serendah RM 100 sambil memastikan proses pelaburan yang telus dan peluang yang saksama.”

Program Booster Simpanan ini juga berjaya dilancarkan dengan kolaborasi Wahed bersama ACCESS Health International, yang membantu membina landasan kepada kerjasama dengan rakan-rakan kongsi dari sektor kesihatan.

“Di ACCESS Health, kami percaya bahawa semua orang tanpa mengira usia, jantina, bangsa atau latar belakang berhak menikmati perkhidmatan kesihatan yang berkualiti serta berpatutan. Kami juga percaya bahawa menyimpan dan melabur untuk kos kesihatan di masa hadapan perlu dimulakan pada usia yang muda. Kami bersama-sama rakan kongsi kami di MetLife Foundation, sangat teruja untuk memulakan projek ini bersama Wahed, dan yakin kami akan membantu dalam menyatukan sektor kesihatan dan fintech di Malaysia,” kata Sejal Mistry, pengarah rantau Asia Tenggara di ACCESS Health.

Sebagai pertubuhan pemikir bukan untung dan kumpulan penasihat, ACCESS Health bertujuan untuk membantu semua orang di mana-mana jua untuk mengakses perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi dan berpatutan. Menggunakan hasil kajian untuk memperbaiki perkhidmatan kesihatan, ACCESS Health bekerja rapat dengan pembuat dasar, peneraju sektor swasta, para akademik dan pengusaha perniagaan.

Dilancarkan di Malaysia pada 2019, Wahed juga dipantau oleh lembaga penasihat Syariah yang memastikan pelaburan sentiasa patuh Syariah dan berpegang kepada prinsip Islam. Dikuasai oleh algoritma kewangan hak milik sendiri yang berasaskan Teori Portfolio Moden (MPT), portfolio yang disediakan oleh Wahed bersesuaian kepada tahap risiko dan keperluan seseorang pelabur.

Dengan Program Booster Simpanan menyediakan penduduk Malaysia platform yang sesuai untuk membina kekayaan dan mengecapi masa hadapan yang berkualiti. Melabur untuk tujuan pelbagai matlamat kehidupan lebih mudah dan bermakna dengan program ini. Dari pembelian kereta baharu, rumah pertama hingga ke tabung pendidikan anak-anak anda, pastikan anda miliki matlamat anda melalui Program Booster Simpanan! 



Untuk maklumat lanjut mengenai Program Booster Simpanan, sila layari laman web: halal.wahedinvest.com/savingsboost

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA