JOM SERTAI SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-80 WONDER WOMAN OKTOBER INI


Sempena ulang tahun ke-80 Wonder Woman, DC, Warner Bros. Global Brands and Experiences dan WarnerMedia telah mengumumkan program-program sambutan global untuk adiwirati ikonik DC ini.

Bagi menghargai legasi Princess Diana dari Themyscira yang telah berterusan sejak tahun 1941, Comic-Con Character Hall of Fame bakal menginduksi Wonder Woman secara maya pada 21 October 2021 ini. Para penonton boleh menyaksikan acara ini di saluran YouTube Comic-Con Museum.

DC bakal membawakan pelbagai koleksi peringatan, edisi percuma dan rangkaian baharu untuk para peminat Wonder Woman.

KOMIK WONDER WOMAN

● Wonderful Women of the World - sebuah buku antologi yang menampilkan 23 wanita hebat dalam bidang sains, sukan, aktivisme, diplomasi dan sebagainya dari serata dunia termasuk Beyoncé, Serena Williams, Ruth Bader Ginsburg, Greta Thunberg, dan Malala Yousafzai. Buku ini boleh didapati sekarang di kedai-kedai komik dan buku sekarang.

Wonder Woman: 80 Years of the Amazon Warrior mengikuti kisah Wonder Woman dari kemunculan pertamanya sehinggalah sekarang dalam buku edisi khas berkulit tebal 400 halaman.

Wonder Woman 80th Anniversary 100-Page Super Spectacular menghimpunkan para pengkarya dari dunia komik dan hiburan untuk memberikan peringatan kepada Wonder Woman dalam buku 100 halaman ini. Bakal dipasarkan pada 5 Oktober, buku ini akan menampilkan kisah asli dan montage seni yang indah daripada Yanick Paquette dan diwarnakan oleh Nathan Fairbairn.

Nubia and the Amazons mengikuti pengembaraan Nubia selepas kejadian yang mendebarkan di Infinite Frontier. Siri ini bakal dilancarkan pada 19 Oktober, ditulis oleh Vita Ayla dan Stephanie Williams dengan lukisan Alitha Martinez.

● Bakal dilancarkan pada 16 November, Wonder Woman Historia: The Amazons merupakan sebuah siri baharu oleh penulis Kelly Sue DeConnick dan artis Phil Jiminez yang bakal meneroka sejarah silam puak Amazon.

WONDER WOMAN MASA KINI

Para peminat Wonder Woman boleh mendapatkan kandungan mengenai adiwirati kesayangan mereka melalui pelbagai platform termasuk:

● Program TV dan filem Wonder Woman termasuk Wonder Woman, Wonder Woman (2009 animasi), Wonder Woman: Bloodlines, dan DC Super Hero Girls boleh ditonton di HBO GO.

● Cartoon Network menampilkan episod khas Teen Titans Go! di bulan October.

WONDER WOMAN DALAM HIBURAN INTERAKTIF

● Permainan video mudah alih Injustice 2 akan memperkenalkan varian terbaharu – Classic Wonder Woman di bulan Oktober dengan watak Emas baharu. Para peminat juga akan disajikan dengan pelbagai acara dan ganjaran percuma yang bertemakan Wonder Woman.

WONDER WOMAN DI MEDIA SOSIAL

● Mulai 16 Oktober, TikTok, DC dan Warner Bros. akan melancarkan cabaran #WonderWomanSpinChallenge di mana mereka boleh “berputar” untuk mendapat ‘kuasa luar biasa mereka sendiri’. Ikuti DC FanDome untuk maklumat lanjut.

LATAR BELAKANG WONDER WOMAN

● Wonder Woman muncul buat pertama kali di dalam komik All Star Comics #8 pada 21 Oktober 1941, dalam sebuah kisah sandaran untuk menguji penerimaan peminat terhadapnya kerana watak Adiwirawati adalah jarang ditemui di dalam komik-komik di ketika itu. Dengan sambutan yang memberangsangkan, Wonder Woman telah mendapat komiknya sendiri dalam masa kurung dari setahun kemudian. Generasi yang berikutnya mengenali puteri Amazonian dalam siri TV popular 70-an, filem dan siri animasi. Filem Wonder Woman (2017) yang diarahkan oleh Patty Jenkins dan dibintangi oleh Gal Gadot telah menempa nama sebagai filem aksi terlaris oleh pengarah wanita di ketika itu. Sambungannya, Wonder Woman 1984 ditayangkan di HBOMax dan di pawagam pada 25 Disember 2020. Warner Bros. Pictures telah mengesahkan filem ketiga Wonder Woman akan dibintangi oleh Gadot dan ditulis oleh Jenkins.

Para peminat boleh mendalami sejarah dan pengaruh berkekalan yang dibawakan oleh watak ikonik ini di “Wonder Woman Authors & Talent Panel” di DC Community.

Jangan ketinggalan untuk menyertai DC FanDome pada 17 Oktober untuk lebih banyak kandungan Ulang Tahun ke-80 Wonder Woman. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.WonderWoman80.com.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING