ADA BERANI TERJUN DARI KETINGGIAN 13,000 KAKI DI UDARA?



Memang gila-gila! Ahli lembaga pengurusan tertinggi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) membuat terjunan udara dari ketinggian 13,000 kaki di Dubai kelmarin.

Ini adalah bersempena pelancaran program Berani Bina Bisnes Berjaya 2022 (BBBB2022) pada 3 petang hari Jumaat ini (waktu Malaysia)!

5 pengurusan tertinggi RichWorks antaranya Pengerusi Eksekutif, Datuk Zafrol Rizal Mat; Pengarah Eksekutif, Hasnita Ahmad; Ketua Pegawai Operasi, Suley Nordyana Yahya dan Ketua Pegawai Perniagaan, Radz Mohd. yang menyahut cabaran #BeraniChallenge ini.

Menurut Radz, terjunan tersebut merupakan simbolik kepada erti ‘berani’ buat kami malah semua orang di luar sana.

“Perasaan takut pasti ada, apatah lagi sebenarnya ‘gayat’ di tempat tinggi bagaimanapun saya berdepan dan dapat mengatasinya.

“Saya dan rakan-rakan yakin dengan tenaga pengajar yang berpengalaman dan pakar dalam soal terjunan udara lantas berserah kepada proses dari awal hingga kembali jejak ke bumi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pasukan RichWorks pergi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi mengunjungi Ekspo Dubai 2020 disamping mengadakan program Inner Circle Meeting Titan Premier bersama 46 usahawan jutawan yang dibimbing secara dekat oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Tambahnya, terjunan itu juga menjadi penanda supaya RichWorks lebih berani untuk tempuh 2022 yang pastinya mencabar dengan banyak lagi kejayaan.

“Terjunan ini sebenarnya sama seperti proses bina bisnes berjaya dengan percaya kepada pengajar atau mentor yang akan bimbing dan tunjuk perkara perlu dilakukan untuk selamat sampai ke destinasi.

"Alhamdulillah, kami sudah membantu lebih 1.5 juta orang sejak 2008 dan nak bimbing lebih ramai orang lagi untuk ubah hidup mereka dan bina bisnes yang berjaya melalui kepakaran RichWorks," ujarnya.


Sehubungan itu, orang ramai diseru untuk ikuti siaran langsung pelancaran dan menonton terjunan ini di semua platform media sosial Azizan Osman Official pada 3 petang, Jumaat ini.

Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa disediakan termasuk 5 pemenang bercuti ke Dubai bagi pasangan selama 5 hari 4 malam.

Layari laman web richworks.com/berani bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai BBBB2022 yang akan diadakan pada bulan Februari tahun depan.




Comments

Popular posts from this blog

KETAMAKAN MENANTU, DENDAM MENTUA DALANG DRAMA TERKINI ASTRO PRIMA, ‘JESNITA’

SPLASHMANIA WATERPARK BAKAL MENJADI TARIKAN UTAMA BAHARU DI GAMUDA COVE

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3