JADIKAN 2022 LEBIH SIHAT DENGAN HERBALIFE NUTRITION

 

Selepas hampir dua tahun dunia mula berubah, ramai kini boleh menghembuskan nafas lega dengan situasi yang sedang bertambah baik. Dalam persiapan untuk menyambut ketibaan tahun baharu yang lebih cerah, Herbalife Nutrition menggalakkan rakyat Malaysia untuk memupuk amalan yang lebih sihat, bukan sahaja untuk rasa lebih sihat secara dalaman tetapi juga untuk penampilan luaran mereka.

Menurut Tinjauan Inersia Kesihatan Asia Pasifik Herbalife Nutrition 2021, disebabkan oleh situasi pandemik semasa, lebih 6 daripada 10 rakyat Malaysia berkata kesihatan fizikal dan mental mereka tidak begitu ideal.

Steven Chin, Pengarah Kanan/Pengurus Besar, Herbalife Nutrition Malaysia dan Singapura

Steven Chin, Pengarah Kanan/Pengurus Besar, Herbalife Nutrition Malaysia dan Singapura berkata, “Tempoh dua tahun ini telah menimbulkan pelbagai cabaran yang memaksa orang ramai untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu. Ini bermakna ada yang telah mengorbankan beberapa amalan penting dan menyemai tabiat yang kurang baik semasa terperap di rumah.”

Tinjauan ini juga mendedahkan bahawa bagi mereka yang mengalami kemerosotan kesihatan fizikal dalam tempoh 12 bulan lepas, lapan daripada sepuluh (82%) responden Malaysia menyatakan hakikat ini adalah disebabkan oleh kekurangan kegiatan fizikal, memandangkan pelbagai peringkat perintah kawalan pergerakan negara telah dilaksanakan sepanjang tempoh setahun lepas. Ini diikuti oleh pengambilan lebih banyak makanan yang tidak sihat (42%) dan kekurangan sokongan komuniti semasa mengikuti program senaman (34%). Untuk mengatasi kemelut kesihatan ini, 1 daripada 2 rakyat Malaysia mula mengamalkan tabiat pemakanan lebih sihat dan 2 daripada 5 pula mula bersenam dengan lebih kerap.

“Memandangkan ramai berazam dan bertekad untuk menjadi lebih sihat pada tahun baharu yang bakal menjelang tiba, Herbalife Nutrition berharap untuk membantu rakyat Malaysia meningkatkan tahap kesihatan dan mengembalikan bentuk fizikal agar mereka boleh menikmati kehidupan lebih sihat pada tahun 2022. Selain menggalakkan senaman dan pemakanan seimbang yang sememangnya penting, kami juga melihat pemakanan dari sudut menyeluruh untuk membantu orang ramai rasa dan tampak lebih sihat, dengan menikmati makanan yang lebih baik dan mengambil jumlah nutrien secukupnya untuk keperluan badan mereka,” tambah beliau.

Susan Bowerman, Pengarah Kanan Pendidikan dan Latihan Pemakanan Sedunia di Herbalife Nutrition

Apabila berbicara tentang diet yang lebih sihat, ramai orang mungkin tidak tahu di mana untuk bermula. Satu langkah mudah adalah untuk mencatatkan amalan pemakanan anda. Susan Bowerman, Pengarah Kanan Pendidikan dan Latihan Pemakanan Sedunia di Herbalife Nutrition, berkata, “Apabila kita menjejak kemajuan kita, maka kita lebih sedar tentang kejayaan yang telah kita capai, dan juga boleh menentukan di mana kita patut melakukan penambahbaikan. Menyimpan jurnal makanan merupakan sesuatu yang amat bermanfaat dan mengingatkan kita tentang realiti amalan pemakanan kita. Anda akan teringat akan coklat yang anda kudap selepas makan tengah hari, atau nasi tambahan yang anda nikmati semasa makan malam. Mencatatkan apa yang anda makan – dan bila dan mengapa – membolehkan anda menumpukan kepada amalan yang perlu anda perbaiki.”

Satu lagi petua mudah dan penting adalah untuk mengetahui apabila kita sudah kenyang dan beringat semasa kita makan. Ramai rakyat Malaysia sering makan secara berlebihan, terutamanya semasa pelbagai sambutan perayaan.

Menurut Bowerman, ramai orang suka makan sehingga kekenyangan, dan bukannya secara ala kadar supaya mereka tidak lagi berasa lapar.

“Proses ini mungkin mencabar bagi mereka yang dibesarkan dengan amalan untuk makan sehingga licin pinggan agar tidak membazir makanan. Mulakan dengan menghidangkan sajian yang lebih kecil dalam pinggan. Kunyah secara perlahan-lahan dan kekal peka terhadap apa yang anda rasa dan makan sehingga anda tidak lagi berasa lapar. Jangan makan sehingga anda terlampau kenyang,” tambah beliau.

Jadi apakah manfaat lain amalan pemakanan yang baik selain daripada manfaat kesihatan umum? Pengambilan makanan dan nutrien yang betul boleh membawa perbezaan ketara kepada kesihatan dalaman dan juga penampilan luar seseorang.

Laura Chacon-Garbato, Pengarah Latihan dan Pendidikan Produk Pemakanan Sedunia di Herbalife Nutrition

Laura Chacon-Garbato, Pengarah Latihan dan Pendidikan Produk Pemakanan Sedunia di Herbalife Nutrition, mengulas, “Keadaan kulit dan rambut anda dipengaruhi oleh diet, umur dan keadaan persekitaran anda. Anda tidak boleh mengawal beberapa faktor ini, tetapi anda boleh sentiasa mengawal apa yang anda makan, untuk menjaga kesihatan kulit dan rambut anda. Pelbagai nutrien, termasuk protein, antioksidan, vitamin dan kolagen boleh menambah baik kesihatan kulit dan rambut anda. Orang yang mempunyai kulit dan rambut sihat lazimnya mempunyai tabiat harian yang sihat!”

Sebagai contoh, makanan yang kaya dengan kandungan protein adalah penting untuk membaiki dan memulihkan sel, dan boleh diperolehi daripada sumber seperti ayam, daging, ikan, kacang soya atau tauhu. Minuman protein juga merupakan pilihan yang baik untuk mendapatkan protein.


Di samping itu, vitamin dengan ciri-ciri antioksidan seperti A, C dan E, akan menyokong kulit dan rambut yang sihat dengan menggalakkan tumbesaran dan pemulihan sel. Makanan yang kaya dengan Vitamin A termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning dan merah, dan juga sayur daun hijau, manakala buah-buahan sitrus merupakan sumber Vitamin C yang baik. Sementara itu, Vitamin E pula adalah sejenis antioksidan yang diperlukan oleh badan kita dan boleh ditemui dalam kuaci, badam, kacang tanah, labu dan lada benggala merah. Makanan yang kaya dengan kolagen seperti sayur daun hijau, sayur-sayuran berwarna merah dan kuning, beri, buah-buahan sitrus, ikan, ayam dan kacang soya juga penting untuk menyokong ketegangan dan keanjalan kulit. Pengambilan produk kolagen tambahan juga merupakan pilihan yang harus dipertimbangkan.

Satu lagi petua penting adalah pengambilan air yang secukupnya! Lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca Malaysia yang panas dan lembap ini, kita perlu minum banyak air untuk mengelakkan kulit kering dan nyahhidrat, di samping melindungi diri kita daripada bahaya sinaran ultra ungu dengan menggunakan krim tabir suria (sunblock).


Memandangkan kini semakin ramai rakyat Malaysia berazam mahu menjadi lebih sihat, Herbalife Nutrition bersedia untuk menyokong mereka dalam perjalanan untuk meningkatkan tahap kesihatan dalaman dan penampilan luaran mereka dengan pek promosi pemakanan untuk kesihatan dalaman dan luaran. Antara produk yang akan mempersiapkan kita untuk mengamalkan cara hidup lebih sihat pada 2022 termasuk Formula 1 Nutritious Mixed Soy Protein Drink, Herbalife Nutrition Vitamin Masks, Protective Moisturizer, Herbal Aloe Strengthening Shampoo dan Conditioner, Collagen Plus Powder dan banyak lagi.

Layari https://www.herbalife.com.my/ untuk maklumat lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025