ALAMI TAHUN BAHARU CINA ALA MAHARAJA CHINA DI ALAMANDA


Pusat Membeli-belah Alamanda akan mengalu-alu kan kehangatan musim perayaan yang sama bermula 14 Januari hingga 6 Februari, di mana Centre Court Alamanda turut didekorasi dengan tema Istana DiRaja China. Centre Court dipenuhi dengan pohon Sakura yang disusun indah untuk membangkitkan semangat musim perayaan untuk diabadikan di dalam Instagram. 

Tanglung merah begemerlapan menghiasi laluan sepanjang North dan South Wings manakala bumbung ‘pushcart’ juga dihiasi dengan Ucapan Tahun Baharu Cina. 


Pada hujung minggu pula, pengunjung akan dihiburkan dengan tarian singa akrobatik yang juga akan mengedarkan limau mandarin kepada penonton. Ianya juga akan disusuli dengan pertunjukan Wushu. Pada masa-masa lain, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan instrumental alat muzik tradisional cina. 


Untuk hiburan beterusan, terdapat juga pertandingan chopstik atau penyepit dimana pengunjung akan diuji dengan kebolehan menyepit kacang menggunakan chopstik. Ianya terbuka kepada lapan orang dewasa setiap sesi di mana 3 pemenang akan dipilih pada setiap sesi, dengan setiap seorangnya bakal menerima Baucar Fesyen Alamanda bernilai RM30. 


Pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM600 dalam tidak lebih 2 resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima ganjaran berupa Baucar Fesyen Alamanda bernilai RM 30 dan dulang makanan. Mereka yag berbelanja sekurang-kurangnya RM1500 dalam 2 resit dari kedai khusus berpeluang untuk memenangi lebih banyak ganjaran. Selain baucar fesyen dan dulang makanan, pembeli juga berpeluang memenangi samada Baucar Fesyen Alamanda bernilai RM60 atau ‘Jute Bag’. Ahli VIKids yang berbelanja sekurang-kurangnya RM600 boleh mendaftarkan anak mereka yang berumur 5 hingga 12 tahun untuk aktiviti seni dan kraftangan secara percuma, seperti topeng muka dan puppet naga kertas. 


Alamanda juga turut menzahirkan rasa prihatin dengan menjemput kanak-kanak dari Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Sayang Kuala Lumpur & Selangor di Taman Kajang Perdana untuk lawatan ke Alamanda sambil menikmati makan tengahari dan menyaksikan pertunjukan tarian singa di Centre Court

Untuk maklaumat lanjut, sila layari www.alamanda.com.my dan ikuti www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO