NIKMATILAH KEUNIKAN “YEAR OF TIGGER” DI SUNWAY PYRAMID

 


Sunway Pyramid mempersembahkan tarikan Tahun Baharu Cina yang istimewa dengan menggandingkan zodiak Cina tahun ini dan Tigger, iaitu salah satu watak Winnie the Pooh oleh Disney yang digemari ramai.

Mulai hari ini sehingga 20 Februari 2022, LG2 Orange Concourse akan diubah menjadi syurga Disney Tsum Tsum, memberi anda peluang untuk mengambil gambar dan menyertai aneka aktiviti yang bakal menjadikan Tahun Harimau ini lebih istimewa.


Pembeli-belah boleh mengambil gambar sepuas-puasnya di bilik ‘Reunion Dinner’, sudut ‘Giant Teapot’, sudut ‘Dim Sum’ dan sudut ‘Valentine’s’ - kesemuanya telah dihiasi dengan watak-watak Disney Tsum Tsum yang comel dalam pakaian berjalur seperti sang harimau.

Watak-watak ini juga dipamerkan di aras Ground Floor (di hadapan Pandora) serta di aras LG1 (berhampiran gelanggang luncur ais dan di hadapan Wah Chan), jadi pembeli-belah boleh mengunjungi lokasi tersebut dan mengambil gambar bersama watak-watak ini.

Pembeli-belah juga boleh menyertai permainan seperti dam Cina bertemakan Tsum Tsum dengan pasangan masing-masing, termasuk menguji daya ingatan menerusi permainan ‘Flip Flip Perfection’, serta membuat hajat di sudut Valentine’s bertemakan Tsum Tsum dengan menggantung nukilan hajat mereka pada pohon hajat yang disediakan.


Tidak lengkaplah acara bertemakan Tsum Tsum tanpa pembelian produk-produk Disney untuk dibawa pulang. Pengunjung boleh membeli pelbagai barangan Disney di ruangan pembelian berhampiran AEON sebelum sambutan perayaan tahun ini.

Keselamatan tetap didahulukan, dan Sunway Pyramid sedang memastikan SOP yang bertepatan digunapakai – seluruh pusat beli-belah ini akan disanitasi secara berkala, dan semua staf yang bekerja di sini juga telah lengkap divaksinasi. Pembeli-belah diingatkan untuk menjaga jarak sosial dan memakai pelitup muka masing-masing walaupun ketika mengambil gambar. Kod MySejahtera diletakkan di pintu masuk oleh kerana pembeli-belah dikehendaki untuk mengimbasnya di samping memeriksa suhu badan sebelum masuk.


Sambutan “Year of Tigger” juga akan diberi nafas di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang mulai hari ini sehingga 20 Februari 2022.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sunway Pyramid dan kempen Disney “Year of Tigger”, sila layari https://www.sunwaypyramid.com/year-of-tigger.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING