CANON SOKONG BAKAT FOTOGRAFI TEMPATAN DI EXPOSURE+ PHOTO

 

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk memupuk bakat fotografi tempatan, Canon Marketing Malaysia bakal menjadi penaja cetakan bagi pameran Exposure+ Photo yang bakal berlangsung mulai 26 Februari sehingga 13 Mac 2022.
 

Sebelas jurugambar yang berpengkalan di Malaysia telah dipilih daripada 96 permohonan yang dibuka dalam bulan Januari 2021 bagi projek ini yang mencerminkan makna perhubungan dan tema ‘Belong’, terutamannya di kala pandemik. 

Selain daripada memudahkan urusan mencetak foto-foto untuk pameran Exposure+ Photo, Canon juga akan menjadi hos kepada 3 bengkel fotografi di Lot 18 Gallery. Para peserta bengkel tersebut berpeluang untuk mencuba rangkaian kamera dan lensa terbaharu Canon, sambil mendapat pengetahuan yang komprehensif daripada duta-duta Canon.


Karya jurugambar tempatan yang terpilih akan dipamerkan bersama karya lima jurugambar antarabangsa di beberapa buah lokasi di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Lokasi pameran Exposure+ Photo:
  • GMBB Arts and Events Complex
  • High Street Studios Arts Events Space
  • LOKL Coffee Co
  • Kloé Hotel
  • Lullaby Bar and Event Space
  • Lot18 Gallery
  • REXKL multi event space
  • Zontiga photography gallery and studio
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.exposureplusphoto.com/exhibitions

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

JOM MERIAHKAN EVERSE 2026: ALAMI GABUNGAN UNIK PELANCONGAN, TEKNOLOGI DAN HIBURAN MENARIK!

ASTRO MEMACU PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL YANG SELAMAT DAN BERETIKA DALAM KALANGAN REMAJA MENERUSI SIRI TEKNOTHRILLER ‘MAARA’

FESTIVAL WARISAN SELERA SELATAN 2026 KEMBALI LEBIH MERIAH, BAWAKAN HAMPIR 200 HIDANGAN ISTIMEWA TRADISI JOHOR, MELAKA & NEGERI SEMBILAN

TV ALHIJRAH LANCAR BINCANG NIAGA 2026 BAGI MEMPERKASA USAHAWAN DAN SME TEMPATAN