NIKMATI EKSPLORASI DUNIA NESPRESSO MIAMI ESPRESSO


Penggemar kopi kini boleh merasai Miami dengan edisi terhad Eksplorasi Dunia Nespresso Miami Espresso, yang diinspirasikan oleh budaya kopi tempatan Miami. Di sebuah bandar yang minum kopi sebagai cara untuk meraikan kehidupan, Eksplorasi Dunia Nespresso Miami Espresso merangkumi warisan Hispanik Miami yang kaya dalam sebiji cawan dan menjemput penggemar kopi untuk menikmati pemanggangan kopi Amerika Latin dan Caribbean yang kuat.

Eksplorasi Dunia Nespresso Miami Espresso dipilih susun untuk membawa setiap penggemar kopi dalam perjalanan untuk menerokai pelbagai budaya kopi tempatan dari seluruh dunia, dengan satu sentuhan butang dari rumah anda sendiri. Dimanfaatkan daripada kepakaran dan semangat Nespresso, koleksi Eksplorasi Dunia memaparkan asal usul terbaik yang telah diperbaiki lagi melalui proses yang teliti, untuk secawan kopi yang asli dan kaya dengan perisa. Bandar baharu Miami yang telah memberi inspirasi kepada koleksi Eksplorasi Dunia telah dipilih dengan teliti untuk warisan kopinya yang kukuh.

Terokai Miami dengan Eksplorasi Dunia Nespresso Miami

Sewaktu berjalan di sepanjang jalan Miami, anda akan bertemu dengan berpuluh-puluh tingkap kecil - dikenali sebagai ventanitas - yang merupakan tingkap kepada kedai-kedai kopi Cuba yang menghidang makanan ringan bersama kopi. Dalam budaya di mana orang ramai berhenti untuk menghargai dunia dan juga orang-orang di sekeliling mereka, tidak hairanlah mereka menganggap meminum kopi sebagai urusan sosial dan budaya di mana cafecito (kopi pendek) mereka dihidangkan adalah paling sedap secara hitam atau dengan taburan gula perang.

Campuran kuat daripada kopi Arabica dan Robusta, Eksplorasi Dunia Nespresso Miami Espresso edisi terhad pekat dengan krima pekat. Dihidangkan terbaik dalam saiz 40ml, ia boleh dinikmati sebagai Ristretto, Espresso atau dengan susu.

Dengan tahap intensiti 9, Eksplorasi Dunia Nespresso Miami Espresso adalah kopi yang dibakar dengan kuat menggunakan teknik panggang terbelah. Pengisaran halusnya mendedahkan krim gelap yang merupakan langkah terakhir untuk mendapatkan aroma bijirin dan lada.

Eksplorasi Dunia Nespresso Miami Espresso edisi terhad berharga RM29.50 setiap satu pek, dan juga datang secara set duo berharga RM59.00. Kopi ini boleh didapati melalui Butik Nespresso di The Gardens Mall dan pusat beli-belah One Utama, IOI City Mall dan Pavilion Kuala Lumpur, aplikasi mudah alih Nespresso, halaman rasmi Nespresso (www.nespresso.com) dan melalui Talian Perkhidmatan Pelanggan kami di 1800 80 7001 (waktu operasi: setiap hari dari 08:00 hingga 22:00, bebas tol) dari 28 Februari 2022.


Untuk keterangan lebih lanjut mengenai Nespresso Malaysia, lihat halaman rasmi Instagram kami (@nespresso.my) atau halaman Facebook (Nespresso.MY) untuk menerima kemas kini mengenai tawaran terkini kami.

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI