FELDA D'SAJI BAWAKAN 4 TEMPAT HEBAT UNTUK BERBUKA PUASA

 

Pada tahun ini sekali lagi Felda D’Saji kembali menawarkan empat (4) tempat pillhan untuk berbuka puasa. Tempat pilihan dengan kadar harga yang berpatutan mengikut konsep dan keselesaan pelanggan untuk membuat pilihan untuk berbuka puasa bersama Felda D’Saji.


1. Dewan Perdana Felda - Berkapasiti 800 orang (Mengikut SOP) menawarkan Berbuka Puasa Bersama Kumpulan Rabbani, dengan membawa Konsep pada tahun ini “Berbuka Puasa Bersama Keluarga”.

Persembahan Kumpulan Rabbani dengan irama nasyid dengan hidangan masakan daripada ‘Negara Turki’ dan masakan Melayu asli “Malay Authentic” daripada Felda D’Saji akan memberi keceriaan berbuka di Dewan Perdana Felda.

Masakan daripada Negara Turki seperti 'Red Lentil Soup', 'Sehriyelli Pilav Rice’, Ankara Grilled Whole Lamb, Chicken Shawarma, Beef Kebab, Armanian Pizza, Beef & Chicken Kofte in Tomato Sauce, Turlu Turlu, Pita Bread & Ice Cream Drum.


Masakan popular “Malay Authentic” daripada Felda D’Saji seperti Bubur Lambuk, Sup Tulang Kambing dengan Kicap Pedas Johor, Masak Lemak Daging Salai, Asam Pedas Daging Tetel, Ayam Masak Hitam, Rendang Tok dan Pulut, Tumis Keladi, Sayur Goreng Jawa dan dianggarkan melebihi daripada 80 item pilihan ditawarkan di Dewan Perdana Felda. Surau disediakan untuk solat Magrib/Isyak berjemaah dan Terawih.

Kadar Harga
Dewasa : RM 98.00++/ pax
Kanak Kanak : RM 58.00++/ pax
Promosi : RM 78.00++/pax (Hari pertama (1) Ramadan sehingga hari ke tiga (3) Ramadan)


2. Kafe D’Salai Kuala Lumpur - Berkapasiti 200 orang (Mengikut SOP) menawarkan Konsep masakan “Selera Warisan’ seperti Bubur Lambuk, Kambing Golek, Sup Tulang Kambing dengan Kicap Pedas Johor, Masak Lemak Daging Salai, Asam Pedas Daging Tetel, Ayam Masak Hitam, “Noodle Station’, ‘Spaghetti Bolognese’ dan melebihi 40 Jenis masakan. Berkonsepkan santai bersama keluarga, rakan rakan dan Surau disediakan untuk Solat Magrib/Isyak.

Kadar Harga
Dewasa : RM 48.00++/ pax
Kanak Kanak —: RM 28.00++/ pax
Promosi : RM 40.00++/pax (Hari pertama (1) Ramadan sehingga hari ke tiga (3) Ramadan)

3. Kafe D’ Salai Shah Alam - Berkapasiti (200 orang) menawarkan Masakan “Selera Warisan’ seperti Bubur Lambuk, Kambing Golek, Sup Tulang Kambing dengan Kicap Pedas Johor, Masak Lemak Daging Salai, Asam Pedas Daging Tetel, Ayam Masak Hitam, “Noodle Station” ‘Spaghetti Bolognese dan melebihi 40 Jenis masakan. Berkonsepkan santai bersama keluarga, rakan rakan dan Surau disediakan untuk Solat Magrib/Isyak.

Kadar Harga
Dewasa : RM 48.00++/ pax
Kanak-Kanak : RM 28.00++/ pax
Promosi : RM 40.00++/pax (Hari pertama (1) Ramadan sehingga hari ke tiga (3) Ramadan)


4. Dewan Merak Kayangan - Berkapasiti 500 orang menawarkan Konsep untuk berbuka secara Berkumpulan, Korporat serta Berbuka Mengikut Tema Pilihan Pelanggan. Bilik VIP disediakan termasuk Surau untuk Solat Magrib/isyak. Syarikat atau Individu yang merancang untuk berbuka dengan kumpulan Anak Yatim/Tahfiz atau bersama kakitangan kumpulan Syarikat amat sesuai menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Merak Kayangan.

Kadar Harga
Heated Dome : RM 68.00++/ pax
Bufet : RM 48.00++/ pax


Untuk Maklumat tempahan sila hubungi talian 03-2698 8302

Azahari Che Mat : 019-3273011
Azizah Muhammad : 010-3305614
Cik Nor Hidayu : 019-6622525
Nazri Abd Razak : 019-5818980

Comments

  1. You are providing good knowledge. It is really helpful and factual information for us and everyone to increase knowledge.about Utc la Jolla restaurant. Continue sharing your data. Thank you.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KETAMAKAN MENANTU, DENDAM MENTUA DALANG DRAMA TERKINI ASTRO PRIMA, ‘JESNITA’

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3