BLOOMTHIS MENGGUBAH HIASAN BUNGA EKSKLUSIF UNTUK RUANG ACARA COLONY

Tema Boho Blush di Tea Room

Penganjur-penganjur acara kini berpeluang menikmati gubahan bunga eksklusif BloomThis apabila mereka mengadakan majlis di ruang acara mewah terkemuka Kuala Lumpur, Colony Star Boulevard yang terletak di tengah-tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur.

Kerjasama antara pembekal bunga dalam talian berdasarkan permintaan dan peneraju pasaran dalam sektor gubahan bunga, BloomThis, bagi membekalkan hiasan bunga yang lengkap untuk ruang acara Colony akan berlangsung dari April 2022 hingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak. Pakej bertema yang digubah khusus ini tersedia dalam tiga tema: Candy Sky, Boho Blush dan Lilac Dream.

Tema Candy Sky di Castra

Dihias oleh penggubah-penggubah bunga terbaik yang telah mencipta detik-detik kebahagiaan melalui gubahan bunga dan hadiah artisan sejak 2015, pakej-pakej istimewa ini akan membantu untuk anda menganjurkan parti yang sempurna - daripada pesta teh berwarna gula-gula yang meriah lagi ceria, lamaran perkahwinan ala dewa dewi sehinggalah kepada majlis perkahwinan taman atas bumbung bertema bohemian.

Hiasan yang digubah oleh BloomThis ini akan melengkapi ruang acara mewah sedia ada oleh Colony. Ia juga disesuaikan dengan terperinci untuk memenuhi pelbagai jenis parti dan acara seperti majlis meraikan bakal ibu, majlis meraikan bakal pengantin, parti-parti hari jadi, majlis perkahwinan, lamaran perkahwinan atau acara perkhemahan mewah.

Tema Lilac Dream di Rooftop

Sementara itu, tahun ini juga ialah ulang tahun ketujuh bagi pembekal hadiah dan jambangan bunga paling bergaya negara, BloomThis. Ia tentu sekali merupakan satu acara yang penting buat BloomThis dalam perjalanannya untuk melakarkan lebih banyak kejayaan dan menghimpunkan lebih banyak pengalaman serta selok belok sebagai sebuah syarikat permulaan Malaysia yang membanggakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai BloomThis dan kerjasama ini, sila kunjungi laman web bloomthis.co atau laman media sosial @bloomthis.

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA