PROVITAL IMMUNA PLUS MENGGALAKKAN RAKYAT MALAYSIA UTAMAKAN IMUNITI KENDIRI


Bagi menguatkan lagi usaha mereka untuk menggalakkan rakyat Malaysia utamakan imuniti kendiri pada Bulan Imuniti Sedunia, PROVITAL Immuna Plus menggesa semua rakyat Malaysia untuk menguatkan imuniti mereka melalui pengedaran sampel sejak bulan Mac 2022 untuk membantu menyokong sistem imun mereka. Ini merupakan sebahagian daripada usaha mereka dalam kempen Activate Your Immunity, Stay Protected bersama dengan Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI).

“Bermula 1 April, Malaysia akan memasuki fasa endemik dan SOP seperti penjarakan fizikal tidak akan dikawal selia lagi. Selepas dua tahun dalam situasi pandemik, rakyat Malaysia perlu bersedia untuk memasuki fasa seterusnya. Oleh itu, adalah penting untuk semua golongan masyarakat bertambah peka terhadap kesihatan imun mereka dan pastikan mereka terus berusaha untuk tingkatkan dan menguatkan imuniti mereka,” kata kata Gonzalo Balcazar, Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition Malaysia, Singapura dan Vietnam.

Setakat ini, kempen PROVITAL dan MSAI berkenaan telah menjangkau lebih daripada 15,000 rakyat Malaysia. Mereka telah menyemak tahap imuniti mereka melalui Immunity Calculator serta diberikan sampel PROVITAL Immuna Plus supaya dapat membantu menguatkan sistem imun mereka. Susu ini mengandungi yis beta-glukan, selenium dan vitamin C yang memberikan Tiga Perlindungan Imuniti. Yis beta-glukan membantu mengaktifkan tindak balas imun untuk melawan jangkitan dan selsema. Menurut kajian, 9 daripada 10 orang dewasa melaporkan tiada simptom selsema dan sakit tekak selepas menggunakan yis beta glukan selama 12 minggu. 

Bekerjasama dengan MSAI, PROVITAL memberikan sampel di tempat awam seperti pasar pagi dan pejabat korporat, dan juga meluaskan jangkauan mereka ke staf di barisan hadapan di 7 hospital di Lembah Klang. “Kami gembira kerana dapat melanjutkan inisiatif kami kepada staf di barisan hadapan melalui supaya mereka terus dilindungi untuk terus menjaga para pesakit. Melalui usaha ini, kami berharap dapat mencetuskan perbualan mengenai imuniti dalam kalangan masyarakat dan menggalakkan rakyat Malaysia menjadi lebih peka terhadap kesihatan imun mereka,” tambahnya lagi.

Tahun lepas, PROVITAL Immuna Plus melancarkan kempen Healthier Malaysians, Stronger Malaysia pada Hari Malaysia yang bertujuan untuk meraikan dan memberi penghormatan kepada rakyat yang telah membawa kesan positif kepada masyarakat melalui inisiatif atau usaha mereka.

Bersempena dengan Bulan Imuniti Sedunia tahun ini, PROVITAL Immuna Plus bersama dengan Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI) telah melancarkan kempen Activate Your Immunity, Stay Protected yang bertujuan untuk memperkasakan penduduk dewasa Malaysia supaya lebih bertanggungjawab dalam mengaktifkan sistem imun mereka bersama-sama dengan duta imuniti seperti usahawan, penerbit, pengarah dan pelakon tersohor, Puan Sri Tiara Jacquelina, serta penyampai radio Chan Fong, dan pengarang dan pengacara TV Cheryl Lee.

Untuk maklumat lanjut mengenai Immunity Calculator dan kempen ini, sila layari www.provital.com.my atau Halaman Facebook (Provital Malaysia).

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI