'RAYA BERSAMA' DENGAN UPIN & IPIN DAN SELEBRITI TEMPATAN DI PAVILION BUKIT JALIL


Mulai sekarang hingga 8 Mei 2022, Pavilion Bukit Jalil menjemput para pengunjung untuk 'Raya Bersama' dengan aktiviti perayaan penuh warna-warni yang dimeriahkan oleh watak kartun popular Malaysia Upin & Ipin serta selebriti terkenal Malaysia di Bazar Artis & Pereka yang luar biasa, digandingkan dengan ganjaran membeli-belah yang hebat serta pebagai persembahan dan aktiviti yang menghiburkan untuk dinikmati oleh semua.

Ketika rakyat Malaysia tidak sabar untuk bertemu semula dengan orang yang tersayang, ada sesuatu untuk semua orang pada musim perayaan ini dalam kempen 'Raya Bersama' Pavilion Bukit Jalil.

Hadir bersama untuk melancarkan kempen perayaan 'Raya Bersama' Pavilion Bukit Jalil adalah Datuk Lee Whay Hoong, Pengarah Regal Path Sdn. Bhd; Encik Kelvin Choo, Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Hartanah, Malton Berhad; Cik Kung Suan Ai, Pengarah Pemasaran, Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd dan Encik Kevin Teh, Pengurus Besar Kanan Pemasaran, Pavilion Bukit Jalil; bersama-sama selebriti dan ikon terkenal Malaysia termasuk Bon Zainal, Rasta Rashid, Datin Azrene dan Three Little Ahmads, Satira Diana, Farah Melissa dan Reshmonu.

“Ramadan dan Hari Raya adalah waktu yang istimewa dalam setahun bagi umat Islam di seluruh dunia, kerana ia merapatkan keluarga. Perayaan tahun ini adalah sesuatu yang istimewa kerana keluarga rindu untuk bersatu semula dan meraikan hari raya bersama-sama, dikelilingi oleh orang yang tersayang. Bersama rakan kongsi kami, Pavilion Bukit Jalil terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi gaya hidup terbaik dengan dekorasi yang menakjubkan untuk para pengunjung mengambil gambar perayaan mereka, membeli-belah sebagai persediaan untuk Hari Raya, serta pelbagai aktiviti mesra keluarga untuk para pengunjung meraikan 'Raya Bersama' bersama kami. Kami ingin mengucapkan 'Selamat Berpuasa' dan 'Selamat Hari Raya'; semoga musim ini dikurniakan dengan kegembiraan dan kebahagiaan abadi kepada semua yang meraikannya,” kata Dato' Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd., Perancang Peruncitan Pavilion Bukit Jalil.


RAYA BERSAMA UPIN & IPIN

Keluarga dan pengunjung pusat membeli-belah boleh menikmati dekorasi perayaan Pavilion Bukit Jalil yang meriah di Centre Court, mengambil gambar dengan watak Upin & Ipin kegemaran mereka, dan berpeluang bertemu kembar terkenal itu dalam persembahan eksklusif dan sesi bertemu peminat setiap hari Sabtu jam 2 petang dan 6 petang, sehingga 7 Mei.

Dekorasi perayaan itu menampilkan beberapa gazebo tradisional desa dihiasi oleh batik berwarna-warni, lampu perayaan dan pokok palma yang disediakan untuk mewujudkan suasana mesra untuk semua pengunjung pada Raya ini.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat kami, kami akan meraikan kedatangan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim At-Taqwa dengan pengalaman Buka Puasa Raya yang indah yang menampilkan penampilan dan persembahan istimewa Upin & Ipin di Pavilion Bukit Jalil.


RAYA BERSAMA SELEBRITI

Raikan Raya seperti selebriti dengan melakukan persiapan raya anda di Bazar Artis & Pereka eksklusif Pavilion Bukit Jalil! Daripada potongan fesyen yang bergaya kepada juadah Raya yang lazat, terdapat banyak hidangan perayaan untuk menyerikan sambutan Raya anda, atau mencari hadiah yang sesuai untuk perjumpaan Raya nanti.

Para pengunjung juga boleh mengunjungi 8 gerai yang dibuka oleh pereka fesyen Afiq M., penyanyi Nana Mahazan, pereka pakaian terkenal Bon Zainal, pereka batik terkenal Rasta Rashid, pasangan selebriti Dato' Fazley Yaakob dan Datin Azrene, ratu kek Satira Diana dan Farah Melissa, penyanyi dan pelakon Atilia Haron, dan tokoh awam Qamarina Mohsin.


RAYA BERSAMA FIESTA

Lebih banyak hiburan telah disajikan untuk anda dengan pelbagai persembahan meriah yang menarik di pusat beli-belah di pentas Center Court Raya ini! Sepanjang musim perayaan ini, pembeli juga akan disajikan dengan pertunjukan fesyen Raya, persembahan tarian dan muzik, serta Pertunjukan Silap Mata Muda yang menyeronokkan oleh A-list Malaysia. Bagi mereka yang inginkan keanggunan dan glamor, pastikan anda menonton Pratonton Mrs. Malaysia Universe dan Mrs. Elite Universe 2022 pada 1 Mei pada pukul 2 petang.

Mulai 15 April, pastikan anda menuju ke PIAZZA, Aras 3 untuk malam yang memukau dengan Pertunjukan Lampu LED Raya. Yuran masuk adalah PERCUMA untuk kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke bawah manakala yuran masuk untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah hanyalah RM5 dan RM10 bagi orang dewasa, para pengunjung akan dibawa ke dunia ajaib yang bergemerlapan yang menampilkan terowong cahaya berkilauan, padang seribu bunga ros, arca haiwan unik dan banyak lagi! Ia pasti akan menjadi latar belakang terbaik untuk montaj foto Raya yang tidak dapat dilupakan, dan pengalaman unik untuk dikongsi bersama keluarga dan mereka yang tersayang.


RAYA BERSAMA GANJARAN

Dapatkan ganjaran dengan pelbagai peringkat penebusan hadiah perayaan bermula daripada perbelanjaan minimum RM50. Daripada Paket Raya Pavilion Bukit Jalil yang eksklusif, Bekas Kaca, kepada Bekas Makanan Raya yang meriah.

Di samping itu, para pengunjung berpeluang menikmati lebih banyak ganjaran dengan program Pembelian dengan Pembelian (PWP) perayaan Pavilion Bukit Jalil yang julung kalinya diadakan, contohnya, dengan perbelanjaan minimum RM800, pembeli boleh membeli set teko Pyrex Country Rose eksklusif pada harga RM100 – harga diskaun istimewa eksklusif di Pavilion Bukit Jalil dimusim perayaan ini.


TAWARAN LAIN

Sambutan Raya ini adalah selaras dengan komitmen Pavilion Bukit Jalil untuk menyediakan pengalaman yang mengasyikkan, di mana para pengunjung boleh merasai kekayaan budaya dan warisan Malaysia yang diraikan pada musim perayaan ini.

Selain gerai jualan dan persembahan eksklusif, para pengunjung juga boleh merasai pengalaman Thai baharu yang terdiri daripada tiga jenama 'Buatan Thailand' eksklusif iaitu Ecotopia, Absolute Siam dan ICONCRAFT. Selain jenama Thai yang unik ini, pelbagai jenama terkenal lain serta jenama antarabangsa telah memilih Pavillion Bukit Jalil untuk memasuki pasaran Malaysia. Jenama-jenama yang pertama kali dibuka di Malaysia adalah seperti LOHAS, TIANYUE TEAJOY, HOHM, dan DULUKINI.

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan promosi 'Raya Bersama' Pavilion Bukit Jalil, lawati www.pavilion-bukitjalil.com, atau semak status terkini melalui Facebook, Instagram, atau hubungi Khidmat Pelanggan di +603-8092 8833. 

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!