MENGEMBARA KE 1,000 DIMENSI BERSAMA SYAFIQ KYLE DAN ADRIANA ADNAN DALAM DRAMA VIU ORIGINAL 'SERIBU NINA'


Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka PCCW, melancarkan siri drama Viu Original Malaysia terbaharu Seribu Nina bermula Khamis, 19 Mei. Tayangan sebanyak dua episod setiap minggu, membolehkan penonton menghayati jalan cerita epik dalam pencarian cinta, penemuan diri, pengembaraan dan fantasi merentasi seribu dimensi.

Seribu Nina mengisahkan satu pasangan yang berbeza personaliti : Amar, seorang pensyarah muda yang teliti dan skema, manakala Nina, teman wanitanya yang bekerja sebagai barista kafe tempatan pula bersikap spontan. Ketika Amar dalam dilema setelah dilamar Nina, satu peristiwa tidak dijangka berlaku. Nina yang menyembunyikan siapa dirinya yang sebenar telah diculik kembali ke dimensi asalnya. Pada masa yang sama, Nina dan Amar juga sedang diburu oleh Didi, seorang pemburu upahan dari dimensi lain.

Amar kemudian memulakan pengembaraannya merentas seribu dimensi untuk mencari Nina. Perjalanan pasangan ini menyebabkan mereka menemui kebenaran tentang perasaan antara satu sama lain, sambil membentuk persahabatan dengan penghuni dimensi lain di sepanjang perjalanan mereka. Drama ini menggambarkan perjalanan epik penemuan diri dan hubungan di alam yang penuh dengan kebarangkalian, di samping belajar untuk menerima takdir, mengambil risiko dan menerima kelemahan masing-masing.


Watak Amar dilakonkan oleh Syafiq Kyle, pelakon utama siri TV sensasi yang mendapat pujian kritis, Nur dan pemenang Pelakon TV Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 pada tahun 2019. Watak Nina dilakonkan oleh Adriana Adnan, seorang pengacara TV, model dan pelakon yang mencipta kejayaan dalam industri hiburan tempatan menerusi pelbagai siri TV seperti Orang Gaji ke-19 dan telemovie Jula Juli Bintang Cinta.

Sementara itu, Marsha Milan, pemenang anugerah Persembahan Terbaik dan naib juara Anugerah Juara Lagu 2022, memegang watak sebagai Didi. Sebagai pengacara, pelakon dan penyanyi yang cemerlang, Marsha sebelum ini pernah memainkan watak dalam drama Viu Original Keluarga Baha Don Musim 2 dan 3.


Seribu Nina adalah drama hasil arahan Umi Salwana Omar, pengarah tempatan terkenal yang dicalonkan untuk Pengarah Baharu Terbaik di Festival Filem Malaysia 2019 dan Festival Official Selection Berlin Female Filmmakers 2019. Beliau dikenali sebagai seorang pengarah yang penuh imaginasi, menggunakan keunikkannya untuk memikat penonton dari semua peringkat umur dan menyatukan orang ramai melalui karyanya.

Penonton Viu boleh menonton siri ini menggunakan aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store, Google Play dan di TV pintar terpilih, serta di laman web di www.viu.com

UPDATE:


Rebut peluang menangi wang tunai berjumlah RM1,000 dalam peraduan “Review dan Menang” drama Viu Original Seribu Nina bermula 1 Jun hingga 10 Jun 2022.

Anda hanya perlu memuat naik video Review siri Seribu Nina di platform media sosial anda sama ada di Facebook, Instagram atau TikTok dan tag @viumalaysia bersama tanda pagar #SeribuNina #ViuOriginal.

Penghantar review terawal akan menerima jemputan ke sesi Meet & Greet bersama Adriana Adnan pada 14 Jun di Secret Recipe, Alamanda Putrajaya dan barangan eksklusif Viu Malaysia & Seribu Nina.

Lima review paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang wang tunai berjumlah RM1,000 setiap seorang. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING