KARAOKE SUPERSTAR RAIKAN KAKI KAROKS BERSAMA SELEBRITI TERKEMUKA NEGARA


Astro Ria kembali menghiasi minggu dengan program televisyen realiti nyanyian artis popular yang baharu, ‘Karaoke Superstar’ yang akan bersiaran pada setiap hari Ahad mulai 5 Jun ini, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel. Lebih mengujakan, program ini memberi kelainan daripada program-program nyanyian keluaran Astro Ria dengan berkonsepkan karaoke yang merupakan aktiviti riadah kegemaran ramai rakyat Malaysia. 

‘Karaoke Superstar’ merupakan sebuah program pertandingan berkaraoke antara dua penyanyi terkemuka yang akan bersaing dalam setiap episod. Secara uniknya, mereka akan berganding dengan peminat-peminat setia yang dipilih daripada kelab peminat mereka tersendiri dengan kaedah cabutan dalam segmen-segmen tertentu. Sepanjang program ini dijalankan, semua persembahan artis-artis yang terbabit akan diiringi oleh ‘live’ band untuk memberi kelainan dalam berkaraoke. 

‘Karaoke Superstar’ merupakan buah tangan istimewa buat kelab peminat selebriti tanah air kerana mereka juga turut dapat menyertai artis kegemaran mereka bertanding sebagai seorang peserta dalam kumpulan yang sama. Pembabitan peminat ini boleh menentukan siapakah yang akan menang sebagai juara secara keseluruhan untuk minggu tersebut. Kriteria lagu yang dipilih dalam program ini merupakan lagu-lagu popular selebriti tanah air & juga antarabangsa yang sering menjadi pilihan para pengunjung pusat karaoke. Antara keunikan dan cabaran buat selebriti dalam program ini adalah mereka bakal menyanyikan lagu-lagu yang belum pernah dinyanyikan di mana-mana platform dan merupakan lagu-lagu yang bergenre di luar keselesaan mereka. 

Para juri (Ratu Karok & juri jemputan setiap minggu) akan memberikan markah per seratus kepada mereka dengan pecahan markah vokal atau tempo (40%), persembahan (40%), personaliti (10%) dan bakat spontan mereka (10%) dalam setiap segmen untuk meraih gelaran pemenang pada minggu tersebut.

Tambah menarik, program ini juga menyerlahkan rasa dan suasana berkaraoke dengan  memaparkan lirik lagu-lagu nyanyian artis-artis tersebut ketika membuat persembahan. Peminat dan penonton di rumah boleh menyanyi bersama menerusi paparan lirik tersebut yang juga bolek diakses dengan menekan butang sarikata di alat kawalan televisyen Astro mereka. Para juri dapat memberikan markah kepada mereka dalam setiap segmen berdasarkan pengalaman mereka sendiri dalam industri. 

Icon

Description automatically generated


Bersiaran selama 10 minggu, ‘Karaoke Superstar’ dipecahkan kepada lima segmen yang akan memberikan cabaran berasaskan nyanyian, permainan, duet bersama peminat serta kuiz  yang menguji bakat dan pengetahuan para artis akan industri hiburan. Segmen-segmen yang ada termasuk: 


SUPERFANS

Menerusi pusingan ini, seorang peminat setia artis tersebut akan mewakili kumpulan mereka dan menyanyikan lagu popular artis tersebut dengan sebaiknya bagi mengumpul markah. Pemilihan peminat tersebut adalah berdasarkan uji bakatnya sendiri bersama pihak produksi. 


KAROK UJI

Dalam pusingan kedua ini, artis tersebut perlu berduet dengan peminatnya yang dipilih secara cabutan nombor. Lagu yang akan dinyanyikan oleh mereka akan dipilih oleh pihak lawan masing-masing.


KUIZ KAROK STAR

Menerusi pusingan ketiga, artis tersebut perlu menjawab soalan-soalan survey popular dan memilih jawapan yang paling tepat dengan peminatnya yang dipilih secara cabutan nombor. Peminat yang dipilih oleh artis tersebut akan dikenakan hukuman jika mereka mendapat markah terendah dalam kuiz tersebut. 


MIKROFON MISTERI

Pusingan keempat akan menjemput seorang artis popular yang akan datang sebagai kejutan bagi mewakili artis minggu tersebut. Artis jemputan tersebut akan menyanyikan lagu popular artis pilihan mereka bagi membantu pertambahan markahnya. Persona artis jemputan tersebut akan disembunyikan sehingga akhir persembahan dan artis minggu tersebut perlu meneka siapakah mereka.


MESSY UP STAR

Dalam pusingan akhir ini, artis tersebut akan diuji dengan nyanyian lagu artis pihak lawan mereka secara mesh up dalam gaya nyanyian mereka tersendiri.


Seramai 20 orang selebriti bakal bertanding mempersembahkan kehebatan bakat nyanyian serta pengetahuan masing-masing bagi mengumpul markah sehingga akhir pertandingan untuk memenangi trofi emas Karaoke Superstar. Para pemenang untuk setiap cabaran akan menerima sebuah trofi dan juara keseluruhan pula akan menerima piala pusingan juara Karaoke Superstar untuk minggu tersebut. 

Selain itu, gandingan hebat hos popular Malaysia, Datuk Aznil Hj. Nawawi bersama Ain Edruce, pengacara, model dan pelakon wanita popular bakal menghiburkan penonton dengan keserasian dan lawak jenaka mereka dalam mengendalikan program ini sebagai hos utamanya. Barisan-barisan juri akan dihiaskan dengan pelakon hebat Erra Fazira serta Mas Idayu sebagai juri tetap program (Ratu Karok) dan seorang juri jemputan pada setiap minggu. ‘Karaoke Superstar’ turut membariskan nama-nama hebat yang telah mewarnai industri nyanyian dengan bakat mereka sebagai peserta yang akan bertanding berdua dalam setiap episod. Setiap selebriti akan diuji dan dicabar untuk berkaraoke lagu-lagu yang luar daripada genre kebiasaan mereka. 

Menggabungkan elemen karaoke serta hiburan permainan seperti kuiz, program ini menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih mengujakan dengan konsep yang lebih santai dan mampu menawan hati penonton yang sentiasa menginginkan pembaharuan dalam sajian kandungan yang ditawarkan. Tambah menarik, program ini tampil lebih hebat dengan episod-episod kapsulnya sebanyak 10 episod yang akan disiarkan selama 10 minit setiap minggu. Episod istimewa ‘The Best of Karaoke Superstar’ juga akan ditayangkan secara eksklusif di Astro Ria sebanyak empat episod. 

 

SENARAI PESERTA ‘KARAOKE SUPERSTAR’


1. MINGGU PERTAMA        : Zamani & Wany Hasrita

2. MINGGU KEDUA         : Tomok & Adira Suhaimi

3. MINGGU KETIGA         : Tajul & Amira Othman

4. MINGGU KEEMPAT         : Ezad Lazim & Ramlah Ram

5. MINGGU KELIMA             : Ameng Spring & Datin Alyah

6. MINGGU KEENAM           : Rahmad Mega & Ara Johari

7. MINGGU KETUJUH         : Syamel & Liza Hanim 

8. MINGGU KELAPAN         : Muss & Amelina

9. MINGGU KESEMBILAN   : Dato’ Nash & Aina Abdul 

10. MINGGU KESEPULUH   : Black Hanafiah & Jaclyn Victor 

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA